WAYANG APA NI..?

Cinema Paradiso - Antara wayang yang saya minati

Saya akui saya adalah peminat wayang yang tegar, maksudnya saya menonton pelbagai jenis wayang, sebut sahaja wayang apa: Inggeris, Melayu, Tamil, Hindustan, Cina, Parsi, Perancis, Itali dan apa sahaja yang dipanggil wayang. Hambatan saya hanyalah masa dan wang ringgit. Oleh kerana saya ini kaki wayang maka banyaklah lakonan-lakonan yang telah saya tonton. Saya bukanlah mahu bercakap mengenai wayang lewat entri ini.

Wayang – saya teringat bagaimana seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan saya dan saudara-saudara melahirkan rasa terkejut tentang lambakan pendatang asing di negara kita. Saya pula hampir pengsan membaca kenyataan si Menteri itu, tentang keterperanjatannya! Soalnya sekarang apakah selepas hampir setahun menyandang portfolionya tidak pernah ke dia turun padang atau mengambil tahu realiti dunia di luar sana?

Rabu lalu ketika menonton Aduan Rakyat – TV3 ambil berat! Yang memapar masalah warga gelandangan di ibu kota, yang sebenarnya bukanlah perkara yang baru ataupun dalam bahasa yang kurang lunak – isu basi. Namun begitu saya sekali lagi menjadi begitu terperanjat apabila si Menteri melahirkan rasa hairan dan terperanjat dengan masalah gelandangan yang begitu meruncing di ibu kota sekarang ini. Mungkin si Menteri yang juga menjadi Ketua Wanita begitu sibuk menyusun semula pergerakan wanitanya sehingga tidak perasan masalah gelandangan di ibu kota.

Saya sedih dan simpati kepada YAB Perdana Menteri - Kerajaan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, apabila mempunyai barisan Menteri yang seolah-olah gagal melaksanakan portfolio masing-masing, gagal menyelami hasrat semarak rakyat, gagal turun padang dan melihat sendiri realiti kehidupan rakyat di luar sana. Ringkasnya, Menteri tidak bersifat proaktif!

Namun begitu, sekurang-kurangnya saya bersyukur juga dengan keterkejutan si Menteri ini, kerana khabarnya kita sudah ada makmal dan si Menteri yang menjaga kebajikan keluarga di negara kita pula berjanji untuk mendirikan ‘rumah transit’ bagi mengatasi masalah gelandangan di ibu kota. Saya amat berharap kedua Menteri ini pula tidak terperanjat apabila diajukan tentang janji mereka berdua beberapa ketika nanti!

Ulasan

sara berkata…
ha ha ha ha ..alahai menteri ku..
anep berkata…
lawak la menteri tu, leh masuk Raja Lawak musim ke5..
karim berkata…
alahai menteri..
sis berkata…
sedih tgk perangai2 menteri yg diberi mandat oleh rakyat..br melihat dunia nya bila pekung dibuka...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?