KERAJAAN TIDAK DIYAKINI PELABUR TEMPATAN?
Alasan
yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya berhubung cadangan pengambilalihan
konsesi tol agak melucukan. Datuk
Fadhilah Yusof, ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Selangor
menyatakan bahawa pelabur akan takut jika konsesi tol diambil alih oleh
Kerajaan.
Jawapan
ini mungkin betul atau tidak tidaklah begitu penting, tetapi yang harus dilihat
adalah bagaimana si Menteri ini memberikan jawapan yang kreatif dan merupakan
jawapan selamat ‘escapism’.
Menteri
itu dikhabar menyatakan jika kerajaan mengambilalih keseluruhan syarikat
konsesi, para pelabur akan memandang tindakan itu sebagai langkah
memiliknegarakan keseluruhan syarikat.
"Ini akan menyebabkan pelabur tidak berani melabur di Malaysia," ketika memberikan jawapannya di Parlimen.
Jika asalnya, dasar penswastaan yang diperkenalkan
oleh Kerajaan ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah bertujuan
mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi,
nampaknya ketika Datuk Seri Najib, yang mengemukakan slogan ‘rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan”, sepatutnya dasar penswastaan seperti ini
haruslah dikaji semula.
Apa tidaknya, mengurangkan bebanan kewangan
kerajaan tetapi menambahkan lompong di poket rakyat, maka jawapan si Menteri
yang tidak mendengar rintih rakyat amat mengecewakan. Selepas hampir 30 tahun, konsesi lebuhraya
PLUS (pantang lalu ulur saja) beroperasi, tentulah berasaskan skala ekonomi,
kadar tol sepatutnya menurun dan bukannya menaik setiap tiga atau lima tahun!
Jawapan si Menteri berhubung konsesi lebuhraya dan ‘ketidak
beranian pelabur’ melabur di Malaysia adalah dua isu yang berbeza, jika pelabur
asing yang memilih untuk melabur tentulah memilih untuk melabur di mana
rakyatnya mempunyai lebih pendapatan boleh guna (disposable income).
Dengan
pengambilalihan, kadar tol boleh dikurangkan sehingga 30 peratus dan akan
membolehkan rakyat mempunyai lebihan pendapatan yang boleh dimasukkan dalam
kitaran ekonomi.
Jika si Menteri sangat prihatin tentang pelabur
luar yang bakal melabur di negara kita, mungkin respon Air Asia untuk berpindah ke KLIA 2 pada 9 Mei
nanti dengan kenyataan “kami akan pindah
bila semua OK” menampakkan kerajaan tidak diyakini oleh pelabur dalam
negara sendiri.
Kenyataan Air Asia, seolah-olah memberi gambaran
bahawa “OK” kerajaan wajar disangsikan.
KLIA 2 khabarnya akan mula digunakan selepas 9 Mei nanti, namun Air Asia
mahu memastikan semuanya OK sebelum berpindah operasi di lokasi baru.
Baru-baru ini Perdana Menteri sendiri mengarahkan
Air Asia supaya berpindah ke KLIA2 mengikut jadual, adakah respon baru Air Asia
ini juga menggambarkan pelabur dalam negara juga kurang meyakini kerajaan.
Kepada si Menteri yang memberikan jawapan ala-ala ‘escapism’ eloklah diberikan kuliah
ekonomi oleh penasihat ekonomi kepada Perdana Menteri atau penasihat ekonomi
yang bebas supaya jawapan dalam Parlimen tidak menjadi bahan ajukan dan gurauan
rakyat!
Kerajaan sepatutnya berusaha memberikan keyakinan
kepada rakyat dan pelabur tempatan sebelum ‘risau’ mengenai ‘ketidak beranian
pelabur luar’.
Untuk pengetahuan si Menteri, rakyat juga tidak mahu konsesi tol diambilalih keseluruhannya, cukuplah sekadar membendung kenaikan kadar tol dan mengkaji perjanjian konsesi yang merugikan rakyat.
Ulasan