Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

PANDANG KE TIMUR LAGI!

Selepas hampir tiga dekad dasar pandang ke timur diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad, kini ia dijengah semula oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak.  Dengan jolokan ‘gelombang kedua’, dasar Pandang Timur adalah anjakan kepada hubungan baik dua hala sedia ada Jepun dan Malaysia. Pada awal pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad, sejak 1981, kagum dengan etika kerja dan kaedah perniagaan Jepun, beliau memperkenalkan Dasar Pandang Timur.  Malah beliau juga memperkenalkan kempen ‘Buy British Last’ sebagai protes kepada tindakbalas Britain terhadap usaha menasionalkan syarikat-syarikat di Malaysia. Ironinya, Jepun yang bangun daripada keruntuhan Hiroshima dan Nagasaki menjadi idola banyak negara bagaimana mereka bersifat kental, rajin dan sangat berdedikasi terhadap aspek membangunkan negara mereka. Melalui dasar pandang timur ketika era Dr. Mahathir, tumpuan adalah lebih kepada pendidikan dan perindustrian berat, apabila syarikat pengeluar kereta nega

BANK TIPU, TIPU BANK!

Sejak setahun dua ini antara iklan yang menarik perhatian saya adalah iklah Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM).  Ini kerana di awal iklan tersebut diperkenalkan ianya dibintangi oleh ikon laporan sukan dan pelakon teater dan filem terkenal, Datuk Rahim Razali.  Kini terdapat pula versi seorang lagi selebriti, Faizal Ismail. Tulisan ini bukan mahu bercakap mengenai Datuk Rahim Razali, Faizal Ismail mahupun PIDM itu sendiri, namun mengenai pendedahan mengejut jenayah komersil oleh kakitangan bank sendiri. Bayangkanlah jika Pak Ngah di sebuah pekan kecil berjalan ke dalam bank  membawa wang daripada hasil jerit perihnya untuk disimpan, dicatat di dalam buku simpanan atau tidak tercatat, mungkin atas dasar percaya kepada petugas bank, Pak Ngah mungkin tidak begitu menyemaknya. Selepas beberapa tahun, Pak Ngah mungkin tidak perasan atau ingat jumlah yang disimpannya, akan adakah kemungkinan bahawa ada transaksi yang tidak direkodkan.  Sebelum ini mungkin kita beranggapa

NELSON MANDELA, TUAN SEORANG LAGENDA!

Seingat saya antara buku awal yang saya beli secara online selepas diterima menjadi ahli American Book Club adalah buku Long Walk to Freedom dan sebuah lagi buku mengenai pemimpin komunis, Mao Tse Tong. Nelson Mandela, mantan Presiden Afrika Selatan.  Walaupun jangkahayat beliau menduduki kerusi presiden tidaklah begitu lama, namun impak yang ditinggalkan oleh beliau amat ketara kerana beliau merupakan presiden daripada kalangan kulit hitam yang pertama. Selain menjadi warga kulit hitam yang pertama memegang tampuk pemerintahan sebagai Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994 hingga 1999, beliau juga adalah presiden pertama terpilih daripada proses pilihanraya di negaranya.  Fokus utama Nelson Mandela ketika menjadi Presiden adalah melupuskan legasi apartheid yang mencengkam begitu kukuh di benua Afrika. Sungguhpun pernah menjalani hukuman penjara selama 27 tahun kerana penglibatannya dalam memperjuangkan nasib rakyat sehingga dituduh berkonspirasi untuk menggulingkan ke

JAWATAN KOSONG: MENTERI KESIHATAN!

Untuk kesekian kalinya, insiden runtuh berlaku lagi.  Ini setelah Menteri Kesihatan memberi jaminan bahawa ianya sedang dibaiki dan dijamin selamat.  Mungkin menteri terbabit perlu menyemak semula maksud perkataan ‘akauntabiliti’ dalam kamus. Jika di Jepun atau di Korea, para menteri akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab dan kekesalan bagi insiden yang berlaku dalam kementerian di bawah jurisdiksi mereka, namun di Malaysia ia adalah sebaliknya. Jika Hospital Serdang mendapat pengiktirafan atau mencapai sesuatu yang luar biasa, maka para menteri akan berduyun-duyun untuk ‘tumpang sekaki’ kepada kejayaan, namun jika ianya unsur negatif, minta maaflah, “saya tidak boleh komen, masih menunggu laporan”, itu jawapan standard. Insiden runtuh di Hospital Serdang telah memasuki versi ke lima untuk tahun ini sahaja, malah mungkin pihak yang memberikan pengiktirafan untuk buku rekod di Malaysia boleh mewujudkan satu lagi rekod baru berdasarkan pen

CUKAI TAKSIRAN, HUKUMAN PENGUNDI IBU KOTA?

Ketika melawat tukang gunting saya beberapa hari yang lalu, beliau yang menetap di pinggir ibu kota Kuala Lumpur merungut mengenai cukai taksiran hartanah yang bakal dibayarnya berjumlah RM7,200.00. Seperti biasa, saya akan katakan  janganlah fitnah kerajaan BN menuduh mengenai kenaikan cukai taksiran hartanahnya, mungkin ia adalah tunggakan yang tidak berbayar.  Namun saya silap, apabila dimaklumkan bahawa dia tidak pernah mempunyai tunggakan dan menegaskan itulah nota peringatan yang diterima untuk pembayaran cukai taksiran hartanahnya. Seingat saya dia hanya tinggal di pangsapuri tiga bilik yang diterimanya sebagai pampasan apabila rumah ‘panjang’ mereka di Kampung Selamat dibangunkan oleh DBKL dengan kerjasama sebuah syarikat swasta. Jika bagi seorang eksekutif pun yang berpendapatan RM5,000 sebulan akan merasakan bahang dan peritnya apatah lagi bagi seorang tukang gunting sepertinya.  Bayangkan cukai taksiran hartanah sehingga RM20 sehari! Apabila dikhabarkan oleh

APA LAGI YANG TINGGAL?

Tahniah kepada pasukan polis kerana berjaya menjejak dan mengesan suspek yang menembak mati seorang pegawai bank dalam kejadian rompak dan bunuh pada 23 Oktober lepas. Biarpun selepas lebih dua minggu, mungkin ramai yang tidak sedar bagaimana pihak polis dan risikan melakukan kerja mereka sehingga suspek utama dapat ditahan.  Cerita menggunakan MyKad palsu untuk bekerja di syarikat kawalan keselamatan adalah sesuatu yang mengejutkan. Apa tidaknya, teknologi yang digunapakai dalam MyKad yang diuar-uarkan antara yang tercanggih di dunia nampaknya sekadar cakap-cakap kerana ianya juga berjaya dipalsukan.  Anehnya, syarikat kawalan keselamatan seakan lebih cenderung untuk memperolehi kontrak daripada memastikan para petugas dan pengawal keselamatan mereka benar-benar telah melepasi proses saringan oleh pihak polis.  Ataupun adakah proses saringan pihak polis telah tidak lagi dipraktikkan? Beberapa ketika selepas kes bunuh dan rompak pada 23 Oktober, satu lagi insiden memba

2 KOSONG @ SERI 1 SAMA?

Selepas 21 tahun kemarau kemenangan, semalam skuad Pahang, negeri kelahiran Perdana Menteri menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1992.  Kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan hasil tandukan Matias Ruben Conti pada minit ke-58. Hari ini, para pengundi DUN N20 Sungai Limau akan menentukan siapakah bakal dipilih sebagai wakil rakyat mereka.  Calon BN, Dr. Sohaimi Lazim dan calon  PAS, Azam Abdul Samat bakal menentukan prestasi sulong Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Mukhriz Mahathir. Di atas kertas, kelihatannya calon BN memiliki segala-galanya untuk menang, singkatan namanya SL yang dimomokkan sebagai mewakili Sungai Limau bukanlah rahsia dengan pengenalan moto ‘SL4SL’ (Sohaimi Lazim for Sungai Limau).  Selain itu juga dengan kedatangan tahun baharu hijrah 1435 yang bakal menjelang esok, BN juga tidak ketinggalan memperkenalkan moto ‘Berani Hijrah’! Sama ada kita sedar atau tidak, moto Berani Hijrah bakal memberikan implikasi dalam pilihanraya

PAKSI TAK MENYALAK KEPADA BUKIT - JAWAPAN KEPADA TULISAN MSO

Dinsman (Harakah 406, 28/10) Paksi tak menyalak kepada bukit Terima kasih Mohd Sayuti Omar kerana segera memberi respon kepada majlis Dialog Budaya Bersama Pimpinan PAS yang berlangsung di Hotel de Palma Shah Alam 20 Oktober. Tulisan berjudul “Paksi menyalak kepada orang yang jadi ‘bukit’” dalam blognya 22 Oktober dirujuk. Paling menarik perhatian dalam tulisan Sayuti itu ialah ungkapannya “menyalak kepada orang yang jadi bukit”, dan “salakan kepada manusia politik yang sudah menjadi bukit”. Tentulah yang dimaksudkannya ialah para pimpinan tertinggi PAS yang hadir pada malam Dialog Budaya itu. Apakah para pimpinan tertinggi PAS itu adalah “manusia politik yang sudah menjadi bukit”? Saya sebenarnya tidaklah pernah terfikirkan begitu. Dan saya pun tidak pernah menganggap atau memahami bahawa ucapan saya pada malam itu adalah umpama ‘salakan’ atau ‘(anjing) menyalak’. Tetapi kalau mengikut Sayuti, nampaknya begitulah yang dimaksudkannya – bahawa para pimpinan tertinggi

SEBUAH RASA MSO

Imej
Paksi menyalak kepada orang yang jadi 'bukit' SEBUAH RASA, RASA                                                                           Dinsman terus bertempik. Malam  semalam saya terpergi ke majlis dialog budaya dan seniman dengan pimpinan Pas yang diadakan di sebuah hotel di Shah Alam. Naib presiden Pas, Sallahudin Ayub yang menjemput saya. Saya tidak tahu kenapa beliau jadi ingat kepada saya agar hadir pada majlis itu. Maka saya hadir. Sesampai di lokasi baru saya tahu siapa penganjur dan siapa yang terlibat dengan majlis itu. Rupa-rupanya rakan-rakan dalam Paksi - Seniman Paksi Rakyat,  manakala pengelolanya ialah Lunjah Kesenian Pas yang dikepalai Muhaimi Sulam. Mungkin kedatangan saya agak mengkagetkan juga, kerana saya barang kali tidak seharus berada sama di majlis berkenaan, sebab saya tidak menjadi anggota Paksi secara langsung. Kerana itu saya tidak dijemput bagi mengelakkan apa-apa yang tidak baik terdedah? Sifat majlis itu, dialog tertutup dengan kepi

CUKUP, CUKUP SUDAH!

Jika kita orang biasa tidak faham bahasa maka bolehla juga dimaafkan.  Namun jika pemimpin apatah lagi yang pernah bergelar pemimpin utama negeri, jika tidak faham bahasa, maka ada dua sahaja istilahnya: syok sendiri atau meroyan! Apabila seorang mantan ketua menteri yang telah mengetuai kerajaan negeri selama lebih sedekad dan tiba-tiba kalah dalam Pilihanraya Umum, tentulah ada sesuatu yang menyebabkan kekalahan tersebut, apatah lagi si pemimpin itu bukanlah seorang yang sombong atau tidak buat kerja. Namun, arus perubahan dan beralih selera bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh sesiapa, apatah lagi ketentuan Allah SWT.  Ungkapan Nabi Muhammad SAW, ‘makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang’ sudah acapkali diucapkan oleh para pemimpin, malah mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ketika mengumumkan untuk mengundurkan diri juga menggunakan ungkapan yang sama. Selepas, kekalahan di Parlimen Bukit Katil, Datuk Seri Ali Rustam diberikan talian hayat yang baru, dilanti

BAJET PROAKTIF?

Imej
Entah mengapa saya tidak begitu teruja dengan pembentangan bajet pada kali ini.  Ini berbeza dengan pengamatan saya pada tahun-tahun sebelumnya, atau mungkin saya telah menjangka perkara-perkara yang bakal dibentangkan.   Ini berbeza dengan bajet 2013 yang dibentangkan sebelum PRU ke-13 yang lalu, pelbagai insentif diumumkan sehingga dilabel ‘bajet PRU’. Pembentangan bajet pada Jumaat lepas, seperti lazimnya jumaat terakhir bulan Oktober saban tahun adalah perkara yang biasa.  Yang luar biasanya adalah pembentangan kali ini adalah menjelang Pilihanraya Kecil yang kedua pasca PRU ke-13 yang bakal berlangsung pada 4 November nanti. Seperti biasa memang terdapat banyak yang diberikan oleh Kerajaan dan mencakupi semua golongan, kakitangan awam yang seperti biasa mendapat setengah bulan gaji, golongan karyawan yang dijanjikan bantuan pengurusan dan pentadbiran bagi persatuan-persatuan yang berdaftar. Antara lain adalah meluaskan akses internet dengan Fasa Kedua Projek Interne

MASAM-MASAM MANIS DI SUNGAI LIMAU!

Hari ini akan berlangsung penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau.  Ini adalah pilihanraya kecil kedua pasca Pilihanraya Umum ke-13 pada Mei lalu.  Pada 24 Julai yang lalu telah berlangsung pilihanraya kecil DUN Kuala Besut. Dengan masa berkempen selama 12 hari, pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau akan berlangsung pada 4 November 2013 nanti. Pilihanraya kecil DUN N20 Sungai Limau diadakan selepas kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak yang juga mantan Menteri Besar Kedah selepas ‘tsunami politik’ pada tahun 2008. DUN Sungai Limau adalah ‘lubuk’ PAS, ianya dimenangi oleh Allahyarham Tan Sri Azizan sejak pertama kali menjadi calon pada tahun 1995, ketika itu dikenali sebagai DUN Sala.  Sejak itu, PAS terus memenanginya sehingga pada PRU yang lepas. Pada Pilihanraya Kecil kali ini, BN mempertaruhkan mantan pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim, khabarnya anak tempatan yang ‘tidak lupa’ turun ke sawah setiap k

APABILA POLITIK LEBIH MULIA DARI AGAMA!

Apabila kecoh mengenai penggunaan kalimah Allah, saya turut menyokong usaha pihak-pihak termasuk Kerajaan untuk mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya kepada umat Islam di negara ini. Seingat saya, apabila The Herald mencabar Kerajaan di mahkamah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitannya, tentulah Kerajaan akan terus bertegas mempertahankan isu kalimah Allah sehingga ke titisan darah keimanan yang terakhir. Namun, tanggapan saya ternyata meleset begitu jauh, kurang pasti apakah pertimbangan membenarkan penggunaan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak oleh mereka yang bukan Islam dan tidak membenarkan penggunaanya dalam penerbitan seperti The Herald . Apakah rasionalnya, mempunyai dasar yang dwi standard seperti dalam penggunaan kalimah Allah ini? Apabila Perdana Menteri sendiri menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, saya geli dan gelak bergolek-golek, apa tidaknya rupanya peraturan di Malays

PENGUNAAN KALIMAH ALLAH, APA SELEPAS INI?

Kecoh kini apabila mahkamah menolak penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam.   Isu ini yang dimulai pada tahun 2009, apabila Kementerian Dalam Negeri membatalkan permit penerbitan akhbar Herald kerana menggunakan kalimah Allah untuk rujukan tuhan.  Ironinya, Herald telah menggunakan kalimah Allah sejak tahun 1994. Penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam tentulah tidak menyenangkan umat Islam apabila keadaan ini akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.  Sebagai sebuah negara yang mengamalkan toleransi kaum dan agama yang tinggi, penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam seharusnya tidak berlaku. Amat mudah untuk menuding jari tentang negara-negara lain yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh yang bukan Islam, namun lanskap dan toleransi agama di negara lain tidak sama dengan Malaysia. Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi negara, namun agama-agama lain tidak pernah dihalang untuk mempraktikkan agama mer