EAT PRAY LOVE: MANTERA BARU…


Saya juga mengimpikan mantera baru, makan, doa dan cinta tanpa perlu bekerja ataupun risau tentang perbelanjaan atau mungkin tidak punya wang untuk esok hari!

Tapi hidup dalam alam nyata sekarang ini, tentulah tidak mungkin melampiaskan keinginan semudah itu. Eat Pray Love yang diangkat lewat karya bersifat kembara nukilan Elizabeth Gilbert yang menghasilkan Pligrims (kumpulan cerpen - 1997), Stern Man (novel – 2000), The Last American Man (biografi – 2002) Eat Pray Love (memoir – 2006) dan Committed (2010). Walaupun Elizabeth Gilbert tercari-cari arah bagi penghasilan kreatifnya, memoir Eat Pray Love telah menjulang namanya sehingga naskhah ini menduduki takhta New York Times Paperback Nonfiction Bestseller selama 187 minggu!

Eat Pray Love arahan Ryan Murphy bukanlah nama yang besar dalam dunia filem Hollywood namun banyak menghasilkan siri untuk skrin kecil, televisyen. Filem ini yang diadaptasi oleh pengarahnya sebagai penulis lakon layar menyelusuri kehidupan pasca perkahwinan Elizabeth Gilbert (Julia Roberts) yang terperangkap dengan perkahwinan, keinginan sang suami yang mahukan anak-anak, sebenarnya masih tercari-cari tentang keinginan sebenarnya di dalam hidupnya.

Meninggalkan kehidupannya yang serba lengkap – suami, rumah dan kerjaya, Elizabeth keluar dari zon selesa untuk kembara mencari dirinya – bermula dengan Itali, syurga pencinta makanan, kuasa melakukan meditasi di India dan mencari keseimbangan di Bali, Indonesia. Pada saya filem Eat Pray Love tidak segah memoir tulisan Elizabeth Gilbert sendiri, malah dalam setengah situasi versi filemnya kelihatan tidak lebih dari menonton dokumentari kembara!

Julia Roberts yang memegang watak sebagai Elizabeth Gilbert berjaya menghayati wataknya walaupun roh ‘memoir’ sipenulisnya tidak begitu terserlah ditangan Ryan Murphy, mungkin seperti Julia Roberts, Ryan juga begitu obses dengan memoir ini sehingga berusaha menterjemahkan sebaik mungkin ke layar perak. Watak Ketut Liyer (sebenarnya diungkapkan sebagai pembohong – liar) dan watak Wayan yang didukung oleh Christine Hakim sebenarnya adalah manisfestasi sebenar kembara sipenulisnya yang berusaha mencari diri yang sebenarnya.

Bersandarkan tiga mantera utama kehidupan: makan, doa dan cinta, Eat Pray Love sebenarnya sarat falsafah kehidupan dan menjadikannya amat dekat dengan kehidupan manusia dalam dunia yang serba tidak kena pada hari ini.

Saya hampir sahaja mahu pitam apabila tidak mampu menahan pundi kencing kerana ketiadaan ruang untuk mencelah ke tandas pun, mungkin bimbang saya akan kehilangan inti cerita dan dialog ‘punchy’ dalam Eat Pray Love!

Ulasan

minn berkata…
saranan tonton atau..tak yah tonton?
SIS berkata…
Tonton utk mencari makna dsebalik tajuk yg 'catchy'...
kaki sakat berkata…
Blog ini tidak bermaksud utk mengajak menonton sesebuah filem yg ditonton oleh tuan punya blog, anyway its worth watching...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?