PERNIAGAAN BARU BN!


Tabik ‘spring’ ketika membaca berita mengenai usaha membeli tanah seluas 0.45 hektar pada harga RM450 sekaki persegi oleh BN Pulau Pinang daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tanah di Taman Manggis yang menjadi punca kemelut oleh BN Pulau Pinang  dan Kerajaan Pulau Pinang yang mendakwa tanah tersebut sepatutnya dibangunkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Fasa Kedua.  Kerajaan Negeri pula didakwa menjualkan tanah tersebut kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat merangkumi hotel, hospital swasta dan tempat letak kereta.

Semalam BN Pulau Pinang  menyerahkan wang tunai RM224,073 sebagai bayaran kesungguhan  sebanyak 1%.  Maksudnya harga tanah tersebut pada harga RM450 sekaki persegi adalah sebanyak RM22,407,300.00.  Wang sebanyak itu bukanlah sesuatu yang mudah disediakan, apatah lagi jika melibatkan projek perumahan rakyat yang dikatakan segmen yang tidak menguntungkan oleh pemaju mahupun institusi kewangan.

Jika hasrat BN Pulau Pinang  berjaya (pada masa ini hanya 1% berjaya) untuk membeli tanah tersebut sepenuhnya, maka beruntunglah rakyat Pulau Pinang khususnya dan rakyat Malaysia amnya apabila BN Pulau Pinang  mampu melaksanakan misi dengan niat murni seperti itu. 

Sebenarnya bukanlah mudah bagi meyakinkan para pelabur untuk membeli hartanah pada harga seperti itu, namun usaha BN Pulau Pinang  mengambil cabaran demi rakyat adalah sesuatu yang harus dipuji.

Misi membeli tanah di Taman Manggis itu adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP.  Sekiranya usaha Pemuda BN untuk membeli tanah tersebut berjaya sepenuhnya (selepas pembayaran penuh dalam tempoh 30 hari), maka langkah seterusnya ialah membina Perumahan Rakyat seperti yang mereka dakwa diabaikan oleh Kerajaan Pulau Pinang pada masa ini.

Bagi mencapai misi tersebut, BN Pulau Pinang  telah menubuhkan sebuah entiti baru yang telah diperbadankan iaitu Taman Manggis Fasa Dua Development Sdn Bhd.

Melihat semua ini, cabaran, penubuhan syarikat, pembelian tanah pada harga yang tinggi seperti melihat satu lagi episod program realiti seperti ‘The Apprentice’  yang dihoskan oleh tokoh hartanah terkenal Donald Trump, yang sangat popular suatu ketika dahulu.

Bukanlah niat kita mendoakan misi oleh BN Pulau Pinang  ini akan gagal, jika niat yang murni seperti yang dilaungkan oleh BN Pulau Pinang  bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat, sesuai dengan gagasan 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tiada salahnya kita mendoakan mereka berjaya.

Walauapapun, BN Pulau Pinang bakal melakar sejarah apabila sebagai pembangkang di negeri ini akan membina Projek PPR yang diabaikan oleh Kerajaan Negeri.

Seperti juga misi menawan Selangor, BN sedang dan akan melakukan apa sahaja cara untuk merampas kembali kedua-dua negeri di samping Kelantan yang juga telah diperintah oleh PAS sejak dua puluh dua tahun yang lalu. 

Anehnya, BN Pulau Pinang seperti tidak bijak apabila memilih untuk menjelaskan wang kesungguhan  sebanyak RM224,073 dalam bentuk wang tunai.  Alasan yang diberikan adalah perkara ini tidak dinyatakan di dalam surat tawaran kepada siapa bayaran harus dilakukan.

Jika urusniaga sekecil ini pun tidak boleh dilaksanakan secara serius dan sistematik bagaimana BN mampu merebut dan menguruskan negeri maju seperti Pulau Pinang daripada DAP dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.  Meminjam ungkapan Si Nabil, pelawak – lu pikirlah sendiri!
Share this article :
 

+ komen + 5 komen

Tanpa Nama
5 Oktober 2012 12:01 PG

kah kah kah...

sin
5 Oktober 2012 7:29 PG

patut disiasat juga bagaimana bn boleh ada duit sebanyak itu..

Tanpa Nama
5 Oktober 2012 8:02 PG

Berlagak konon BN PP boleh buat projek perumahan, kalau nak tahu di negeri2 yg di perintah BN, di Pahang contohnya, kerajaan BN tak boleh buat pun projek perumahan kos rendah, yg dok buat tu ialah taukeh2 cina, itu pun mereka tak berminat nak bina rumah kos rendah, jangan nak bohonglah, kalau kerajaan BN tak mampu nak buat, mcm mana pulak parti BN boleh buat, penipu besar......

anep
5 Oktober 2012 11:26 PG

perisapan bisnes kalau klah dlm PRU nnati kot..

5 Oktober 2012 11:28 PG

rakyat jadi hakim...kita tunggu dan lihat apa jadi..!!!

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger