Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

SPRM, BUAT SAJALAH KERJA!

Imej
Antara agensi yang menjadi tumpuan pasca kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Agensi ini memang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia dan antarabangsa.Sebabnya adalah mudah kerana agensi ini yang sepatutnya berfungsi secara bebas, khabarnya terikat tangannya apabila mengendalikan kes-kes berprofil tinggi.
Kes terbaru pasca kerajaan baru selepas 10 Mei 2018, adalah kes yang berkaitan dengan 1MDB yang pengerusinya adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri.
Apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mengambilalih tampuk kepimpinan negara, antara agenda reformasinya adalah memperbaiki sistem yang telah rosak.Yang paling terkesan adalah SPRM.Ketika era Najib, SPRM diterajui oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang kini telah kembali ke Jabatan Peguam Negara, kerana meminta untuk dilepaskan daripada kontraknya.
Banyak nama-nama yang muncul, antaranya adalah Tan Sri Abu Kassim yang pernah menerajui SPRM sebelum dipinjamkan …

RAMADAN YANG MANIS

Imej
Siapa sahaja yang pernah merasai hukuman samada penjara mahupun lokap, tentulah boleh membayangkan kesukaran dan sangat menghargai erti sebuah kebebasan.Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara sejak tahun 1999.
Ketika mulanya bahang reformasi pada tahun 1998, selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari semua jawatan politik dan parti saya telah menyaksikan kebangkitan rakyat.Ini kerana laungan reformasi dapat dilihat dari rumah saya yang berhadapan dengan lebuhraya Kesas.
Selepas 1998, politik di Malaysia telah memasuki fasa yang baru, fasa yang tidak pernah terfikir oleh akal yang wajar.
Manifestasi kebangkitan rakyat telah diterjemahkan dalam pilihanraya umum pada tahun 1999, apabila bilangan kerusi yang dimenangi oleh pembangkang meningkat kepada 45 berbanding 30 pada pilihanraya umum 1995.
Selepas Dr. Mahathir melepaskan teraju utama negara pada 2003, Pak Lah mengambilalih tampuk pemerintahan dan mengadakan pilihanraya umum pada 2004 dan BN mencatat kemenangan bes…

BIARLAH ‘ORANG TUA’ ITU MEMPERBETULKAN KESILAPAN MASA SILAMNYA

Imej
Ketika Dr. Mahathir memegang tampuk kuasa pada kali pertama pada tahun 1981, saya baru sahaja selesai persekolahan wajib selama 11 tahun.Tiada banyak benda yang saya ambil tahu mengenai pergolakan politik ketika itu, hidup memang mudah!
Dengan peningkatan usia dan memasuki dunia pekerjaan saya mula membaca dan mengambil tahu hal-hal yang berlaku dalam negara dan di luar negara.Kemuncak dunia pekerjaan saya adalah menyertai stesen televisyen swasta yang pertama di negara kita, sekitar awal tahun 90an.Ketika itu stesen TV swasta yang pertama itu berada di kemuncak dan antara yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.Saya seperti rakan-rakan lain amat berbangga kerana bekerja di sebuah stesen TV swasta walaupun bidang pekerjaannya bukanlah bidang penyiaran mahupun selebriti.
Selepas beberapa tahun di stesen TV tersebut, krisis politik melanda negara dengan wujudnya Kem A dan Kem B dalam parti utama negara – UMNO.Kemuncaknya adalah sekitar tahun 1998, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dar…

SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!

Imej
SEJARAH TIDAK SELALU TERCIPTA!
Sejak tiga tahun yang lalu, banyak rutin saya berkisar pada perjalanan jarak jauh dan dekat bukan sahaja atas urusan kerja namun juga apa yang saya istilahkan sebagai “lawat kawasan”.Kebanyakkan adalah ke kawasan yang jarang-jarang saya sampai hanya untuk melihat “hebatkan negaraku”.
Ketika mula-mula cukai GST di perkenalkan, pada April 2014, rata-rata rakyat Malaysia begitu terkesan dan terbeban.Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) di bawah pimpinan Pak Dinsman, menyarankan supaya sebuah penerbitan dihasilkan untuk merakam denyut nadi rakyat.Buku kecil “Derita Rakyat” sebenarnya adalah penerbitan sempena setahun tahun program Baca Puisi Madrasah Seni diadakan bermula Januari 2015.
PAKSI serius melihat keperitan dan derita rakyat menguliti kehidupan pada hari ini.Kejatuhan harga getah, kenaikan harga tol antara bandar, kenaikan tambang pengangkutan awam, beban cukai barang dan perkhidmatan (GST), harga rumah yang melambung – kesemuanya dirakamkan dalam Derita Rakya…