Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

HARI AIDS SEDUNIA - KHUTBAH JUMAAT

Imej
(Petikan Khutbah Jumaat - 28 Nov 2009, teks disediakan oleh JAKIM) Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua memperkasakan takwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat. Sempena dengan sambutan Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember 2008 ini, maka mimbar ini akan membicarakan khutbah bertajuk "ISLAM PRIHATIN PADA HIV/AIDS". Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, AIDS ialah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit yang disebabkan oleh virus HIV melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, perkongsian jarum suntikan dan pemindahan darah. Mereka yang dijangkiti HIV positif dikatakan pesakit AIDS. Di Malaysia, kes pertama HIV/AIDS dikesan pada tahun 1986, dan sehingga 2007 terdapat seramai 80,938 orang pembawa HIV dan 13,635 orang penghidap AIDS direkodkan. Sehingga kini

CATATAN PERJALANAN I

Imej
Saya temui lebih 20 buah 'bill board' seperti di atas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu. Mungkin lepas ini, saya mungkin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu untuk memasang 'bill board' yang mungkin berbunyi lebih kurang seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Bahasa Melayu masuk UMNO ataupun yang berbunyi seperti ini: Kalau nak pe(r)juangkan Melayu masuk UMNO . Harap-harap dapat sokongan dari Kerajaan Negeri. Renungkan. (Ini pula ialah laporan yang memungkinkan pemasangan 'bill board' seperti di atas, dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Februari 2008) Abang Mustapa Ali masuk UMNO MARANG 10 Feb. - Kedudukan Pas di Terengganu terus goyah apabila semakin ramai penyokongnya hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkan sebelum ini. Terbaru, parti itu menerima tamparan hebat apabila abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali mengambil keputusan menyertai UMNO setelah kecewa dengan tindakan-t

PALESTIN, OH PALESTIN!

Imej
"Saya ingin menyampaikan sanjungan kepada semua rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk hidup bebas dan bermaruah dalam sebuah negara yang dapat mereka panggil negara sendiri".. YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia "Tanpa tanah dan tanpa air, manusia sukar hidup di dunia ini. Kerana inilah sejak dahulu hingga hari ini, tanah dan air sering menjadi punca peperangan. Rakyat Palestin, misalnya, sanggup mati untuk mempertahankan tanah mereka, walaupun seinci, atau untuk mendapatkan semula tanah yang telah dirampas oleh Israel, sama ada melalui peperangan ataupun melalui taktik dan muslihat lain yang lebih halus" Y Bhg. Dato' Dr. Hassan Ahmad - Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan Selama enam dekad, rakyat Palestin masih mencari-cari tanah tumpah darah mereka, selepas diambil oleh Israel pada tahun 1947. Israel lahir pada tahun 1948, namun sehingga kini rakyat Palestin terus tanpa bumi kelahiran mereka! Dan warga dunia masih be

DEFINISI BARU PLUS?

Imej
Menteri Kerja Raya melancarkan logo baru PLUS ketika majlis sambutan Raya, 23 Oktober 2008 yang lalu. PLUS = PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN PLUS = PANTANG LALU ULUR SAJA PLUS = POTONGAN LU UNTUK SAPA? Saya teringat pesan arwah ayah saya: HIDUP INI MESTI IKHLAS!. Entahlah tiba-tiba sahaja saya semacam berperang dengan diri saya: Ikhlaskah saya? Flashback: Kisah laluan masuk ke Bandar Mahkota Cheras yang diarahkan buka oleh YB Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya memang meninggalkan kesan yang bukan sedikit, kerana lebih 2 bulan kemelut laluan itu menjadi punca sengketa para penduduk dan syarikat konsesinya. Tiba-tiba semacam hero Hindustan muncul YB Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, Menteri Kerja Raya, yang baru beberapa bulan mengambil alih tugas dari hero Tamil yang tewas pada PRU ke-12 tempohari. Fast Forward: Tiba-tiba sahaja berita gempar bahawa pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hin

AKIBAT BERTOLAK ANSUR

Imej
Datuk Dr. Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kelantangan beberapa pihak daripada kalangan kelompok bukan Melayu termasuk parti-parti politik dalam soal berkaitan hak dan kedudukan orang Melayu mula menimbulkan banyak polemik. Malah selain tuntutan agar ekuiti 30 peratus kepada bumiputera dihapuskan tulisan Jawi yang dipamerkan di papan-papan tanda juga turut diancam. Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan keresahan di kalangan pelbagai pihak terutamanya orang Melayu. Mereka mempertikaikan kenapakah kelantangan seumpama itu semakin kerap didengari biarpun sesetengah perkara yang dibangkitkan itu sudah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak sewajarnya diganggu-gugat. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hassan Ahmad merumuskan bahawa segala-galanya berlaku kerana sikap orang Melayu yang suka bertolak-ansur serta kedudukan politik Melayu kini yang dilih

BUDAK KELANTAN - REALITI ANAK MUDA DI KOTA?

Imej
Kita jahat pun, jangan sekat orang nak buat baik – Jaha Menonton Budak Kelantan – buah tangan Wan Azli Wan Jusoh , pendatang baru memberi dimensi segar mengenai anak-anak Kelantan di perantauan. Saya bukanlah anak Kelantan tetapi mempunyai ramai teman samada lingkungan kerja atau kenalan santai dari kalangan anak Kelantan. Budak Kelantan , kisah jujur (filem harus jujur!) Jaha dan Buchek di Kuala Lumpur, dua sahabat karib sekampung yang terpisah mengikut alunan rentak hidup masing-masing. Buchek (Danny X-Factor) graduan lepasan Universiti Malaya, masih menganggur dan mencari pekerjaan. Menumpang di rumah teman yang telah lama tinggal di ibukota. Lingkungan teman-temannya adalah orang yang baik dan berwawasan. Berbeza dengan Jaha yang gagal persekolahannya merantau ke ibu kota dan menjadi watak hitam penghuni kota. Tinggal bersama teman-teman sekufu yang menggelarnya ‘Mr. Amerika’ . Sinis kerana tuntutan anak muda di kota: seluar Levis , baju Nike , minum Coca-Cola, MTV, rokok Marlb

INPUMA, ACHEH & TSUNAMI 2004

Petang Selasa lalu, saya menemankan seorang sahabat saya menyampaikan ceramah yang dianjurkan oleh INPUMA (Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan). INPUMA - http://www.inpuma.org.my/ ditubuhkan pada tahun 1999 dan berpusat di Universiti Malaya. Kisah ini bukanlah mengenai INPUMA mahupun sahabat saya yang menyampaikan ceramah tersebut. Khalayak yang menjadi sasaran ceramah yang dianjurkan oleh INPUMA dan Universiti Malaya ialah Pegawai-pegawai dari Acheh. Ceramah dari 11-18 November 2008 yang mencakupi pelbagai perkara yang perlu diketahui oleh penjawat awam ini dibiaya oleh Pemerintah Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam. Tiba-tiba sahaja semacam menonton filem benak saya mengimbas tragedi Tsunami yang melanda Acheh di penghujung 2004 lalu. Hati siapa yang tidak tersentuh melihat mangsa Tsunami 2004 samada di Acheh, Kuala Muda, Phuket, Pulau Pinang, Sri Lanka atau di Kepulauan Maldives. Kelompok penjawat awam ini yang dihantar ke Malaysia untuk Program Latihan mengatakan mereka

OBAMA, OSAMA & 'SEMAK' - Surat Terbuka Untuk Tuan Barack Obama

Imej
Tahniah kepada tuan kerana terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, tapi saya sedikit keliru apabila tuan dilabelkan sebagai Presiden kulit hitam yang pertama memandangkan tuan adalah kacukan hitam Kenya dan putih Kansas, tapi itu hanyalah sedikit yang lebih bersifat teknikal. Walaupun saya hanya mengenali tuan melalui buku Dreams from My Father · The Audacity of Hope dan The Audacity of Hope , saya percaya wawasan perubahan yang tuan canangkan dalam kempen-kempen tuan mampu ditunai dan direalisasikan. Saya secara peribadi percaya ramai rakyat dunia berharap dan mendoakan kemenangan tuan demi perubahan yang tuan janjikan kerana saya telah lebih dua dekad tertipu dengan janji manis pemimpin-pemimpin saya kerana gagal berfungsi seperti pada awalnya bak kata pepatah bahasa kami 'hangat-hangat tahi ayam'. Pernah doa panjang saya untuk mendapatkan seorang pemimpin yang dianggap 'Tuan Bersih' berakhir dengan kekecewaan yang amat tragis. Ungkapan sulongnya: '

SANTAI PUISI 'PAKSI-NELAYAN PERAHU KECIL'

Imej
Masyarakat Nelayan Perahu Kecil Kuala Pahang 23 Oktober lalu, saya menerima pesanan ringkas dari Sdr. Dinsman: Paksi buat aktiviti d Kuala Pahang, Pekan, Pahang, sabtu 1 nov depan (brsma dg Persatuan Prahu Kecil Kuala Pahang). Acara 'santai puisi' mulai 10.30 pagi. Tghari makan. 2.3optg bicara seni. 5.30 ptg jalan2 d kg nelayan. Jom kita k sana - PAKSI, Puisi, Kuala Pahang, Nelayan, Perahu Kecil yang menambat saya menyusuri lebuhraya LPT ke Pekan pada pagi, 1 November lepas. Tiba lebih kurang jam 11.00 majlis baru saja dimulakan, pentasnya seperti ceramah politik dengan jalur gemilang di kiri dan kanan. Rupanya usaha PAKSI (Badan Seniman Paksi Rakyat) bukan retorik, mendekati rakyat, dalam konteks ini nelayan perahu kecil di Kuala Pahang sebagai usaha merakyatkan seni, membawa seni ke riba rakyat menuntut kecekalan bukan kepalang apatah lagi golongan nelayan di Kuala Pahang. Menurut Sdr. Wan Khasmadi Wan Omar (Pengerusi Persatuan Nelayan Perahu Kecil Kuala Pahang), Sdr. Rosli

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009

Imej
Encik Halim Ismail (Pengarah MBKM), Datuk Hj. Alimuddin & Encik Ivan Ho (Pengerusi JK Penganjur PBAKL 2009 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan datang lagi. Pesta buku yang telah berlangsung sejak 1982 adalah bagi kali yang ke 28. PBAKL 2008 yang telah mencatat bilangan pengunjung sebanyak 2.2 juta diharapkan akan menjadi tumpuan bukan saja setakat menambah bilangan pengunjung tetapi juga jualan kerana ramai teman-teman merungut jualan tidak memberangsangkan sungguhpun bilangan pengujung bertambah saban tahun. Pada Khamis lalu, 30 Oktober, satu majlis pra-pelancaran telah diadakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) di Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. PBAKL 2009 dengan tema Buku: Lakaran Masa Depan akan berlangsung dari 17 - 26 April 2009, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Selain daripada penerbit, pengedar, penulis dan peruncit buku tempatan PBAKL 2009 juga akan menjad

SYARAHAN UMUM IAIS

Imej
Professor Mohammad Hashim Kamali, Professor John Obert Voll & Emeritus Professor Datuk Dr. Osman Bakar Khamis lalu, 30 Oktober, saya berkesempatan menghadiri Syarahan Umum di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia . Syarahan Umum bertajuk The West-Islam Dialogue: Where are We and Where are We Going? telah disampaikan oleh Prof. John Obert Voll , seorang professor Sejarah Islam yang merupakan Pengarah Bersekutu Pusat Kefahaman Muslim-Kristian Putera Alwaleed bin Talal di Georgetown University. Syarahan Umum ini adalah siri syarahan umum yang dibawakan oleh IAIS yang ditubuhkan pada Oktober 2007 dengan misi untuk memberi kefahaman mengenai Islam Hadhari dan visinya untuk kemajuan dan pembangunan di samping memperbetul salah tanggapan terhadap Islam melalui koloqium, penerbitan dan lain-lain media. Untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai IAIS layari laman webnya di http://www.iais.org.my/ Majlis itu dipengerusikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai E