BANGAU OH BANGAU ...


Sebagai pemimpin jika sesuatu kejayaan dicapai, yang paling kerap didengar ialah pujian kepada siketua tersebut, walaupun kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha kerja kumpulan yang mungkin terdiri daripada serendah-rendah orang bawahannya.

Apatah lagi jika sipemimpin atau ketua tadi adalah daripada kalangan orang politik, tentulah lebih banyak pujian melambung akan dilaungkan di sana dan sini, malah kisah kejayaan seperti menjinakkan lembu yang mahu dikorbankan pun  akan dikisahkan berulangkali seolah jasa mereka sangat besar setanding wira-wira pejuang kemerdekaan!

Apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 dikeluarkan baru-baru ini  menyebut antara lain bahawa Kedah Corporation Berhad (KCB) sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI), dilaporkan membeli 70 peratus kepentingan  dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd bernilai RM31.21 juta untuk membangunkan dua kawasan pembalakan seluas 114, 429 hektar di Papua New Guinea, dan mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta, siketua segera melatah.

Laporan Audit juga menyatakan tiada sebarang kajian mahupun penilaian berhubung potensi pelaburan tersebut dilakukan bagi memastikan pelaburan tersebut benar-benar menguntungkan atau risikonya  diminimumkan.

Ironinya, sebagai seorang Ketua Pentadbiran Negeri, Menteri Besar adalah bertanggungjawab terhadap Menteri Besar Incorporated (MBI).  

Maka jika pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara menggambarkan kelemahan dan kepincangan penerajunya, tentulah merasa aneh apabila si  ketua menuding jari kepada peneraju syarikat yang terbabit iaitu Kedah Corporation Berhad pula.

Adalah mustahil, bagi seorang Menteri Besar terlibat di dalam pengurusan agensi kerajaan negeri seperti Kedah Corporation Berhad (KCB), namun jika memang terdapat sebarang kelemahan mahupun kepincangan, orang yang akan dilihat sebagai ‘tidak cekap’ secara tidak langsung adalah Menteri Besar nya.

Tentulah menjadi tugas dan tanggungjawab dalam konteks budaya akauntabiliti untuk mengambil tanggungjawab dan  menerima kelemahan ini dengan hati yang lapang dan minda terbuka, dan bukan sebaliknya menuding jari kepada orang-orang di bawah mahupun sekelilingnya.

Adalah amat malang bagi seorang pemimpin untuk menuding jari kepada pihak bawahan kerana kelemahan mereka, tetapi sebagai pemimpin yang berjiwa besar mereka sepatutnya juga mengambil ‘kredit’ bukan sahaja ketika kejayaan dicapai, namun sepatutnya lebih bersedia dikritik ketika kelemahan anak buah mereka, selamat menilai ciri pemimpin yang kita mahukan.

Semoga budaya bangau tidak mengatasi budaya akauntabiliti! 
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
26 Oktober 2012 12:22 PTG

malangnya rakyat kedah jika punya pemimpin sperti itu..

anep
26 Oktober 2012 9:10 PTG

pemimpin nak menonjol masa ada kejayaan aja ke..

29 Oktober 2012 4:18 PTG

dema suka digelar bangau kot..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger