Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT

Imej
( Dr. Chandra Muzaffar) Dari 24 Julai hingga 26 Julai 2008, saya berkesempatan menghadiri PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT. Persidangan 3 hari anjuran Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPris) & Universiti Sains Malaysia (USM) menghimpunkan pembentang dari dalam dan luar negara dengan 5 kertas kerja dan sesi bengkel yang begitu merangsang percambahan minda. "Sebagai pengkaji saya membaca al-Quran dan menelitinya walaupun saya bukan Islam. Saya dapati asas ajaran al-Quran mengenai keharmonian, kebebasaan dan keazaman tidak berbeza dengan agama lain. Sebab itu saya tidak menolak ajaran Islam sebagai cara hidup saya" - Prof. N. Radhakrishnan (India). Itu ungkapan seorang sarjana dari India dan beragama Hindu yang meneliti Al-Quran dalam misi mencari ilmu, amatlah memalukan jika kita yang beragama Islam tidak mengambil inisiatif untuk mendalami Al-Quran, sekurang-kurangnya itulah yang dirasakan oleh diri saya! Dala

WAJAH SEBALIK KOTA

Imej
(Gambar menceritakan segalanya!) Hari ini, saya terpaksa menghadiri mesyuarat di Parlimen untuk urusan penerbitan bahan. Seorang teman editor yang terlibat sama dalam mesyuarat itu meminta saya mengambilnya di Institut Profesional Baitulmal (IPB) di Taman Maluri. Sahabat itu menghantar pesanan ringkas: "tuan, saya diblkg mesjid tmn mluri, jaln ke bltn kg pandan,seblah ipb ni.blkg mesjid ada kedai kopi masuk mesjid tul2. Masjid Az-Zubair di Kg. Pandan itu memang bukanlah lokasi yang asing bagi saya untuk menunaikan sembahyang Jumaat jika berada di kawasan sekitarnya. Malah IPB juga bukanlah asing jua kerana ada risik-risik bakal dikorporatkan, sekurang-kurangnya itulah yang dikhabarkan. Tetapi apabila saya tidak dapat mencari teman saya tadi dan terpaksa menghubungi taliannya dia meminta saya terus ke belakang masjid dan apabila saya ke belakang masjid tersebut, itulah pemandangan yang saya lihat. Oleh kerana terpaksa bergegas menghadiri mesyuarat, saya menyimpan azam untuk kembali

APABILA PEMIMPIN TIDAK SENSITIF!

Imej
Inikah kereta Mercedes E200 Kompressor - Harga Tanpa Cukai RM245,000.00? (Komen Senyum Kambing dalam Mingguan Malaysia - 20/07/2008) ‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas.” - Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong. Mana pergi slogan 'Belilah Barangan Tempatan!? atau 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN, itulah yang terlintas di benak saya apabila membaca berita di Mingguan Malaysia hari ini di bawah kepala: EXCO TERENGGANU DAPAT MERCEDES GANTI PERDANA V6. Terkedu sejenak, merujuk pada komen SUK Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong menjustifikasi alasan penggantian kereta tempatan Proton Perdana V6 kepada Mercedes E200 Kompressor untuk semua ahli Exco Negeri Terengganu. Ketika rakyat disaran untuk belanja berhemah (teringat sajak arwah SN Datuk Usman Awang - Apabila Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul!) dan merin

MALAM SEBUTIR BINTANG DALAM KENANGAN - USMAN AWANG

Imej
Tiada yang lebih membahagiakan seorang anak apabila jasa dan warisan si bapa dikenang oleh yang masih hidup. Itulah yang terjadi pada malam Sabtu lepas, apabila Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) mengadakan Malam Sebutir Bintang Dalam Kenangan menghargai jasa dan peninggalan puisi SN Datuk Usman Awang . SN Datuk Usman Awang, nama besar dalam dunia sastera khususnya puisi. Sebutlah puisi pasti kita tidak mampu melupainya. Samada puisi perjuangan, kemasyarakatan, romantis, jati diri, semuanya disulami oleh lembut bahasa dan kosa kata yang amat puitis. Itulah keistimewaan SN Datuk Usman Awang yang kembali ke rahmatullah pada 29 Nov 2001 dalam usia 72 tahun. Dilahirkan dalam keluarga marhaen sudah cukup untuk menjadikan beliau seorang yang cukup prihatin dan peka dengan keadaan alamnya. Anak sulung beliau, Haslina Usman tidak dapat menahan sebak apabila memperkatakan mengenai ayahnya pada malam itu. Usaha ITNM mempelopori penghargaan kepada para Sasterawan Negara amat dihargai t

KARYA AGUNG

Imej
Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu. Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 15 judul Karya Agung dan 1 judul Buku Pengenalan Karya Agung. Penerbitan Karya Agung dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Justeru itu, tidak dapat dinafikan, penekanan terhadap aspek kualiti dalam dalam menghasilkan Karya Agung meninggalkan impak yang mendalam dalam karya tersebut.

HIMPUNAN 100 HARI PARA BLOGER

Imej
= Gambar-gambar diambil dari: minaq-jinggo.fotopages.com Meriah dan Terharu, itulah dua ungkapan yang mampu menggambarkan Majlis Himpunan 100 Hari Para Bloger yang telah berlangsung di Blog House pada malam Sabtu yang lepas. Lebih 200 bloger dari pelbagai genre telah sudi menghadiri majlis ini. Antaranya Rocky Bru, Kuda Kepang, TV Smith, Ancient Mariner, ShanghaiFish, Nuraina Samad, Datuk Paduka Marina Mahathir, Raja Petra Kamaruddin & isterinya, Bernard Khoo, Big Dog, Haris, Dave, Yati, Sultan Muzaffar, Wati , selain itu para bloger dari kalangan YB juga tidak ketinggalan antaranya YB Jeff Ooi, YB Ronnie Liu, YB Loh Gwo-Burne, YB Nurul Izzah , dan yang paling mencuri perhatian ialah YB Datuk Mukhriz , satu-satunya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menghadirkan diri meskipun bakal menjadi bapa untuk kali yang ke-4, (katanya isterinya bakal melahirkan cahaya mata pada bila-bila masa!) Syabas Datuk! Raja Petra dalam ucapan singkatnya, menganggap para bloger yang berhimpun pada ma

MAJLIS DIALOG BERSAMA YB MENTERI

Imej
Majlis Dialog MECD & Menandatangani MOU di antara MKM & UUM - 4 Julai 2008 Majlis Dialog Penggiat Filem 10 Jun 2008 Selepas PRU 12, pelbagai majlis mendekati rakyat telah diadakan samada oleh pemimpin pusat, negeri mahupun Ahli Parlimen, semuanya bertujuan untuk memperbaiki sistem penyampaian dan mendengar serta menangani masalah rakyat serta golongan sasaran. Selepas berkesempatan mengahadiri majlis 'Dialog Penggiat Filem - Bersama YB Dato' Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan Malaysia' yang diadakan pada 10 Jun 2008 yang lalu. Pada 4 Julai 2008 pula saya mewakili Koperasi Buku Malaysia Berhad menghadiri 'Majlis Dialog Pemimpin Koperasi - Bersama YB Dato' Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Majlis 'Dialog Penggiat Filem - Bersama YB Dato' Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan Malaysia' yang diadakan di IPTAR, Angkasapuri telah dihadiri oleh lebih 500 penggiat filem di samping nama-nama besar dunia filem seperti Datu

MENTARI TERBIT JUA DALAM THE SUN ALSO RISES

Imej
Filem 'The Sun Also Rises' buah tangan terbaru pengarah prolifik Jiang Wen yang pernah mencetus kontroversi melalui filem arahannya Devils on the Doorstep (2000) kerana menyertai Festival Filem Cannes tanpa persetujuan Kerajaan Cina dan akibatnya diharamkan dari menjalankan penggambaran selama tujuh tahun. 'The Sun Also Rises' filemnya selepas tujuh tahun berhibernasi, diangkat daripada novel 'Velvet' oleh Ye Mi. Merangkumkan 4 cerita dalam cerita, setiap satunya berkait rapat antara satu sama lain. Filem ini yang merupakan filem ketiga Jiang Wen selepas filem pertamanya, In the Heat of the Sun (1994) dan Devils on the Doorstep (2000) . Berlatarbelakang negara China pada tahun 1976, iaitu selepas tahun rasmi terakhir Revolusi China yang berlanjutan hampir sedekad. Kisah unik garapan Jiang Wen, ini berkisar dalam 4 musim adalah imbasan sejarah Negara China daripada akhir 50an hingga 70an. Filem ini telah mendapat 3 pencalonan di Taiwan's Golden Horse Film

HARI POPULASI SEDUNIA - 11 JULAI 2008

Imej
Pada tahun 1968, para pemimpin dunia mengisytiharkan bahawa setiap individu mempunyai hak asasi untuk menentukan secara bebas dan bertanggungjawab terhadap bilangan anak serta merancang kelahiran mereka. Selepas lebih 40 tahun, kaedah perancangan keluarga moden ini masih tidak dapat dikecapi oleh ratusan juta wanita, lelaki dan golongan muda. Sambutan Hari Populasi Sedunia pada tahun ini yang disambut pada setiap 11 Julai memastikan hak penduduk dunia untuk merancang keluarga mereka. Sambutan ini menggalakkan aktiviti, acara dan penyebaran maklumat yang mampu membantu mencapai matlamat ini, khususnya golongan muda dan terpinggir yang sukar mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan untuk merancang keluarga mereka. Bila manusia boleh merancang keluarga mereka, mereka boleh merancang kehidupan mereka. Mereka boleh merancang mengatasi kemiskinan. Mereka boleh merancang ibu dan anak yang sihat. Mereka boleh merancang mencapai kesamarataan untuk golongan wanita. Rancanglah untuk