Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

APA SELEPAS BERSIH 4.0?

Imej
Himpunan Bersih versi ke-4 telah berakhir sudah tepat jam 11.59 malam tadi menjelang ambang kemerdekaan.  Himpunan yang mencatat sejarah bukan sahaja daripada segi kehadiran, ia juga mencipta rekod baharu dengan himpunan selama 34 jam sejak jam 2 petang hari Sabtu lalu. Walaupun kepimpinan khususnya daripada UMNO  yang memperlekeh himpunan pada kali ini, namun semua yang terlibat tahu apa sebenarnya agenda utama himpunan pada kali ini. Himpunan Bersih pada kali ini juga menyaksikan pelbagai tindakan dan ungkapan yang agak dangkal daripada para pemimpinnya.  Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri yang menggunakan kuasanya untuk mengharamkan T-Shirt Bersih, warna kuning. Menurut Jadual dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 28 Ogos 2015 bernombor P.U. [A] 200 menggariskan: “Apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan ‘Bersih 4’.  Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4” Sama ada suka

APABILA DR. MAHATHIR KE BERSIH, UMNO HILANG MUKA!

Walaupun ada cakap-cakap dan khabar angin tentang Dr. Mahathir bakal hadir ke perhimpunan Bersih 4.0, namun tiada siapa yang menduga, ianya menjadi kenyataan. Mungkin para pemimpin dan pendokong Bersih sendiri tidak menduga Dr. Mahathir akan turut bersama dalam perhimpunan Bersih 4.0 walaupun hanya ‘selama 6 minit’ seperti yang diungkapkan oleh Timbalan Perdana Menteri. Isunya bukanlah enam minit, atau sepanjang 34 jam seperti yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0 sejak daripada ianya dimulakan pada jam 2.00 petang semalam.  Isunya adalah mengenai usaha rakyat untuk menunjuk rasa ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan sedia ada. Walaupun pada asalnya, Bersih hanyalah platform bagi menyuarakan gesaan terhadap perjalanan pilihanraya umum di negara kita, namun pada versi 4.0 ini ia ditambah dengan gesaan untuk meminta Perdana Menteri mengundurkan diri. Tiada siapa yang menjangka, Dr. Mahathir hadir dalam perhimpunan semalam, malah mengulanginya semula pada hari ini denga

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Imej
Kurang daripada 48 jam, negara bakal menginjak hari kemerdekaan yang ke-58.  Kemerdekaan pada tahun ini adalah yang agak suram.  Apa tidaknya dengan iklim ekonomi yang lembab, kejatuhan nilai ringgit berbanding dollar Amerika dan pelbagai isu dalaman berpunca daripada syarikat strategik negara – 1MDB. Yang lebih menambahkan kesuraman atau keseronokan merdeka adalah himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan akan berlangsung selama 34 jam bermula dari jam 2.00 petang ini sehingga jam 11.59 malam menjelang hari kemerdekaan. Tema yang dipilih pada kali ini memanglah sesuatu yang sepatutnya menjadi aspirasi seluruh rakyat Malaysia, namun siapa sahaja tahu bagaimana ada sesetengah golongan yang ingin menjauhkan diri daripada segala macam yang berkaitan dengan kerajaan.  Tema ‘Sehati, Sejiwa’ sepeeti tidak memberi gambaran sebenar kerana masih terdapat ramai rakyat Malaysia yang seperti tidak sehati dan sejiwa dengan kerajaan. Malah himpunan Bersih 4.0 pada kali ini bukan sahaja

SIAPA MAHU GULING KERAJAAN?

Sejak akhir Julai yang lalu selepas rombakan kabinet yang khabarnya dibincangkan melalui media sosial ‘What’s App’ , kecoh diperkatakan terdapat usaha menggulingkan kerajaan. Berita ini dimulakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.  Khabarnya beliau mempunyai bukti yang sah mengenai perkara ini.  Dengan jawatan sebagai Menteri yang bertanggungjawag terhadap keselamatan dalam negeri dan polis, maklumat yang dinyatakan tentulah tidak mustahil. Jika benarlah dakwaan itu, maka Perdana Menteri keenam ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam kerjaya politiknya.  Apa tidaknya, tidak pernah kita dengar ada cubaan menggulingkan Kerajaan selain daripada proses pilihanraya di negara kita sebelum ini. Tentulah, Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai bahawa terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan, sehingga dikhabarkan mempunyai bukti yang sah. “ Saya dapat cium bau ada usaha dilakukan tokoh

TUJUH DEKAD SELEPAS HIROSHIMA MERINTIH!

Tujuh puluh tahun yang lepas pada 6 Ogos 1945, bom digugurkan di Hiroshima dan mengorbankan hampir separuh daripada 300,000 penduduk di bandar tersebut.  Tidak cukup dengan itu, satu lagi bom digugurkan di Nagasaki tiga hari kemudiannya. Bom pertama digugurkan pada jam 8.16 pagi waktu Jepun oleh tentera Amerika.  Ia merupakan sebuah bom nuklear pertama kali digunakan ke atas manusia.  Selepas bom kedua di Nagasaki, Jepun menyerah kalah. Pada 6 Ogos 1945, bom atom uranium yang diberi jolokan ‘Little Boy’ digugurkan di Hiroshima meledak 2,000 kaki di atas bandaraya dan ledakannya menyamai 20,000 ton metrik. Selepas itu, pada 9 Ogos 1945, bom plutonik pula yang diberi jolokan ‘Fat Man’ digugurkan pula di Nagasaki. Pada 14 Ogos 1945, Maharaja Hirohito memberikan ucapan tertutup kepada rakyatnya.  Menteri yang bertanggungjawab terhadap perang di Jepun pula telah cuba membunuh diri dan mati pada keesokkan harinya. Kewajaran oleh Amerika Syarikat menggunakan bom nuklear

APABILA MALAIKAT DIPECAT KERANA MENDERMA!

Siapa sahaja yang mengikuti laporan dan pandangan para pemimpin Barisan Nasional (BN) mutakhir ini akan perasan bagaimana gabungan parti politik pemerintah ini berusaha sedaya upaya membetulkan persepsi rakyat. Apa tidaknya, sejak tercetus isu mengenai dana dari malaikat berjumlah RM2.6 billion, ramai pemimpin BN berlumba-lumba untuk mempertahankan mengapa dana sebesar ini berakhir di akaun peribadi Perdana Menteri. Apakah yang telah dijanjikan sebagai pulangan daripada penerimaaan ‘derma’ ini. Para pemimpin BN berterusan mahu mempertahankan ‘bos’ mereka daripada fitnah menerima ‘derma’ dari malaikat itu.  Malah kini beriya-iya pula mahu mengajak parti-parti lain untuk memperkenalkan undang-undang baharu berhubung ‘derma’ ini. Dalam kemelut 1MDB yang meruncing dengan pelbagai pertanyaan tanpa jawapan yang memuaskan, Timbalan Perdana Menteri ditukar.  Tan Sri Muhyiddin yang bertanyakan soal 1MDB secara terbuka dalam satu majlis UMNO tiba-tiba ditambah gelaran ‘mantan’ Tim