SEMANGAT PITAS!

Dari Perlis sampailah ke Sabah
Kita sudah merdeka
Negara makmur rakyat mewah
Kita sudah berjaya

Itulah lirik lagu Malaysia Berjaya.  Itu dalam lirik, memang betul kita sudah lebih setengah abad Merdeka, lebih tepat sudah 57 tahun negara merdeka.  Kita baru sahaja meraikan Hari Malaysia yang ke-51. 

Penduduk kampung mengusung blog  simen dibeli dari pekan Sg. Bengkoka sejauh 3 km
(Gambar diambil dari laman Facebook:Pitas Road Project)

Namun realiti kehidupan bukanlah seindah dalam lirik lagu.  Kisah bagaimana Kerajaan Kelantan berusaha membina Lebuhraya Rakyat sudah cukup mengusik kita.  Sama ada mereka berjaya merealisasikan pembinaan tersebut adalah satu isu yang lain.

Minggu lepas pula pecah berita bagaimana para penduduk enam buah perkampungan di Pitas Sabah yang berusaha membina jalan bagi menghubungkan kampung mereka.  Pitas terletak lebih kurang 185 km daripada Kota Kinabalu. 

Khabarnya, Kerajaan Sabah telah berjanji membina jalan melalui kampung mereka pada tahun 1999 seperti yang dilaporkan dalam akhbar Daily Express pada 5 Ogos 1999.  Namun selepas 15 tahun, ia masih tidak menjadi kenyataan.

Akhirnya dengan inisiatif para penduduk enam buah kampung mereka sepakat membina sendiri jalan balak bagi memudahkan para penduduk kampung seramai 3000 orang yang rata-ratanya berkerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan untuk ke Pitas.

Jalan balak yang dibina dengan inisiatif para penduduk ini bakal menghubungkan enam buah perkampungan iaitu, Kampung Dowokan, Kampung Mendamai, Kampung Kobon, Kampung Perupok, Kampung Maliau Pusat dan Kampung Maliau Layung dengan pekan Pitas.

Anehnya, apa yang dilakukan oleh ADUN N3 Pitas, YB Datuk Masrani Paiman dan juga Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, sehingga begitu lama rakyat di bawah DUN mereka terseksa dengan ketiadaan jalan yang sempurna.

Amatlah malang jika sebuah negeri seperti Sabah yang memaksa para penduduk mereka membina jalan sendiri, sepatutnya Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN kawasan berkenaan merasa malu dengan ketidak pedulian mereka sehingga rakyat mengambil keputusan membina prasarana mereka sendiri.

Walaupun pada mesyuarat kabinet pada hari ini, khabarnya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin akan membentangkan isu ini untuk perhatian Jemaah Menteri, walaupun dianggap terlewat dan memalukan kerajaan Barisan Nasional namun adalah lebih baik daripada sikap para pemimpin kerajaan di Sabah yang kelihatan tidak melakukan sesuatu sehingga hal sedemikian terjadi.

Apakah Kerajaan sekarang kurang mekanisme sistematik dalam memastikan sistem penyampaian yang efisyen.  Adakah selepas isu sedemikian meletus baru tindakan diusulkan.  Lihat sahaja bagaimana selepas mendapat liputan dalam program TV  seperti Bersamamu barulah muncul wakil rakyat atau para pemimpin untuk ambil peduli.


Tidakkah para pemimpin turun padang dan mengambil tahu serta mendengar denyut nadi rakyat mereka sendiri!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
apa yg dibuat km sabah selama ini @ahli parlimen kudat @ adun pitas..?
SIS berkata…
kesian penduduk Pitas..mengharap janji tinggal janji..tp Menteri KPKT, Datuk Abd Rahman Dahlan..usahanya bersungguh2 untuk membina rumah2 PPR dan mampu milik utk penduduk sabah dan sarawak..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?