Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

ANUGERAH

Imej
Datuk Paduka Marina Mahathir yang berblog di rantingsbymm.blogspot.com dinobatkan sebagai United Nations Person of the Year 2010 . Datuk Paduka Marina Mahathir adalah seorang yang aktif memperjuangkan hak-hak wanita dan advokat HIV dan AIDS di negara ini. Beliau juga adalah mantan Presiden Majlis AIDS Malaysia. Kelayakan bagi anugerah tersebut adalah individu atau organisasi yang mempunyai rekod cemerlang dalam membantu pembangunan negara dalam pelbagai aspek. Tahniah Datuk Paduka Marina Mahathir!

MAKAN WAYANG, MINUM WAYANG, TENGOK WAYANG ...

Imej
Katalah apa pun, tapi saya ada kegemaran (baca:kegilaan) sendiri. Setiap tahun saya pasti melalui kegilaan ini. Minggu lepas untuk kesekian kalinya saya melewati kegilaan ini. Kisah kegilaan saya sebenarnya ada ketikanya dikongsi oleh mereka-mereka yang lain. Menonton wayang secara marathon dari jam 12 tengahari hingga jam 12 tengah malam dengan masa senggang selama 30 minit di antaranya, itulah yang saya lakukan lewat Sabtu lepas. Menonton lima buah filem yang ditayangkan sempena Latin American Film Festival 2010 edisi ke sembilan. Pada hari sebelumnya pula saya menonton tiga buah filem. Walaupun filem pertama yang saya tonton pada hari Jumaat di Mid Valley terganggu selepas lebih 30 minit berlangsung akibat masalah teknikal tidak mengugat keghairahan saya. Filem The Pope’s Toilet (El Bano del Papa) sebuah filem Uruguay, filem yang mengisahkan bagaimana Beto (Cesar Troncoso) penyeludup yang beroperasi di sebuah pekan kecil yang bersempadan di antara Uruguay dan Bra

ANTARA DUA DARJAT ...

Imej
Ketika kecil saya dan rakan-rakan selalu mempersendakan istilah tuan tanah kedawung, saya tidak begitu pasti bagaimana dunia keceriaan kanak-kanak kami mengutip istilah tersebut. Setelah melewati usia remaja barulah saya mendapat tahu bahawa istilah tuan tanah kedawung sebenarnya merujuk kepada filem dan buku Indonesia dengan judul yang sama. Seperti lazimnya jika ada tuan tanah mestilah juga mempunyai sipenyewanya pula. Sama ada tuan tanah atau sipenyewa tentulah dipisahkan oleh jurang yang bukan sedikit, sama ada daripada segi status dalam sosio-budaya sesuatu bangsa atau negara. Tuan tanah tentulah dilihat sebagai satu pihak yang begitu berautoriti, kaya dan berkuasa manakala si penyewa tentulah pula dilihat sebagai pihak yang menuntut belas ihsan, miskin dan dilengkapi kuasa yang minima sesuai dengan taraf sebagai penyewa sahaja. Maka apabila si tuan tanah membuat mesyuarat sama ada mesyuarat tuan-tuan tanah di peringkat yang kecil sama ada di cawangan, bahagian, ne

KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI …

Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan. Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka " (petikan sajak 'Melayu' nukilan SN Usman Awang) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itulah yang bermain di kepala saya, kebetulan pada hari ini saya ke Rompin, perjalanan saya mel

ENTHIRAN SI ROBOT ...

Imej
Minggu lepas saya berkesempatan menonton filem Tamil – Enthiran yang bermaksud Robot. Filem Tamil ini yang bersifat universal melainkan adegan nyanyian yang memang sinonim dengan filem Tamil. Filem ini mengambil masa lebih dua tahun bagi penghasilannya manakala kerja-kerja pra produksinya mengambil masa sedekad apabila idea filem ini pertama kali dilontarkan oleh pengarahnya – Shankar. Malah filem ini mengalami pelbagai perubahan penerbit dan para pendukungnya. Pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan pernah dilaporkan sebagai penerbit dan pelakon utamanya sebelum menarik diri kerana menganggap skrip filem ini sebagai tidak ampuh. Endhiran kisah yang biasa diceritakan dalam konteks yang lebih saintifik melalui penciptaan robot yang dinamakan Chitti oleh teraju utamanya – Rajnikanth. Professor Vaseegaran (Rajnikanth) berusaha selama 10 tahun untuk menghasilkan robot ini yang akhirnya ditolak oleh panel penilai kerana dikatakan tidak beremosi. Maka usaha keras untuk Vasee mengubah suai

SERONOK KE MENIPU …?

Imej
(Ruangan Salam Perantauan Akhbar Utusan) Sehingga saat ini saya masih berpeguh teguh pada maxim ‘Honesty is the best policy’ walaupun kadang-kadang saya ditimpa musibah hanya kerana berlaku jujur. Tetapi meletakkan kejujuran mengatasi segalanya adalah pendirian saya. Malah kerana berjujur juga kadang-kadang menyebabkan saya kehilangan peluang-peluang perniagaan, tapi tidak mengapa kerana rezeki, jodoh ajal dan maut semua kerja Tuhan, Allah SWT. Lain pula ceritanya sekumpulan pelajar-pelajar sebuah universiti di Tronoh, Perak Darul Ridzuan yang mengambil pendekatan ‘seronok menipu’. Kisahnya ialah apabila kumpulan pelajar ini menghantar gambar dan ucapan untuk disiarkan di dalam ruangan Salam Perantauan khusus kepada para pelajar dan rakyat Malaysia yang berada dalam dan luar negara menyampaikan ucapan Hari Raya Aidil Fitri kepada keluarga, rakan dan kenalan mereka. Tradisi ini banyak disediakan oleh akhbar-akhbar di Malaysia khususnya akhbar-akhbar berbahasa Melayu seperti

HADIAH NOBEL, RAKYAT MALAYSIA BILA LAGI …?

Imej
(Mario Vargas Llosa dari Peru adalah penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan bagi tahun 2010) Rakyat Malaysia memang mempunyai keupayaan untuk memenanginya. Soalnya bila dan dalam bidang apa. Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai keupayaan luar biasa. Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) diketuai oleh seorang rakyat Malaysia, malah seorang rakyat Malaysia pernah dilantik sebagai penasihat kepada Presiden dan Kerajaan Senegal. Ini sekadar beberapa contoh pencapaian rakyat Malaysia. Sebagai seorang pendamping sastera di Malaysia, tentulah saya lebih berminat untuk memperkatakan sumbangan sasterawan kita yang boleh dinobatkan sebagai penerima hadiah Nobel Kesusasteraan. Kita bukan tidak ada karya bertaraf antarabangsa, atau sasterawan yang mampu menghasilkan karya-karya merentas sempadan nasional. Malah usaha konsisten Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) memilih dan menterjemah karya-karya Bahasa Melayu ke bahasa-bahasa asing adalah

KEBAL KEPALA RIMAU …

Imej
Gambar Hiasan - Wang kertas RM500 yang tidak lagi digunakan. Beberapa hari lepas, saya menemani seorang teman saya melawat pembekalnya di sebuah negeri bersejarah di selatan. Teman saya adalah pemilik perniagaan yang terlibat secara tidak langsung dengan industri herba. Ketika menemui pembekal tersebut yang juga seorang doktor yang telah lebih dua dekad terlibat di dalam industri herba khususnya ‘ayurveda’ yang berasal dari India. Disebabkan teman saya adalah pelanggan penting si doktor yang juga pembekal produk berasaskan herba maka kehadiran saya pun dialu-alukan. Malah dia giat bercerita mengenai masyarakat India yang menjadi rumah keduanya selama hampir berbelas-belas tahun kerana menimba ilmu perubatan ‘ayurveda’. Pelbagai kisah yang sempat dikongsi selama hampir dua jam menjadi tetamu beliau, namun begitu saya amat tertarik dengan pelbagai ‘tangkal’ yang ditunjukkan kepada saya satu demi satu. Bermula dengan cincin yang dipakainya, yang menurutnya di perbuat dari

AJAK-AJAK AYAM @ JEMPUTAN ALA PUTERI …

Imej
Sebenarnya saya tidak mahu mengulas mengenai gambar kain rentang jemputan di atas. Ini kerana dalam akhbar-akhbar hari ini dilaporkan bagaimana Ketua Pergerakan Puteri UMNO dilaporkan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan yang membuat kritikan terbuka mengenai sayap Puteri dan Pemuda UMNO. Tetapi kisah kain rentang yang menguar-uarkan mengenai jamuan sempena Aidil Fitri yang ditemui di kawasan Pandan Cahaya ini mempunyai kisahnya sendiri. Merujuk kepada kain rentang ini, majlis ini bakal berlangsung pada 8 Oktober 2010, dari jam 8 hingga 12 tengah malam. Tiada yang cacat dalam pemilihan kata-kata pada kain rentang ini. Tetapi kain rentang ini hanya dipasang pada jam 5.45 petang pada hari majlis berlangsung! Selebihnya meminjam kata si Nabil Raja Lawak – lu pikirlah sendiri! (Nota Kaki: Pelanggan sebuah restoran yang berdekatan dengan lokasi di mana kain rentang ini dipasang menjerit 'Bodoh' sewaktu kain ini dipasang sebagai manifestasi

CERITA TIGA LELAKI ...

Saya tidak pernah menemui Menteri Mentor Singapura secara fizikal, walaupun saya banyak terdedah dengan tulisan dan pemikiran beliau. Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang acapkali digelar sebagai Bapa Singapura, pada minggu lepas kehilangan isteri kesayangan yang telah berkongsi hidup selama 63 tahun, satu jangkamasa yang bukan sedikit. Madam Kwa Geok Choo meninggal dunia pada Sabtu lepas selepas beberapa lama diserang angin ahmar. Lee Kuan Yew menyampaikan eulogi pada upacara pengembumian mendiang isterinya. Selepas 63 tahun hidup sebagai pasangan suami isteri saya amat percaya begitu banyak memori manis sepanjang perjalanan hidup sebagai pasangan suami isteri. Itulah intipati eulogi Tuan Lee terhadap isteri tersayang beliau. Pada 24 September yang lepas pula, ketua di syarikat saya memberikan khidmat, Tuan Haji Isa kehilangan isteri beliau selepas tewas akibat penyakit yang telah dihidapi sejak 20 tahun yang lalu. Seperti Tuan Lee, Haji Isa juga menulis

GALAS, MENGGALAS, DIGALAS & TERGALAS …

Imej
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan bermesyuarat pada 6 Oktober ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi DUN Galas. Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaiman, 26 September lalu kerana barah usus. Namun begitu bahang Pilihanraya Kecil ini telah pun mula dirasakan. Bermula dengan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya melalui panggilan telefon oleh Timbalan Perdana Menteri yang khabarnya belumpun dipersetujui oleh Tengku Razaleigh. Keistimewaan Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya pada kali ini agak lebih ‘berkuasa’ dengan Pengarah Pilihanraya sebelum ini kerana dibekalkan ‘kuasa’ untuk memilih calon bagi pilihanraya kecil ini. Dalam situasi yang lazimnya sebelum ini, Pengarah Pilihanraya yang acapkali disandang oleh Timbalan Perdana Menteri tidak pula dibekalkan ‘kuasa’ bagi menentukan calonnya kerana calon biasanya dipilih oleh Perdana Menteri. Mungkin pilihanraya keci

PENA SUDAH, GAPENA ...?

Imej
Sekurang-kurangnya sehingga 2012, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) akan diterajui oleh orang muda, pada pemilihan semalam Mohamad Saleeh Rahamad terpilih sebagai Presiden, Ketua Satu PPJ pula terpilih menjadi Timbalannya. Bendahari PENA pula dimenangi oleh Rahimdin Zahari, Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung pula masing-masing bakal diterajui oleh SM Zakir dan Shamsuddin Othman. Dr Mohd Hanafi Ibrahim, Muhammad Lutfi Ishak, Arif Mohamed dan Raja Rajeswari Seetha Raman pula terpilih menganggotai Ahli Jawatankuasa PENA di samping pengarang veteran yang diwakili Dr Ahmad Razali Yusuf dan Dr Ibrahim Ghafar. Diharapkan pemilihan golongan ‘muda’ akan benar-benar membawa PENA kepada pembangunan dan pembinaan penulis serta menjawab cabaran bahasa, budaya dan agama yang berlaku dalam negara serta memperkukuhkan jaringan dengan masyarakat sastera di luar negara khususnya yang menggunakan bahasa Melayu, malah berharap tidak akan timbul sebarang polarisasi berasas

EAT PRAY LOVE: MANTERA BARU…

Imej
Saya juga mengimpikan mantera baru, makan, doa dan cinta tanpa perlu bekerja ataupun risau tentang perbelanjaan atau mungkin tidak punya wang untuk esok hari! Tapi hidup dalam alam nyata sekarang ini, tentulah tidak mungkin melampiaskan keinginan semudah itu. E at Pray Love yang diangkat lewat karya bersifat kembara nukilan Elizabeth Gilbert yang menghasilkan Pligrims (kumpulan cerpen - 1997), Stern Man (novel – 2000), The Last American Man (biografi – 2002) Eat Pray Love (memoir – 2006) dan Committed (2010). Walaupun Elizabeth Gilbert tercari-cari arah bagi penghasilan kreatifnya, memoir Eat Pray Love telah menjulang namanya sehingga naskhah ini menduduki takhta New York Times Paperback Nonfiction Bestseller selama 187 minggu! Eat Pray Love arahan Ryan Murphy bukanlah nama yang besar dalam dunia filem Hollywood namun banyak menghasilkan siri untuk skrin kecil, televisyen. Filem ini yang diadaptasi oleh pengarahnya sebagai penulis lakon layar menyelusuri kehidupa