Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

SELAMAT DI TEMPAT KERJA...

Imej
Saya teringat zaman saya mula bekerja sehingga kini, sejak bekerja sendirian sehingga punya orang bawahan yang menjadi tanggungjawab dan amanah sebagai ketua. Seperti lazimnya saya sentiasa tekankan keselamatan sewaktu bekerja; yelah tugas terakhir saya di sebuah anak syarikat stesen TV swasta yang terkenal, terlibat dengan urusan logistik yang mengendalikan punggahan barangan untuk syarikat. Seingat saya, sepanjang saya bekerja samada secara sendirian mahupun sebagai ketua, saya berdoa, anak-anak buah saya tidak terlibat dengan kemalangan khususnya sewaktu bekerja. Terima kasih, Ya Allah kerana memang sepanjang tempoh kerja setakat ini, saya, mahupun anak-anak buah saya tidak terlibat dengan kemalangan sewaktu bekerja. Teorinya mudah - kalau berisiko, ambil pendekatan yang pragmatik, jangan cuba jadi hero, kalau perlu kita 'outsource' pada orang luar yang berkepakaran. Apa macam, idea jahat itu! Saya sengaja memilih untuk bernostalgia mengenai keselamatan di alam pekerjaan, k

SELEPAS SETAHUN ...

Imej
Pada 17 April yang lalu, genaplah usia setahun blog 'Kaki Sakat'. Dengan pengenalan sebagai medan perkongsian pengalaman samada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku-buku, filem-filem, teater dsb. Blog ini telah diusahakan semampu mungkin tanpa sebarang kontroversi samada dari segi posting mahupun daripada segi komen-komen yang dikongsi. Saya teringat, idea untuk menghasilkan blog ini tercetus di pejabat seorang teman saya secara spontan dan beliaulah yang membantu saya menghasilkan blog ini. Inilah posting pertama saya berkongsi pengalaman menonton filem di International Screen?: INTERNATIONAL SCREEN GSC YANG MEMUALKAN! Assallamualaikum..ini cerita semalam, blog ini di 'create' kat ofis member sambil tunggu kawan...cerita semalam (16 April 2008), pergi tengok wayang kat GSC Mid Valley, nak jadik cerita kononnya International Screen, selalunya filem-filem di IS menayangkan filem-filem antarabangsa,

SAYA PUN MELAYU

Imej
"Hari ini kepimpinan politik negara dilihat sebagai politik cowboy. Dalam siri TV The Wild Wild West yang saya tonton pada zaman muda dahulu, watak-wataknya yang ada pistol dan sanggup serta cekap menggunakan pistol itulah yang berkuasa. Tidak ada undang-undang dan peraturan; kalaupun ada undang-undang, ianya boleh dijual beli. Inilah budaya politik cowboy yang menerap dalam negara kita sekarang ini. Saya bimbang dengan cara ini, di mana kuasa boleh dibeli, dan menggunakan kuasa untuk mencari kesahihan, ia akan menghancurkan segala pencapaian yang ada. Sesetengah orang Melayu sudah tidak tahu lagi membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dalam penentuan nilai politik mereka. Wang ringgit dan kuasa sudah membuatkan wawasan mereka kabur." - petikan dari buku 'Saya Pun Melayu', ZI Publications, 2009, 311 m/s. Saya teringat ketika bertugas di sebuah stesen TV swasta pertengahan tahun 90-an, sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar dalam perjalanan ke mesyuarat pentin

SEMANIS 'CARAMEL'..

Imej
Siapa yang lebih mampu mengungkapkan kisah wanita jika bukan wanita sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Nadine Labaki , pengarah muda kelahiran Lebanon. Caramel , tajuk asal Sukkar Banat yang ditulis ketika menyertai bengkel perfileman Residence du Festival de Cannes pada tahun 2004. Filem ini adalah buah tangan pertama pengarah berusia 35 tahun ini. Caramel sebuah kisah yang biasa dilalui oleh wanita pelbagai peringkat dengan pelbagai masalah kewanitaannya: bercinta dengan suami orang, masalah ketiadaan dara menjelang hari perkahwinan, takut tua, jatuh hati dengan kaum sejenis, jatuh cinta di penghujung usia. Caramel kisah lima wanita dengan masalah mereka masing-masing. Kisah ini berkisar dengan teman-teman yang bekerja di sebuah salon rambut dan jiran sekeliling mereka. Nadine Labaki memegang watak utama sebagai Layal yang sering menjadi tumpuan lelaki namun telah jatuh hati dengan seorang suami orang! Kisah dan emosi wanita-wanita ini disimpul dan dirungkai dengan begitu teliti

PARA USAHAWAN & KOPERATOR - SELAMAT BERURUSAN DENGAN 8 KEMENTERIAN!

Imej
Minggu lepas,YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak yang dilantik menjadi Perdana Menteri ke-6,mengumumkan barisan Kabinet barunya yang khabarnya dikecilkan. Dan seperti biasa pelbagai ulasan dan pujian diberikan kepada kabinet baru ini. Misalnya lidah rasmi PAS dalam Harakah menggunakan tajuk: KABINET IKAN BUSUK. Tetapi secara peribadi saya tidak mahu komen pemilihan dan kewajaran pilihan YAB PM, yalah PM mungkin telah mengambil masa yang agak lama tentunya untuk menentukan saf yang bakal membantunya, mungkin sejak dari terpilih sebagai Timbalan Perdana Menteri, itu andaian saya! Merenung kepada barisan jemaah Menteri dan Kementerian yang diumumkan pada petang Khamis,9 April yang lalu, beberapa Kementerian telah ditiadakan (baca:MANSUH). Antara yang menjadi mangsa ialah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD), Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan (KEKKWA) dan Kementerian Tenaga,Telekom & Pos. Memanglah betul bahawa fungsi semua Kementerian yang ditiadakan (ba

98617 & KUASA 5 MINIT...

Imej
Esok hari penentuan, 98,617 pengundi berdaftar di tiga Pilihanraya Kecil - 2 Bukit dan 1 Batang akan keluar mengundi. Itulah yang layak mengundi, tetapi yang bakal melaksanakan tanggungjawab tentulah jauh lebih rendah dari bilangan itu. Di Parlimen Bukit Gantang yang terdiri dari 3 kawasan DUN, 55,471 pengundi berdaftar akan menentukan calon pilihan mereka. 35,140 pengundi berdaftar pula di DUN Bukit Selambau akan menentukan calon pilihan mereka dari 15 calon yang menawarkan diri. Di Batang Air pula, 8,006 pengundi akan memilih calon terbaik untuk kesinambungan pembangunan politik mereka. Menariknya selepas tamat tempoh berkempen selama 9 hari seperti yang ditentukan oleh SPR, para pengundi lazimnya menghabiskan masa kurang dari 5 minit untuk 'memangkah' calon pilihan mereka. Kuasa 5 minit memang tidak dapat disangkal, tetapi menariknya dengan kuasa 5 minit, calon yang terpilih atau yang tersalah pilih akan berkhidmat untuk sekurang-kurangnya 5 tahun! Dan kalau tersalah pilih

3 PILIHANRAYA KECIL - 2 BUKIT 1 BATANG..

Imej
Saya tidak peduli apa yang orang nak kata, soalnya bukan saya tidak sensitif dengan kehendak orang lain. Saya terdidik sebagai pemasar, yakni peka dengan kehendak pasaran. Tetapi hanya selepas kurang 100 jam, negara mendapat Perdana Menteri yang baru, adalah mustahil untuk Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Kecil samada di Parlimen Bukit Gantang, atau di DUN, Bukit Selambau dan Batang Air. Jangan salah tafsir, bukan saya tidak mahu kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, bukan saya mahu menafikan usaha keras Timbalan Presiden UMNO yang baru diberi mandat - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya, bukan saya mengecilkan kebolehan dan usaha gigih 3 Naib Presiden yang menang bergaya dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini, DS Dr. Zahid Hamidi yang diamanahkan Bukit Gantang, DS Hishamuddin Tun Hussein yang mengetuai Bukit Selambau dan DS Shafie Apdal di Batang Air, atau Sdr. Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO pun, bukan, bukan semua itu pun. Tetapi

MARILAH KITA MEMULAKAN LANGKAH PERJALANAN HEBAT INI - BERSAMA-SAMA

Imej
Oleh : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA Tempat : Pejabat Perdana Menteri Tarikh : 03/04/2009 Tajuk : PERUTUSAN SEMPENA PENERIMAAN JAWATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera 1. Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen YABhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah. 2. Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan YABhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi. 3. Dengan pen

WARKAH TERBUKA UNTUK YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Imej
Assallamualaikum Datuk Seri, Kurang 24 jam ketika tulisan ini disiar, Datuk Seri akan mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, tepat jam 10.00 pagi, 3 April 2009. Saya percaya harapan saya dan harapan seluruh rakyat Malaysia akan digalas dan diamanahkan kepada Datuk Seri untuk menerajui Malaysia selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Apalah sangat harapan saya selaku rakyat kecil negara berjiwa besar ini selain dari melihat negara dipacu dalam suasana yang aman, stabil ekonomi, jiwa dan politiknya. Mungkin agak keterlaluan bagi saya meletakkan harapan yang menggunung tinggi untuk melihat perubahan berlaku sekelip mata seperti magis, tetapi saya sentiasa berharap dan berdoa agar Datuk Seri dapat memanjangkan perubahan seperti yang dilaungkan oleh Datuk Seri sewaktu mengambil amanah selaku Presiden UMNO yang ketujuh baru-baru ini. Ujian pertama Datuk Seri sebenarnya sudahpun bermula, tiga pilihan raya kecil di Bukit Ga

SELAMAT BERSARA PAK LAH!

Imej
(Lambaian Pak Lah - gambar ihsan akhbar Kosmo) Selepas menerajui negara selama 5 tahun 5 bulan dan 3 hari, akhirnya YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri yang ke-5 menyerahkan ‘baton’ pemerintahan selaku Perdana Menteri kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Bukan mudah menyerahkan tampuk kuasa sekurang-kurangnya dalam negara kita yang aman damai ini, tetapi itulah Pak Lah yang mendahulukan kepentingan parti dan negara berbanding kepentingan peribadi. “Inilah harapan saya. Saya tidak minta tuan-tuan berkerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan berkerja bersama-sama saya kerana bangsa dan negara.” Inilah ucapan sulung sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas pada 1 November 2003. Dengan dua pilihan raya umum iaitu yang ke-11 pada tahun 2004 dan PRU ke-12 pada 2008 masing-masing mencatat sejarahnya sendiri. Kemenangan besar pada PRU 11 dan kekalahan teruk p