Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

GENNEVA, SYARIAH & RISIKO POLITIK?

Imej
Saya hanya tergelak apabila membaca perihal ‘risiko politik menjelang PRU 13’ apabila sebuah portal berita menggambarkan implikasi tindakan serbuan Bank Negara Malaysia terhadap sebuah syarikat yang terlibat dalam urusan pembelian dan penjualan emas awal bulan ini. Beberapa bulan lalu, seorang teman yang biasa-biasa sahaja sebelum ini, tiba-tiba berubah luar biasa dalam   penampilannya.   Bayangkan jika sebelum ini, dia dalam sekolah pemikiran   yang mengatakan ‘pen yang RM2.00 sama sahaja dengan pen yang berharga RM1200” tiba-tiba sahaja menyamai menggunakan pen yang saya gunakan berharga RM1295 di KLCC pada hari ini. Apabila ditanya, dia tidak ragu-ragu untuk berkongsi dengan saya tentang resepi kejayaannya, melabur dalam emas bersama Genneva, dan kotak kembara saya tiba-tiba melayang ke Geneva, kota global, pusat kewangan dunia dan juga kota diplomasi antara dua bandaraya terpadat di Switzerland.   Rupanya sangkaan saya meleset yang dimaksudkan oleh teman   saya adalah

BANGAU OH BANGAU ...

Sebagai pemimpin jika sesuatu kejayaan dicapai, yang paling kerap didengar ialah pujian kepada siketua tersebut, walaupun kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha kerja kumpulan yang mungkin terdiri daripada serendah-rendah orang bawahannya. Apatah lagi jika sipemimpin atau ketua tadi adalah daripada kalangan orang politik, tentulah lebih banyak pujian melambung akan dilaungkan di sana dan sini, malah kisah kejayaan seperti menjinakkan lembu yang mahu dikorbankan pun   akan dikisahkan berulangkali seolah jasa mereka sangat besar setanding wira-wira pejuang kemerdekaan! Apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 dikeluarkan baru-baru ini   menyebut antara lain bahawa Kedah Corporation Berhad (KCB) sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), dilaporkan membeli 70 peratus kepentingan   dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd bernilai RM31.21 juta untuk membangunkan dua kawasan pembalakan seluas 114, 429 hektar di Papua New Guinea, dan mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta,

KEMBALINYA RAJA PERCINTAAN: YASH CHOPRA

Imej
Saya bukanlah peminat tegar filem-filem Hindustan, namun ketika menonton cerekarama   ‘Ajaibnya Cinta’ yang dicalonkan untuk Anugerah Skrin 2012 pada malam Ahad yang lepas, saya terpanggil untuk bernostalgia tentang filem Hindustan.  Apa tidaknya drama arahan Erma Fatimah ini menyelitkan lagu-lagu nostalgik daripada filem-filem Hindustan yang popular di era 70an dan 80an. Pagi tadi ketika ke tempat kerja, ada pula berita mengenai kematian pembikin filem Bollywood terkenal, Yash Chopra yang meninggal dunia pada usia 80 tahun.   Filem Hindustan dan orang Melayu memang sukar dipisahkan, tanyalah mana-mana generasi yang lahir pada tahun 50an, 60an dan 70an tentu nostalgia filem-filem Bollywood membesar bersama mereka. Sasterawan Negara, A. Samad Said misalnya meminati aktres filem Hindustan zaman 50an, seperti Madhubala, Munawar Sultan, dan Suraiyaa seperti yang diungkapkan lewat novel sulongnya Salina .  Begitu juga watak sampingan Munawar Bee yang disamakan kecantikkannya dengan

APABILA KEMANUSIAAN TERABAI DI HOSPITAL

Beberapa minggu yang lalu, dilaporkan di dalam akhbar bagaimana seorang bekas tentera mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Dikhabarkan juga bekas tentera tersebut mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan layanan petugas kaunter yang enggan menerima wang pendahuluan sebanyak RM150   bagi membiayai rawatan isterinya yang berjumlah RM800. Kita pun menerima berita yang dikhabarkan dan mula melabel si bekas tentera tersebut sebagai ‘penjenayah’ kerana tindakan amuknya itu.   Pernahkah kita melihat sisi yang lain bagaimana ‘robotik’nya para petugas di kaunter yang dikatakan menurut garis panduan yang ditetapkan oleh pengurusan atau Kementerian Kesihatan bagi kes seperti yang berlaku di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Cerita-cerita sedih dan ‘sadis’ hospital kerajaan bukanlah perkara yang baru, pernah dilaporkan juga bagaimana seorang pesakit terpaksa menunggu beberapa jam untuk berjumpa dengan doktor dan menunggu beb

GRADUASI BERSAMA AES!

Jika anda seorang pemandu yang berhemah, dengan pemanduan yang amat teliti, tidak pernah dikenakan saman, hidup anda bakal berubah selepas ini.    Cawangan Trafik Polis DiRaja Malaysia misalnya mengeluarkan dua jenis notis saman – POL 170A   yang diberikan secara langsung kepada para pemandu yang melakukan kesalahan dan POL 257 atau yang lebih dikenali saman ekor. Mulai 23 September 2012 yang lalu, misalnya Jabatan Pengangkutan Jalan memperkenalkan AES atau Sistem Penguatkuasaan Automatik.   Khabarnya dalam tempoh 10 hari   sahaja   sebanyak 63,558 imej kesalahan telah dirakamkan, dengan hanya 14 buah kamera! Anda mungkin menganggap bahawa jika anda pemandu yang berhemah dan teliti, anda   tidak mungkin melakukan kesalahan, namun jangan lupa objektif utama pemasangan sistem AES oleh kerajaan adalah ‘kononnya bagi mengurangkan kemalangan jalan raya’, namun begitu apabilanya ianya dilaksanakan secara inisiatif pembiayaan swasta, maka ia telah menjadi satu lagi industri baru

APABILA SUARA ‘RAKYAT’ DIQAMATKAN

Imej
Bajet 2013 yang dibentangkan penghujung September yang lalu khabarnya adalah pengisian untuk semua segmen masyarakat Malaysia.   Apa tidaknya, semua lapisan masyarakat menerima habuan secara langsung mahupun tidak langsung, hatta si peniaga yang rakus pun menerima tempiasnya melalui kenaikan harga yang tidak beretika selepas kakitangan awam menerima bonus. Antara cadangan yang turut mengiringi   selepas pemberian bonus yang ‘meriah’, kakitangan awam adalah cadangan pinjaman perumahan kakitangan awam yang selama ini diuruskan oleh Kerajaan melalui Bahagian Pinjaman Perumahan akan diambilalih oleh bank komersil. Walaupun kadar faedah semasa yang dinikmati oleh kakitangan awam akan kekal pada paras 4% setahun, namun cadangan pengambilalihan oleh bank komersil dibantah oleh CUEPACS badan induk yang mewakili kepentingan kakitangan awam di negara ini. Malah, dikhabarkan bantahan tersebut adalah bantahan yang sungguh-sungguh.   Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dikatakan “dihuj

KISAH RASHID & SHILA

Setiap kali pulang ke kampung sama ada untuk sambutan Hari Raya baik Aidil Fitri mahupun Aidil Adha, saya tidak akan lupa mengunjungi rumah enyang sebelah isteri saya yang dikhabarkan berusia lebih 100 tahun.  Enyang ini tinggal dengan salah seorang anaknya yang kami panggil Mak Su.  Walaupun kini enyang ini telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, namun rutin menziarahi Mak Su tetap menjadi keutamaan.    Mak Su adalah potret wanita yang kecoh sama seperti watak Zizie Zulkifli dalam drama Toll Gate Girl lakonan Amy Mastura beberapa tahun yang lalu.   Bezanya Mak Su telah berkeluarga dan juga telah menjadi ibu tunggal dengan tiga orang anaknya yang telah dewasa. Saya mengingati Mak Su kerana beliaulah yang banyak membantu saya ketika majlis pernikahan saya dan isteri saya.   Sejak itu, setiap kali pulang ke kampung kami sentiasa mengunjungi Mak Su.   Tiga orang anak Mak Su   - dua lelaki dan seorang perempuan yang kebetulan mengalami masalah penglihatan.   Ketika b

IMPIAN HADIAH NOBEL

Imej
Setiap kali menjelang bulan Oktober saya menjadi sangat cemas dan ghairah, apatah lagi dengan pelbagai aktiviti sastera di negara kita khususnya di Lembah Kelang.   Setiap kali juga menatap wajah para penulis yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara juga penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara (SEA Write Award), saya masih memasang angan-angan.     Katalah apa sahaja, namun impian saya untuk melihat sasterawan kita menerima Hadiah Nobel Kesusasteraan tidak pernah surut. Pada tahun ini, Hadiah Nobel Kesusasteraan akan diumumkan pada hari Khamis nanti. Khabarnya penulis Jepun, Haruki Murakami adalah calon yang disebut-sebut untuk dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel bagi bidang Kesusasteraan. Haruki Murakami bakal menambah lagi seorang penulis dari Jepun sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan Haruki Murakami, novelis Jepun yang terkenal dengan karya pasca moden, yang dimulai dengan novel Hear The Wind Sing di samping puluhan cerpen dan hasil terjemahanny

TEKSI OH TEKSI!

Imej
Saya pernah menulis mengenai pemandu teksi   di awal saya berblog, malah cerita pemandu teksi yang saya tulis, pernah di jawab sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan ketika itu, Datuk Noh Omar. Protes pemandu teksi di Kuala Lumpur minggu lalu - Gambar ihsan: www.hmetro.com.my Selain menulis mengenai kisah Sham si pemandu teksi yang kepingin punya permit teksi sendiri, kisah kegigihan Abdullah yang patah sebelah kakinya menjadi pemandu van pelancong di Langkawi dan cerita seorang pemandu teksi yang saya jemput ke rumah terbuka saya selepas saya melanggar belakang teksinya. Jika diambil hanya sebagai pemandu bukan sebagai pemandu teksi, saya percaya hampir kesemua pemandu teksi adalah insan yang berhemah dan pemurah seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang sopan dan berbudi bahasa.   Namun apabila dilabel sebagai pemandu teksi, semua yang baik hampir tiada kelihatan langsung. Kisah pemandu teksi memang tidak pernah selesai untuk diperkatakan.   Sebutlah apa sahaja men

KISAH BUKU TAMU

Imej
Ini bukan lembaran dari 'Buku Tamu' saya - Gambar ihsan www.jipp-world.com Saya tidak pasti sejak bila saya mula menggunakan buku tamu bagi merekodkan kehadiran saya dalam acara, program   atau mesyuarat yang saya hadiri.   Seingat saya, sejak zaman persekolahan saya memang suka merakam dan merekod, dalam ertikata lain mendokumentasikan kehadiran teman-teman dalam sesebuah program yang saya hadiri. Sebenarnya tidak semua kita gemar menuliskan maklumat asas di dalam buku tamu, kerana dikhuatiri akan dimanfaatkan untuk tujuan yang kurang digemari oleh kita.   Misalnya, ada tanggapan bahawa maklumat itu akan ‘dijual’ kepada si perunding kewangan mahupun agen insuran. Namun sejak beberapa tahun, saya memang akrab membawa buku tamu ketika menghadiri pelbagai acara yang saya hadiri, walaupun ada tanggapan negatif namun saya tidak pernah berasa ‘marah’ atau kecil hati sekiranya ada teman-teman yang memilih untuk tidak menulis di dalam buku tamu saya.   Kerana saya seor

SELAMAT HARI GURU SEDUNIA

Imej
Hari ini, 5 Oktober adalah hari guru sedunia yang diraikan oleh warga pendidik di seluruh dunia.   Sambutan setiap tahunnya adalah pada hari ini sejak tahun 1994 selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) membuat deklarasinya.    Objektif sambutan hari guru sedunia adalah bagi menggerakkan sokongan kepada warga pendidik bagi memastikan keperluan generasi akan datang mampu digapai oleh warga pendidik. Walaupun di negara kita, Hari Guru diraikan pada setiap 16 Mei, namun di peringkat antarabangsa, sambutannya adalah pada setiap 5 Oktober.   Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah “Take A Stand For Teachers”.   Menurut UNESCO tema ini dipilih bagi mengingatkan para birokrat dan pihak berkepentingan untuk terus mengiktiraf peranan penting warga pendidik dalam melaksanakan transformasi para pelajar di semua peringkat pendidikan. Tambahan pula dengan dengan pengiktirafan warga pendidik pada tarikh ini saban tahun,

PERNIAGAAN BARU BN!

Tabik ‘spring’ ketika membaca berita mengenai usaha membeli tanah seluas 0.45 hektar pada harga RM450 sekaki persegi oleh BN Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tanah di Taman Manggis yang menjadi punca kemelut oleh BN Pulau Pinang   dan Kerajaan Pulau Pinang yang mendakwa tanah tersebut sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Fasa Kedua.   Kerajaan Negeri pula didakwa menjualkan tanah tersebut kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat merangkumi hotel, hospital swasta dan tempat letak kereta. Semalam BN Pulau Pinang   menyerahkan wang tunai RM224,073 sebagai bayaran kesungguhan   sebanyak 1%.   Maksudnya harga tanah tersebut pada harga RM450 sekaki persegi adalah sebanyak RM22,407,300.00.   Wang sebanyak itu bukanlah sesuatu yang mudah disediakan, apatah lagi jika melibatkan projek perumahan rakyat yang dikatakan segmen yang tidak menguntungkan oleh pemaju mahupun institusi kewangan. Jika hasrat BN Pulau Pinang