Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

TSUNAMI MENJENGAH LAGI ...

Istilah tsunami kali pertama menjengah kita pada penghujung 2004, ketika itu gempa berskala 9.0 Skala Richter melanda negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Angka kematian yang dianggarkan ialah 68 orang. Sungguhpun, mereka yang terlibat bencana tsunami di negara kita adalah dari golongan nelayan yang melibatkan hampir 4000 orang, namun bencana ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, siapa yang boleh lupa sebak YA Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri apabila membuat kunjungan ke Kota Kuala Muda. Saya sekeluarga yang mengunjungi Kota Kuala Muda selepas hampir sebulan bencana berlalu, seperti tidak percaya dan tidak dapat menahan air mata. Walaupun semua mangsa bencana tsunami telah mendapat perhatian yang sewajarnya, sehingga ada penempatan dan rumah yang didirikan oleh Kerajaan bagi menggantikan rumah yang rosak teruk, tetapi saya percaya trauma tsunami pasti akan sentiasa diingati lebih-lebih lagi setiap kali bencana tsunami mel

USAHAWAN DALAM PEMBIKINAN ...

Imej
Pelbagai saiz untuk produk impian saya Saya telah membulatkan tekad untuk menjadi usahawan. Saya sekarang ini sedang menyiapkan kertas kerja. Malah kerja-kerja penyelidikan telah saya mulakan sejak minggu lepas lagi, saya kena benar-benar bersedia kerana sektor yang ingin saya ceburi adalah sektor yang kurang diceburi malah penyertaan Bumiputera pula, boleh dikatakan tiada langsung. Malah produk saya ini mungkin antara yang pertama di dunia, saya amat yakin tekad saya untuk menghasilkan produk ini akan mampu direalisasikan, ini adalah kerana sejak sekian lama keinginan saya untuk menghasilkan produk ini seperti menolak-nolak dari dalam diri saya. Keinginan saya lebih membuak-buak sejak akhir-akhir ini apatah lagi membaca pelbagai kes penderaan, buang bayi dan lain-lain insiden yang menuntut nilai kemanusiaan yang tinggi. Saya juga telah melayari internet sejak beberapa ketika untuk mencari maklumat jika ada pihak-pihak lain samada dalam atau luar negara pernah menghasilkan produk yang

WAYANG APA NI..?

Imej
Cinema Paradiso - Antara wayang yang saya minati Saya akui saya adalah peminat wayang yang tegar, maksudnya saya menonton pelbagai jenis wayang, sebut sahaja wayang apa: Inggeris, Melayu, Tamil, Hindustan, Cina, Parsi, Perancis, Itali dan apa sahaja yang dipanggil wayang. Hambatan saya hanyalah masa dan wang ringgit. Oleh kerana saya ini kaki wayang maka banyaklah lakonan-lakonan yang telah saya tonton. Saya bukanlah mahu bercakap mengenai wayang lewat entri ini. Wayang – saya teringat bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan saya dan saudara-saudara melahirkan rasa terkejut tentang lambakan pendatang asing di negara kita. Saya pula hampir pengsan membaca kenyataan si Menteri itu, tentang keterperanjatannya! Soalnya sekarang apakah selepas hampir setahun menyandang portfolionya tidak pernah ke dia turun padang atau mengambil tahu realiti dunia di luar sana? Rabu lalu ketika menonton Aduan Rakyat – TV3 ambil berat! Yang memapar masalah warga gelandangan di i

BULI JALANAN DI NEGARA BERADAB?

Saya hampir tidak percaya apabila membaca berita bagaimana seorang rakyat Australia (asalnya rakyat Malaysia) dibunuh begitu kejam dipercayai oleh pembuli jalanan. Motif pembunuhan dipercayai Keganasan jalan raya. Mohd Shah Saemin, 43 yang telah lebih sepuluh tahun menetap di Australia dan memiliki kewarganegaraan di sana, sejak tiga tahun lalu menjadi pemandu di Jabatan Penuntut Malaysia, khabarnya mati akibat ditikam dan dibelasah dengan tukul di Sydney. Ketika kita masih meraba-raba mencari penyelesaian kepada masalah Mat Rempit di jalanan kita yang masih ddianggap negara membangun, peristiwa di sebuah negara maju melibatkan rakyat kita tentulah amat menyedihkan. Sebilangan ahli Parlimen Australia yang minggu lepas dikecam kerana meminta supaya tuduhan ke atas seorang pesalah liwat digugurkan malah begitu biadap mencampuri urusan perundangan dalam sebuah negara berdaulat dan kononnya beradab telah meragut nyawa seorang rakyatnya akibat peristiwa buli jalanan ini. Saya bukan tidak s

APA KHABAR BAHASAKU?

Imej
Anak Melayu panas dadamu membakar kita arak keranda 152 ke tanah perkuburannya Parlimen Sepuluh tanah nafas ini terhenti hari ini jangan lagi menyanyi Sebentar lagi malam akan tiba tiap pintu dan jendela sudah dijaga bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya Anak Melayu namamu telah diseru jawablah sebelum lidahmu jadi bisu Usman Awang (1967) Selepas beberapa bulan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan digantikan pula dengan MBMMBI (Memartabat Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris) maka kita dengan senang hati kembali menyenangi kerajaan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Walaupun terdapat suara-suara yang mahukan dasar gelojoh PPSMI dikekalkan ataupun diberi pilihan untuk berubah, tetapi ketegasan Menteri Pelajaran terhadap perkara ini harus diberi pujian. Rentetan dari pemansuhan dasar PPSMI yang amat ketara ialah apabila tarikh 15 Februari diisytiharkan sebagai Hari Pejuang Bahasa 152. Inisiatif itu merupakan

DARI EKONOMI DEB (AB) KE MEB1M ….

Imej
Piramid makanan - Amalan Pemakanan Sihat Beberapa minggu lagi Kerajaan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ akan membuat satu lagi lonjakan saujana dengan memperkenalkan Model Ekonomi Baru 1Malaysia (MEB1M). Model baru ini bukanlah akan terus menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1971 atau mengambilalih Dasar Pembangunan Nasional yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1991. Ironinya, DEB diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang. Matlamat tersurat DEB ialah sebagai satu katalis kepada perpaduan kaum dan integrasi nasional. Walaupun DEB telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991, namun ciri-ciri DEB masih terus kekal dan segar sehingga mengundang pelbagai polemik . Tidak ada salah apa pun dalam DEB tetapi ada tanggapan bahawa DEB sekadar mendebabkan segelintir rakyat Malaysia sahaja, walaupun hal ini adalah bers

ANUGERAH DIKTATOR NEGARA … CALON-CALONNYA

Imej
Antara elemen yang dicadangkan untuk trofi ADN. Dipetik dari w2.ef.org Pedulilah jika saya dilabel sebagai opportunis, suka mengambil kesempatan. Selain seorang yang suka mencatat dan merakam gelagat manusia sekeliling saya, saya adalah seorang yang suka kepada pembaharuan. Sejak beberapa minggu lalu, heboh mengenai tokoh-tokoh yang dilabel sebagai diktator. Label diktator bukanlah sesuatu yang baru malah telah wujud sejak sekian lama, mungkin di negara kita dianggap baru dan gelaran yang terpencil. Menurut Kamus Dewan (DBP, 2007) diktator merujuk kepada pemerintahan mutlak terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim. Beberapa minggu lalu Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh oleh ahli partinya sebagai diktator, malah sebelum itu Penasihat PKR dilabel sebagai diktator oleh ahlinya. Label diktator bukan sahaja kepada perkembangan pada masa ini khususnya di kalangan pemimpin pembangkang malah mantan Perdana Menteri, YA Bhg. Tun Dr. Mahathi

MELAYU MUDAH LUPA ...

Imej
iFishing - permainan memancing dalam iPhone Saya baru sahaja mendapat kegilaan baru. Gila memancing, dan saya memilih untuk menjadi pemancing professional. Setakat hari ini, saya telah mengumpul wang hadiah sebanyak $331000, sejak mula menjadi pemancing bermula 1 Januari 2010 yang lalu. Dengan hanya lebih kurang 5 minggu, saya berpendapatan purata $66,200 seminggu atau lebih kurang $9500 sehari! Maaf terlupa, wang saya menang adalah dalam matawang Amerika Syarikat, maknanya setakat hari ini saya telah memenangi RM1.138 juta. Sejak mula memancing pula, saya lebih menumpukan kepada kerjaya professional saya di Amerika Syarikat. Memancing di Mosquito Lake, Deer Lake, Beaver Lake, Cedar Lake, Buffalo Lake, Camping Lake dan pelbagai lagi lokasi memancing yang menawarkan hadiah yang lumayan sudah semacam rutin saya pula. Ketika membaca celoteh kaum hawa dalam sisipan Joran beberapa ketika dahulu, bagaimana si kaki pancing mengabaikan rumah tangga sehingga ada yang hampir menfailkan pencer