Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

SIFAR SUBSIDI KAYA, PRAKTIKAL KE?

Awal bulan ini, minyak RON95 dinaikkan harga sebanyak RM0.20, maaf bukan dinaikkan harga cuma dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 maka harganya distrukturkan semula kepada RM2.30 seliter. Khabarnya bermula Jun 2015 dua bulan selepas pelaksanaan GST, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi oleh kerajaan untuk mereka. Ini berikutan langkah kerajaan untuk melaksanakan sifar subsidi bagi petrol RON95 kepada golongan kaya.  Kelihatannya mudah, tetapi apakah takrif kaya dan miskin, pendapatan tinggi dan rendah.  Semuanya adalah subjektif. Tidak pasti apakah penanda aras yang digunapakai untuk menentukan pendapatan untuk menikmati petrol bersubsidi manakala yang lain pula terhukum dengan subsidi sifar. Adakah semata-mata dengan merujuk kepada slip gaji seperti yang dilakukan untuk menentukan penerima BR1M, atau adakah kesemua penerima BR1M layak secara automatik.  Jika itulah penanda aras bagi menentuka

PESALAH JADI VIP?

Sekurang-kurang itulah tanggapan saya dan juga mungkin rakyat Malaysia yang mendukung Rukunegara khususnya prinsip yang keempat – Kedaulatan Undang-undang.  Apa tidaknya jika anda mengalami keadaan di mana pesalah di dalam kenderaan polis diiringi untuk hadir ke mahkamah dengan deringan siren untuk memberi laluan.   Itulah ‘istimewa’ menjadi pesalah. Khabarnya pihak Wisma Putra bakal menghantar seorang diplomatnya ke New Zealand pada hari Jumaat ini bagi berdepan dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sana.  Diplomat berkenaan ditangkap pada 10 Mei yang lalu, atas tuduhan serangan seksual, pecah rumah dan cubaan merogol di rumah mangsa di Brooklyn.  Dia dihantar pulang ke New Zealand selepas kerajaan New Zealand menfailkan permohonan rasmi untuk ekstradisi tertuduh. Kerajaan Malaysia akan menghantar diplomat berkenaan pada hari Jumaat ini diiringi oleh polis New Zealand.  Khabarnya, tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Sabtu menjelang ketib

SIDANG KEMUNCAK PENULIS & HIMPUNAN BUDAYAWAN 1 MUHARAM

Rasanya penulis dan karyawan di Malaysia agak beruntung kerana banyak program yang diatur untuk mereka.  Bulan ini sahaja dua acara besar melibatkan karyawan khususnya dunia persuratan.  Kedua-duanya bagai langit dan bumi. Acara pertama Sidang Kemuncak Penulis Malaysia (SKPM) yang dianjurkan bersama oleh Bina Darulaman, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional (PENA).  Acara tiga hari dua malam ini memberi peluang kepada 200 penulis yang mendaftar melalui laman sesawang dan kemudiannya disaring oleh panel pemilih.  Kerana sambutan yang luar biasa, ramai yang terpaksa melupakan hasrat untuk menghadirkan diri kerana tempat yang terhad. Acara SKPM ini akan berlangsung di Darulaman Golf and Country Club , Jitra bermula 24 hingga 26 Oktober ini bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Ini acara arus perdana yang dianjurkan bagi menghimpun para penulis tanah air.  Khabarnya semua peserta akan ditempatkan

HARAMKAN MOTORSIKAL DI LORONG KANAN!

Isnin lalu berita sedih menghiasi akhbar apabila dilaporkan kemalangan ngeri membabitkan penunggang motorsikal maut sehari sebelumnya. Kemalangan ngeri membabitkan penunggang motorsikal khususnya bukan sesuatu yang asing.  Namun pihak berkuasa seolah-olah hilang ‘kuasa’ apabila membabitkan penunggang motorsikal.  Lihat sahaja bagaimana penunggang motorsikal ini memandu di lebuhraya atau di jalan persekutuan.  Kebanyakan mereka menggunakan lorong paling kanan malah ada di antara mereka yang menggunakan laluan yang tidak dibenarkan kepada motorsikal khususnya di tempat-tempat  yang terdapat laluan motorsikal disediakan. Saya bukanlah bermaksud tidak sensitif dengan keperluan penunggang motorsikal, memang ada laluan motorsikal yang tidak boleh digunakan, berlubang dan dinaiki air ketika hujan lebat, namun majoriti penunggang motorsikal adalah mereka yang sewenang-wenang menggunakan laluan paling kanan. Rasanya sudah sampai masanya Kerajaan melakukan sesuatu yang drastik t

ANJING, SELEPAS INI BABI PULA!

Pedulilah jika mengatakan saya kolot, tidak cukup liberal atau terlampau ekstrim.  Saya tidak perlu penilaian sesiapa untuk mengatakan atau membezakan perlakuan salah dan betul. Hujung minggu semalam kecoh mengenai program ‘I Want To Touch A Dog’ (IWTTAD).  Kecohnya kerana ia melibatkan umat Islam.  Malah penganjur mendabik dada mengatakan bahawa program tersebut berjaya menarik minat umat Islam. Sejak kecil persekitaran saya di kelilingi anjing, malah jiran-jiran dan teman-teman berbangsa Cina saya kesemuanya memelihara anjing.  Namun, sebagai rakan yang mempunyai jiran dan teman beragama Islam, mereka sangat peka dan faham bahawa umat Islam tidak mendekati dan memegang anjing. Program IWTTAD yang dianjurkan hujung minggu lalu khabarnya bertujuan untuk mendidik umat Islam untuk mencintai dan menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan.  Ia juga untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih peka dengan makhluk berbulu dan berkaki empat itu dan juga untuk mendidik orang ramai tentang

KALAU YANG LAIN PUN AKAN SEPERTI KPJ, ANDA ADA MASALAH?

Kecoh mengenai pelakon Rozita Che Wan yang bakal melahirkan anak, dan lebih kecoh apabila rangkaian hospital terbesar di negara kita, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dikhabarkan bakal menaja kos bersalin pelakon tersebut. Ironinya, kumpulan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mempertikaikan keputusan Hospital Ampang Puteri untuk menaja kos bersalin kepada pelakon tersebut. Saya tidak nampak apa masalahnya, sebuah kumpulan rangkaian hospital yang cukup gah menaja seorang artis yang juga seorang ibu.  Ini bukanlah soal artis tersebut mampu atau tidak.  Ini bukanlah soalnya terdapat lebih ramai lagi golongan yang lebih memerlukan. Nampaknya, SAMM dengan suara anak muda gagal memahami aspek niaga yang cuba dipelopori oleh KPJ.  Bukannya bermakna dengan menaja Che Ta, KPJ telah mengabaikan golongan yang lebih memerlukan.  Sebagai sebuah syarikat korporat apatah lagi dimiliki oleh sebuah kerajaan negeri, tentulah KPJ sentiasa melaksanakan tanggungjawab korporatnya.

1 ASIA, 1 SUARA!

Saya sentiasa menyokong usaha rakyat Malaysia untuk mencipta nama atau menyumbang di peringkat antarabangsa.  Salah satu impian saya adalah untuk melihat karyawan kita terpilih sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan.  Walaupun telah ada rakyat Malaysia yang menjadi penerima Hadiah Nobel baru-baru ini, ianya masih jauh untuk melihat hadiah bagi kategori sastera. Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan secara rasmi akan bertanding bagi jawatan exco Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2015-2018. Rasanya tidak salah bagi Tengku Abdullah selaku teraju utama bola sepak negara untuk menawarkan diri merebut jawatan exco tersebut. Pedulilah jika mutu bola sepak kita di tahap yang mengecewakan rakyat dan peminat bola sepak, atau terdapat persatuan bola sepak negeri yang menjadi ‘kaki buli’, sesuatu perlu dilakukan.  Tiada gunanya kita  terus menangisi mutu bola sepak negara tanpa mengambil apa-apa tin

APA MAKNANYA KITA MENJADI AHLI PBB?

Semalam kita meraikan kejayaan negara terpilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 2015 – 2016.  Lebih manis lagi adalah undi yang diperolehi adalah agak tingg iaitu 187 daripada 192 buah negara yang mengundi. Ini bukanlah kali pertama, negara kita terpilih sebagai anggota tidak tetap.  Malaysia pernah menjadi anggota tidak tetap UNSC pada tahun 1965, 1989-1990, dan kali terakhir pada 1999-2000. Dalam pemilihan itu, Malaysia merupakan calon tunggal rantau Asia Pasifik dan akan diganti  oleh Fiji bagi dua tahun berikutnya. Menariknya, negara kita terpilih ketika pelbagai isu khususnya Akta Hasutan yang dimomok sebagai menyanggah hak asasi kemanusiaan. Malaysia ditegur kali pertama pada pertengahan September lalu oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia yang khabarnya menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihat sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di n

DYANA, RARA & MELATI

Kisah Dyana Sofya tiba-tiba menjadi sensasi apabila dicalonkan sebagai calon DAP bagi pilihanraya kecil Teluk Intan pada Mei lalu.  Dyana Sofya sebelum ini adalah Pembantu Khas Ahli Parlimen Gelang Patah. Ironinya, Dyana Sofya adalah anak kepada seorang pemimpin UMNO di peringkat cawangan.  Ibunya dikhabarkan sebagai Setiausaha wanita pertama bagi sebuah cawangan mahupun bahagian. Kemasukan Dyana Sofya dalam arus politik negara dilihat sebagai pembuka mata, malah pencalonannya sebagai calon Pilihanraya Kecil Teluk Intan juga membuka mata banyak pihak.  Walaupun ramai mengganggap pemilihan Dyana Sofya tempohari sebagai ‘gimik’ dan ‘retorik’ parti DAP dalam menambah undi orang Melayu, namun hakikat yang tidak dapat disangkal adalah sebagai muka baru dia mampu memberikan saingan sengit kepada calon veteran Barisan Nasional. Dyana Sofya graduan universiti yang memberikan perhatian khusus untuk Melayu dan Bumiputera, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perundangan.  A

AKAUNTABILITI GAYA WUSHU

Perkataan akauntabiliti bukanlah terma yang baru di Malaysia.  Ianya telah begitu banyak digunakan, namun ianya menjadi popular ketika negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi menerajui kepimpinan negara bermula Oktober 2003 sehingga Mac 2009. Walaupun ia menjadi frasa yang kerap diungkapkan, tidak ramai pula yang mendakap dan menghayatinya, dalam erti kata lain – cakap tak serupa bikin. Budaya akauntabiliti di negara-negara maju seperti Jepun bukan sahaja menjadi teras dan pegangan tetapi adalah yang tertinggi di dunia.  Malah kadang-kadang dalam menghayati budaya akauntabiliti, nyawa digadaikan dalam apa yang dikenali sebagai ‘harakiri’. Malah insiden perletakan jawatan bukanlah sesuatu yang asing di negara Matahari Terbit itu.  Para pemimpin dan kakitangan awam atas rasa akauntabiliti akan meletakkan jawatan bukan sahaja kerana kesalahan mereka secara langsung malah yang melibatkan orang bawahan mereka

SEKOLAH VERNAKULAR: ADAKAH UMNO MASIH BERTARING?

Saranan untuk menghapuskan sekolah vernakular, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India (SJKC & SJKT) bukanlah sesuatu yang baru.  Ia akan muncul secara bermusim, kecoh dan akhirnya dilupakan.  Baru-baru ini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara mencadangkan supaya isu SJKC dibincangkan pada perhimpunan agung UMNO yang bakal berlangsung pada 25 – 29 November nanti. Beberapa hari selepas itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras pula menggesa kerajaan memansuhkan sekolah vernakular dan menubuhkan sekolah satu aliran yang menurutnya boleh membantu memupuk perpaduan nasional. Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung pula menyokong cadangan ini supaya isu SJKC dibincangkan pada perhimpunan agung UMNO nanti. Ini bukanlah kali pertama pemimpin UMNO membuat gesaan sedemikian, namun jika ada desakan oleh pemimpin UMNO, mungkin ini adalah kali pertama ianya dibincangkan secara rasmi dalam perhimpunan agung UMNO. Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir juga pernah meny

BAJET GILA LEBUHRAYA?

Beberapa tahun yang lalu, saya diajukan sebuah teka-teki oleh seorang yang saya anggap sebagai ‘pesakit mental’ kerana dia pernah menjadi penghuni Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan dan Tampoi.  Pun begitu menurut keluarganya ini adalah kerana sifat banyak fikirnya.  Teka-tekinya adalah, apakah identiti negara kita.  Banyaklah jawapan yang saya kemukakan, sambil menjamunya teh tarik dan mee goreng mamak, namun semua jawapan saya salah katanya.  Selepas menghabiskan dua pinggan mee goreng yang dijamu saya, dia memberikan jawapannya.  Identiti Malaysia katanya adalah – Lebuhraya dan Tol! Saya membantah, namun hujahnya adalah jelas dan meyakinkan apabila memberikan fakta-fakta mengenai lebuhraya dan tol di negara kita.  Akhirnya, saya terpaksa akur dengan jawapannya sambil berikrar untuk memastikan sendiri fakta tersebut. Ketika pembentangan bajet pada Jumaat lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa projek besar antaranya adalah pembinaan Lebuhraya yang digariskan