Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

INTERLOK, PARAH & HARAP …

Imej
Katalah apa sahaja, namun yang pasti bahawa dunia sastera Malaysia tidak setenang dahulu. Episod bantahan besar-besaran sehingga memaksa pihak Kerajaan meminda beberapa frasa di dalam novel Interlok di awal tahun lepas adalah sebahagian kecil riak dunia sastera kita yang kecil. Novel Interlok yang nyawanya sebagai teks KOMSAS Tingkatan 5 bagi Zon 2 yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan hanya mampu bertahan selama setahun. Kini novel Interlok yang kononnya menghina kaum India di negara ini, akhirnya digugurkan dan digantikan dengan novel Konserto Terakhir karya penulis yang sama. Minggu lepas pada ketika yang sama saya memperolehi naskhah jurnal Malay Literature saya yang kebetulan pula merupakan keluaran khas Interlok, saya menonton teater ‘Parah’ arahan Jo Kukuthas yang naskhahnya dihasilkan oleh Alfian Saat. ‘Parah’ kisah empat sahabat seperti biasa dengan dua watak Melayu, Melur dan Hafiz serta wat

KISAH DUA HOSPITAL

Imej
Ada dua lokasi yang paling saya gemar mengunjunginya. Satu ialah lapangan terbang sama ada untuk menghantar atau menyambut seseorang, satu lagi ialah di hospital. Pantang sahaja saya mendengar ada keperluan untuk ke dua-dua lokasi ini, pasti saya tidak akan melepaskan peluang. Pernah suatu ketika saya begitu santai hingga tidak punya sebarang aktiviti memaksa saya melawat ke hospital tanpa mengenali sesiapa pun. Beberapa hari yang lalu saya terlepas peluang untuk ke hospital kerana kekangan urusan pejabat. Anak kecil saya dalam usaha mengesan pendarahan di hidungnya. Kisah mengapa saya amat menyenangi kunjungan kedua tempat ini, rasanya amat mudah, hospital dan lapangan terbang atau stesen keretapi mahupun bas sebenarnya akan menyingkap pelbagai kisah suka dan duka, lebih-lebih lagi kunjungan ke hospital. Kecekapan dan tindakan pantas petugas di HUKM di Cheras yang berjaya mengeluarkan bendasing di hidung anak kecil saya sesuatu yang tidak saya jangka. Walaupun kunju