Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

SALAM HARI PEKERJA!

Selepas hampir lima dekad menghirup udara di bumi tuhan, saya telah melalui pelbagai fasa dalam kehidupan.  Sebagai seorang anak kemudian menjadi bapa, sebagai seorang majikan kecil, menjadi pekerja, menjadi majikan dewasa di samping pernah memimpin sekumpulan pekerja di bawah saya. Benarlah kata orang, hanya jauhari mengenal maknikam.  Tiada siapa pun yang dapat merasai jerit perih seorang pekerja jika tidak pernah melalui dan mengalaminya sendiri.  Alam adalah sebaik-baik guru. Setiap kali tibanya 1 Mei, ingatan sebagai pekerja dan orang bawahan saya akan sentiasa mengisi kolam kenangan.  Selama hayat meraikan hari pekerja tentulah ada sesuatu yang sentiasa menjadi impian saya, impian saya ialah mengharapkan agar para pekerja tidak lagi dianggap sebagai orang bawahan, tetapi haruslah dianggap sebagai ‘bos’ dan rakan organisasi. Pekerja sebagai bos bukanlah sesuatu yang mustahil.  Di negara maju para pekerja merupakan aset bagi sesebuah organisasi.  Namun lain ceritanya d

SELAMAT DATANG TUAN PRESIDEN

Salam 1Malaysia Tuan Presiden, selamat datang ke negara kami.  Kami negara kecil berjiwa besar, dunia tidak begitu mengenali negara kami kecuali selepas kehilangan pesawat MH370 pada  8 Mac yang lalu.  Kami pun menjadi sangat terkenal, apa tidaknya pintu masuk kami sangat liberal dan mesra pengganas sehingga ada penumpang yang menggunakan passport curi tanpa dapat dikesan. Tuan Presiden, Gelaran Presiden seperti yang digunakan oleh tuan selepas dilantik sebagai ketua negara bukanlah apa-apa.  Di negara kami, ungkapan presiden adalah sangat lumrah di negara kami.  Jadi janganlah tuan perasan dengan gelaran Presiden yang tuan gunakan. Ketua-ketua parti dinegara kami juga digelar Presiden.  Malah perdana menteri kami juga adalah presiden parti UMNO yang telah berusia lebih 60 tahun itu.  Parti orang-orang India seperti MIC dan MUIP juga diketuai oleh seorang presiden, begitu juga parti dominan orang-orang Cina di negara kami, MCA.  Malah jika ada kalangan rakyat negara kami y

P051 BUKIT GELUGOR, PASS OLEH BN?

Selepas kematian Karpal Singh yang merupakan Ahli Parlimen  P051 Bukit Gelugor di Pulau Pinang pada Khamis yang lalu, esok Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat bagi menentukan tarikh pilihanraya kecil demi memenuhi tuntutan perundangan. Kerusi Parlimen P051 kosong ekoran kematian penyandangnya, Karpal Singh dalam kemalangan maut yang turut mengorbankan pembantu peribadinya. Kerusi ini dipegang oleh Karpal Singh sejak 2004 malah majoritinya meningkat pada setiap pilihanraya umum.  Pada PRU-13 Karpal Singh memenangi dengan majoriti undi sebanyak 41,778 berbanding majoriti sebanyak 21,015 pada PRU-12 pada 2008. Walaupun Karpal Singh yang mewakili DAP telah pergi namun pengganti bagi kerusi Parlimen ini telahpun dikenalpasti.  Malah cakap-cakap  bahawa kerusi ini bakal ditandingi oleh anak mendiang, iaitu Ram Karpal begitu kuat. Parlimen P051 Bukit Gelugor malah Pulau Pinang sendiri pun yang merupakan kubu kuat pembangkang khususnya DAP, tentulah sedikit sebanya

RIMAU JELUTONG, AMAN LAH DI SANA

Secara peribadi saya tidak pernah bertemu dengan sosok yang bernama Karpal Singh, Pengerusi DAP yang meninggal dunia Khamis lalu dalam nahas jalan raya di Kampar. Paling hampir adalah melihat beliau di lobi Parlimen sekitar tahun 2008 dan yang terkini pada awal tahun ini juga di Parlimen. Kisah kehebatan mendiang Karpal Singh sebagai seorang ahli politik dan juga seorang peguam yang tersohor memang tidak dapat disangkal. Sebagai seorang ahli politik khususnya sebagai pembangkang beliau bermula sejak tahun 1974 apabila memenangi kerusi DUN Alor Bandar di Kedah.  Menjadi Ahli Parlimen Jelutong sejak tahun 1978 sebelum tewas pada tahun 1999.  Kisah sebagai peguam jenayah yang berjaya juga menjadi sebutan bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara.  Kisah Kevin Barlow dan Brian Chambers, warga Australia yang disabitkan dengan kesalahan dadah juga dibela oleh Karpal Singh sehingga berjaya dibebaskan. Kisah warga Australia ini juga diabadikan dalam filem ‘Dadah

CATUAN AIR FASA BERAPA PUN, SYABAS PATUT BLAH!

Beberapa ketika dulu, ketika berurusan dengan sebuah bank komersil yang saya panggil sebagai bank unta, saya diminta membayar caj sebanyak RM2 kerana menggunakan khidmat kaunter untuk membuat bayaran kad kredit saya. Saya tidak mempertikaikan bayaran sebanyak RM2 tersebut, kerana memang jelas terpampang notis mengenainya, iaitu pelanggan bakal dikenakan bayaran RM2 jika memilih untuk menggunakan khidmat kaunter.  Namun saya tidak memilih untuk menggunakan khidmat kaunter kerana mesin bayaran yang disediakan oleh bank unta tersebut rosak dan tidak boleh digunakan memaksa saya menggunakan khidmat kaunter. Apabila saya diminta untuk membayar dan saya membantah kerana tanggungjawab memastikan mesin tersebut berfungsi dengan baik, bukan tanggungjawab saya tetapi kepada pengurusan bank unta tersebut.  Akhirnya saya dikecualikan membuat bayaran begitu juga pelanggan-pelanggan di belakang saya. Ketika krisis air pada masa ini, pihak konsesi air memaklumkan salah satu sebab cat

KERAJAAN TIDAK DIYAKINI PELABUR TEMPATAN?

Alasan yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya berhubung cadangan pengambilalihan konsesi tol agak melucukan.  Datuk Fadhilah Yusof, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor menyatakan bahawa pelabur akan takut jika konsesi tol diambil alih oleh Kerajaan. Jawapan ini mungkin betul atau tidak tidaklah begitu penting, tetapi yang harus dilihat adalah bagaimana si Menteri ini memberikan jawapan yang kreatif dan merupakan jawapan selamat ‘escapism’ . Menteri itu dikhabar menyatakan jika kerajaan mengambilalih keseluruhan syarikat konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah memiliknegarakan keseluruhan syarikat. "Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," ketika memberikan jawapannya di Parlimen. Jika asalnya, dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh Kerajaan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, nampakn

APABILA KERAJAAN BERLINDUNG DI SEBALIK OSA!

Sebagai pembayar cukai, adalah hak rakyat untuk mengetahui perkara-perkara yang dilakukan kerajaan untuk mereka.  Era kerajaan mendabik dada dan dengan melaungkan “kami tahu apa yang terbaik untuk rakyat” sudah lama berlalu. Rakyat sebagai pemegang saham ‘stakeholders’ wajar dimaklum dan diambil penyertaan mereka dalam sebarang keputusan apatah lagi jika ianya berkaitan langsung dengan kebajikan mereka. Terdapat banyak kes, bagaimana kerajaan (baca: BN) mengelak untuk mendedahkan maklumat apabila diminta, dengan alasan ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).  Perjanjian konsesi tol antaranya yang diselindungkan sehingga kini. Kalau mahu disenaraikan perkara-perkara yang diletakkan di bawah OSA, senarainya mungkin panjang dan memualkan.  Kita boleh faham hal-hal yang melibatkan keselamatan negara memang sewajarnya diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA), namun jika Sistem penguatkuasaan automatik (AES), yang melibatkan dua syarikat swasta yang mempunyai motif

BUTA ITU CINTA?

Imej
Kita sering menonton cinta, sama ada di layar perak atau dalam realiti kehidupan sebenar.   Beberapa waktu dahulu saya pernah terfikir untuk mengabadikan kisah cinta dari aksiom yang popular – cinta itu buta.    Tetapi apa yang sebenarnya mahu digambarkan adalah kisah cinta insan yang buta.   Itu kisah Rashid dan Shila yang bermain dalam fikiran saya.   Kisah Rashid dan Shila pernah saya tulis dalam entri bertarikh 11 Oktober 2012. Cinta itu buta adalah aksiom yang lazim digunakan, tetapi menggambarkan kisah cinta pasangan buta bukanlah sesuatu yang mudah.  Itu intipati filem Tamil yang saya tonton pada minggu lepas. Filem ‘Cuckoo’ (bunyi burung) bertolak daripada kisah cinta pasangan buta Tamizh dan Sudhandhirakodi (Kodi). Dikisahkan dalam bentuk imbas kembali, Cuckoo mengisahkan perjalanan kisah cinta pasangan ini daripada kaca mata seorang wartawan yang pernah memaparkan kisah hidup mereka. Tuhan Maha Kaya, di sebalik kekurangan penglihatan, Tamizh dianugerahkan sua

SPEKULASI MH370: SIAPA KETAMNYA?

Ketika tulisan ini dimuatnaik, misteri kehilangan pesawat MH370 telah memasuki hari ke-24, namun tiada satu pun petanda kukuh yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat milik MAS yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Walaupun Perdana Menteri telah membuat kenyataan rasmi bahawa “ Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.”. Kenyataan Perdana Menteri pada 25 Mac 2014 yang lalu, bukan sahaja mengundang persoalan bukan sedikit.  Ini adalah kerana walaupun khabarnya disokong oleh data agensi berkaliber seperti Immarsat dan AAIB, namun ia sebenarnya mecetuskan lebih banyak keresahan khususnya kepada anggota keluarga mangsa.    Perdana Menteri, walaupun mengkhabarkan bahawa penerbangan MH370 berakhir, namun tidak membuat sebarang kesimpulan yang konkrit, sama ada i