Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

APABILA BERPUISI MENJADI TERLALU MAHAL HARGANYA …

Imej
Gambar hiasan: Boston Tea Party 1773 Khabarnya Sasterawan Negara/Sasterawan Rakyat Datuk A. Samad Said ditanya polis berapakah bayaran yang diterimanya bagi mendeklamasikan sajaknya ketika pelancaran Himpunan Aman Bersih 2.0, pada 19 Jun yang lalu. Pada 27 Jun yang lalu, SN/SR Datuk A. Samad Said yang lebih akrab dipanggil Pak Samad menjadi tetamu pihak polis kerana dipanggil untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Sasterawan Negara ke-4 itu yang dinobatkan pada tahun 1985 tiba-tiba menjadi buah mulut kerana tindakan pihak polis memanggil beliau untuk disiasat di bawah Akta Hasutan, khabarnya bertolak daripada sajak Unggun Bersih yang dideklamasikan beliau pada majlis tersebut. Apa yang menarik mengenai sajak Unggun Bersih nukilan Pak Samad khusus untuk majlis tersebut ialah latar yang diambilnya. Unggun Bersih mengungkapkan peristiwa Parti Teh Boston, bagaimana golongan minoriti menentang majoriti dengan tindakan yang diluar jangkaan – mencurahkan teh ke laut, seba

ARTIKEL DI MINGGUAN MALAYSIA

MENGIMARAHKAN SASTERAWAN NEGARA BARU-BARU ini, kerajaan mengumumkan Anugerah Sastera Negara yang dianugerahkan kepada Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala. Sasterawan Negara ke sebelas ini telah diangkat dan diiktiraf sebagai penerima anugerah berprestij dalam bidang kesusasteraan. Pengiktirafan seumpama ini sebenarnya lebih signifikan jika kerajaan dapat memanfaatkan ketokohan beliau untuk generasi muda. Tidak kiralah dalam apa jua bentuk program yang berkaitan dengan kesusasteraan tanah air. Sejak Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981, seramai sebelas orang sasterawan telah diangkat dan diiktiraf sebagai Sasterawan Negara dimulai dengan Keris Mas. Kemudian disusuli oleh Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arenawati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain, S. Othman Kelantan dan Anwar Ridhuan. Ilham Anugerah Sastera Negara sebenarnya timbul daripada gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah had

HANYA DALAM PROGRAM RUPANYA …

Imej
(Keprihatinan Timbalan Perdana Menteri dan para pemimpin perlu promosi tetapi bukan sehingga perlu mengiklan!) Hari ini seperti selalu saya membaca akhbar Utusan Malaysia walaupun terdapat usaha untuk memboikot akhbar ini di kalangan parti-parti pembangkang. Tetapi pada hemat saya usaha memboikot adalah satu usaha yang keperempuanan, yakni tidak cukup jantan dan tidak cukup matang. Ketika membelek akhbar Utusan Malaysia pada pagi ini, saya terpukau dengan muka tengah akhbar tersebut, apa tidaknya dua muka penuh ialah ucapan terima kasih dengan dikelilingi gambar-gambar Timbalan Perdana Menteri sempena Program Turun Padang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan firasat dan hemat saya yang begitu terhad, saya beranggapan ini tentulah iklan ucapan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana sudi turun padang di Kuala Lumpur. Sebagai akhbar yang memerlukan iklan untuk kelangsungan hidupnya, iklan dua muka penuh ini tentulah memberikan imbuhan yang bukan sedikit.

SEUSAI SEMINAR EDITOR MALAYSIA ...

Imej
“Sahabat berkat kerjasama yg kukuh dan saling memahami – Seminar editor malaysia yang julung kali diadakan – sekalipun dlm kekangan dan ketakupayaan kewangan, namun berjaya kita anjurkan dgn jayanya. Terima kasih – apapun perjalanan kita masih jauh dan masih penuntut pengorbanan besar kita bersama. Tq Khalid Mazlan” Itu pesanan ringkas daripada Sdr. Khalid Mazlan, Timbalan Presiden Persatuan Editor Malaysia ke telefon bimbit saya. Seminar Editor Malaysia 2011, anjuran Persatuan Editor Malaysia (PEM) telah pun selesai, memang seperti mengadakan majlis perkahwinan anak sulung tentulah tidak menemui titik kesempurnaan. Namun seminar selama dua hari yang berlangsung pada 31 Mei & 1 Jun dengan kehadiran lebih 150 peserta daripada pelbagai penerbit di Malaysia memang cukup memberangsangkan. Ucaptama Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima yang juga seorang editor memang mengujakan, dengan judulnya – Romancing The Books – An Editor Perspective . Pelbagai lon