APABILA KERAJAAN BERLINDUNG DI SEBALIK OSA!
Sebagai
pembayar cukai, adalah hak rakyat untuk mengetahui perkara-perkara yang
dilakukan kerajaan untuk mereka. Era
kerajaan mendabik dada dan dengan melaungkan “kami tahu apa yang terbaik untuk
rakyat” sudah lama berlalu.
Rakyat
sebagai pemegang saham ‘stakeholders’
wajar dimaklum dan diambil penyertaan mereka dalam sebarang keputusan apatah
lagi jika ianya berkaitan langsung dengan kebajikan mereka.
Terdapat
banyak kes, bagaimana kerajaan (baca: BN) mengelak untuk mendedahkan maklumat
apabila diminta, dengan alasan ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi
(OSA). Perjanjian konsesi tol antaranya
yang diselindungkan sehingga kini.
Kalau
mahu disenaraikan perkara-perkara yang diletakkan di bawah OSA, senarainya mungkin
panjang dan memualkan. Kita boleh faham
hal-hal yang melibatkan keselamatan negara memang sewajarnya diklasifikasikan
sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA), namun jika Sistem penguatkuasaan automatik
(AES), yang melibatkan dua syarikat swasta yang mempunyai motif keuntungan pada
asasnya pun diletakkan di bawah OSA, maka amat wajar kerajaan dipersoalkan.
Kewajaran
meletakkan perjanjian AES di bawah OSA juga menjadi momokan oleh Ahli Parlimen
apabila pada Disember lalu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mempersoalkan
kewajaran klasifikasi ini kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Adakah
kerajaan menggunakan OSA bagi melindungi kepentingan krooni-kroni mereka atau
melindungkan perjanjian berat sebelah yang merugikan kerajaan dan rakyat.
Yang
terbaru adalah apabila laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) bagi cadangan
projek Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) yang tidak didedahkan atas alasan
Akta Rahsia Rasmi. Apakah sebenarnya
kandungan TIA itu sendiri tidak membenarkan pembinaan lebuhraya tersebut.
Khabarnya
lebuhraya bertingkat yang dicadangkan itu sepanjang 14.9 km bermula dari utara
di tol NKVE Damansara dan menuju ke arah selatan ke Lebuhraya Bukit Jalil
berhampiran Kinrara melalui tengah-tengah Petaling Jaya.
Jika
benar kerajaan meletakkan kepentingan rakyat, seperti yang dilaungkan ‘rakyat
didahulukan’ serta telus, laporan semacam ini dan lain-lain yang melibatkan
kepentingan rakyat haruslah didedahkan bagi kepentingan rakyat khususnya mereka
yang terlibat secara langsung.
Mungkin
juga kerana mengambil berat tentang kesihatan rakyat maka perjanjian konsesi tol
dan laporan seperti TIA tidak didedahkan, ya lah supaya rakyat tidak diserang
sakit jantung kerana meneliti kandungan perjanjian. Agaknya inilah yang dikatakan “rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”!
Ulasan