Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

HATI SEORANG AYAH!

Imej
Noorfadilah dipeluk oleh ayah, Ahmad Abdul Hamid serta ibu, Masitah Abdullah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.- Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR. Gambar di ambil dari www.utusan.com.my Sewaktu kecil saya, sekitar umur 9 atau 10 tahun, saya selalu mempersendakan ayah saya kerana terus-terusan mengingati abang sulong saya walaupun telah berusia lebih 20an dan telah pun berkerja serta mampu pulak menghantar wang kepada ayah saya (walaupun tidak sangat diperlukan). Selepas saya sendiri mempunyai anak, kisah sedekad yang lalu sentiasa menjadi ingatan kepada saya, ianya berlaku sekitar 1999/2000 sewaktu anak kedua saya berusia sekitar 3 atau 4 tahun usianya (dia kini telah menduduki UPSR September lalu), kisahnya ialah kehilangan anak saya itu ketika di pasar malam di Port Dickson, bayangkan saya dan isteri saya begitu panik dan peluh membasahi kami, selepas 15 minit mencari-cari, akhirnya terjumpanya dengan begitu tenang menunggu mamanya yang t

CHEDET.COM-BLOGGING TO UNBLOCK

Imej
Saya tak pasti samada saya tergolong dalam orang-orang yang sunyi ( loner ), tapi setiap kali bercuti saya pasti mem'borong' sejumlah buku (selain dari yang sedia dibawa dari rumah) di tempat saya bercuti, misalnya setiap kali pulang beraya di utara, saya pasti memborong segala macam akhbar termasuk tabloid dan picisan, dan yang menariknya pada cuti lebaran yang lalu saya mem'borong' salah satu buku blogger yang hits nya mencapai 1 juta dalam tempoh 30 hari sahaja dan mencapai 2 juta hits pada hari ke-48! Tun Dr. Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri yang kita semua kagumi) menjadi blogger selepas ruang bersuaranya seolah-olah ditapis dan disekat oleh media arus perdana, cetak dan elektronik. Saya mula berblog lebih kurang 2 minggu lebih awal dari Tun Dr. Mahathir pada 17 April 2008 selepas berakhirnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Buku 'Blogging To Unblock' uniknya adalah petikan artikel dari blog Tun Dr. Mahathir yang disusun mengikut lima

THE UNROMANTIC ORIENT - PERJALANAN KESUFIAN

Imej
Buku ini adalah tulisan dalam bentuk travelogue yakni diari perjalanan, bezanya ditulis oleh seorang wartawan Yahudi - Leopold Weiss , untuk menyelami kehidupan perjalanan ke Mesir, Palestin, Syria dan Turki. Perjalanan ini tidak seperti kelaziman pelancong Eropah tetapi lebih sebagai rakyat marhaen dengan menikmati perjalanan secara miskin dan biasa. Pengalaman pertama dengan dunia Arab, si wartawan Yahudi ini ialah sewaktu dalam perjalanan dengan keretapi apabila seorang pedagang kecil Arab berkongsi sepotong kek dengannya. Tersentuh dan terkesan yang amat dengan kehidupan yang bersahaja golongan petani dan pengangkat barang Badwi yang sentiasa ceria dan penuh kemanusiaan, Leopold Weiss dengan perjalanan luar biasa ini merubah si Yahudi - Leopold Weiss menjadi seorang Islam yang akhirnya mencapai tahap 'ulama' serta dikenali sebagai Muhammad Asad . Sesungguhnya The Unromantic Orient adalah catatan perjalanan kesufian si pengarangnya yang memeluk Islam pada tahun 1926 dan me

AKUJANJI SAYA KEPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA

Imej
Salam. Maaflah sebab lama dah tak update blog ini, sebenarnya saya kurang sihat, loya dan muntah-muntah. Selepas kembali ini saya ingin membuat akujanji untuk sentiasa mempromosi Negeri Melaka dalam segala bentuk tindakan dan tindak tanduk saya termasuklah dalam aktiviti seharian saya dan juga dalam blog ini. Tujuan saya mengambil pendekatan ini dan membuat akujanji hanyalah satu, moga-moga pada tahun depan saya bakal dianugerahkan gelaran 'Datuk', oleh Kerajaan Melaka kerana mempromosi negeri Melaka, alah macam SRK tu, yang dianugerahkan gelaran 'Datuk' kerana mengenang jasa-jasanya mempromosi Negeri Melaka! Waduh-waduh tijah...tolonglah! Bangunlah bangsaku dari lena yang panjang! Carilah kewajaran yang lebih munasabah. YAB Ketua Menteri (menurut laporan akhbar) khabarnya SRK dicalonkan (rekomenlah tu) oleh Tun Daim Zainuddin, tapi malangnya Kerajaan Negeri Melaka boleh pulak termakan pencalonan itu..ha..haha..lawak antarabangsa betul, tapi memanglah kan Melaka pun te

HARI GURU SEDUNIA - 5 OKTOBER

Imej
Maaf kerana sibuk menyambut Aidil Fitri dan tiada kesempatan untuk berblog. Semalam 5 Oktober setiap tahun Hari Guru Sedunia diraikan sejak 1997, selepas diisytiharkan pada tahun 1994. Gaji yang rendah, bilik darjah yang sesak, ketidaktentuan pekerjaan, kekurangan latihan, inilah antara sungutan dan rungutan para pendidik seluruh dunia (walaupun di Malaysia, masalah sebegitu tidak begitu mendesak) dan pada setiap 5 Oktober saban tahun, Hari Guru Sedunia diraikan sebagai penghargaan kepada profession keguruan di mana peranan mendidik genrasi muda dan tua terus menjadi peranan utama. Penekanan pada tahun ini ialah merangka polisi pendidik sebagai asas memastikan peluang pekerjaan yang mapan. Kekurangan para guru masih menjadi masalah yang kritikal di seluruh dunia termasuk Malaysia, Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menjangka 18 juta guru masih diperlukan di seluruh dunia demi mencapai matlamat pendidikan rendah sejagat menjelang 2015. Kepada semua guru di mana sahaja teru