ANUGERAH DIKTATOR NEGARA … CALON-CALONNYA

Antara elemen yang dicadangkan untuk trofi ADN. Dipetik dari w2.ef.org

Pedulilah jika saya dilabel sebagai opportunis, suka mengambil kesempatan. Selain seorang yang suka mencatat dan merakam gelagat manusia sekeliling saya, saya adalah seorang yang suka kepada pembaharuan.

Sejak beberapa minggu lalu, heboh mengenai tokoh-tokoh yang dilabel sebagai diktator. Label diktator bukanlah sesuatu yang baru malah telah wujud sejak sekian lama, mungkin di negara kita dianggap baru dan gelaran yang terpencil.

Menurut Kamus Dewan (DBP, 2007) diktator merujuk kepada pemerintahan mutlak terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim.

Beberapa minggu lalu Ketua Menteri Pulau Pinang dituduh oleh ahli partinya sebagai diktator, malah sebelum itu Penasihat PKR dilabel sebagai diktator oleh ahlinya. Label diktator bukan sahaja kepada perkembangan pada masa ini khususnya di kalangan pemimpin pembangkang malah mantan Perdana Menteri, YA Bhg. Tun Dr. Mahathir juga dilabel sedemikian oleh penulis buku Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times, Barry Wain merujuk kepada khidmatnya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga dilabel sebagai diktator oleh ahli-ahli bahagiannya. Calon wanita tunggal setakat ini ialah Fatmawati Salim, Ketua Wanita PKR Perak yang juga dilabel diktator sehingga ada yang telah meletakkan jawatan.

Sebenarnya saya rasa sesuai jika dapat memperkenalkan Anugerah Diktator Negara (ADN) dengan harapan dapat memperkenalkan keterbukaan kita di mata dunia, ialah jika ahli parti berani dan begitu lantang melabel Ketuanya sebagai Diktator bukankah sesuatu yang membanggakan kerana berani mendakap keberanian ini.

Ketua Pemuda MCA dan Presiden parti MCA dan MIC, serta PPP juga pernah dilabel sedemikian. Mungkin pihak-pihak yang melabel mereka dapat mencalonkan mereka secara rasmi dan mereka juga berpeluang memenangi anugerah ini jika ianya benar-benar direalisasikan.

Di peringkat antarabangsa nama-nama seperti Ferdinand Marcos (Filipina), Saddam Hussein (Iraq), Francisco Franco (Sepanyol), Augusto Pinochet (Chile), Fulgencio Batista (Cuba), Presiden Mahmoud Ahmadinejad (Iran) adalah contoh-contoh mereka yang pernah dilabel sebagai diktator.

Mungkin satu jawatankuasa patut ditubuhkan bagi menilai calon-calon yang dikemukakan agar Anugerah ini benar-benar berprestij dan penuh integriti.

Selamat Datang ke Anugerah Diktator Negara, calon-calonnya ....

Ulasan

yeop berkata…
Salam tuan, pedasnya
azie berkata…
ha ha ha ha cadangan yg menarik
haris berkata…
cadangan yg baik
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan, rasanya pencalonan bagi kategori 'Pencipta Anugerah Diktator Negara..antara calon-calonnya ialah..tn kakisakat.!..apa mcm...
haji manap berkata…
Saya percaya ada maksud tersirat yg mahu diungkapkan lewat posting ini..betul..
hanif berkata…
Sesuai dgn kemelut skrg ni

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN