Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

APA MAKNANYA KABINET 35?

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang baru (yang sebenarnya muka lama) dalam Kabinet beliau.  Enam muka baru yang lama ini sebenarnya adalah daripada parti komponen MCA dan GERAKAN.  Perlantikan wakil MCA ke dalam kabinet adalah ekoran Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari lalu yang meluluskan resolusi untuk menerima perlantikan Kerajaan ke dalam kabinet.  Sebelum ini, bekas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek bertekad parti itu tidak akan menerima jawatan dalam Kerajaan jika pencapaian mereka dalam PRU -13 tidak memuaskan. Selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa parti itu pada Februari yang lalu di bawah kepimpinan  Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai parti itu telah meluluskan usul untuk menerima jawatan kerajaan di semua peringkat. Antara yang terlantik adalah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diberikan amanah sebagai Menteri Pengangkutan yang selama ini dipangku

PROAKTIF & AKAUNTABILITI

Minggu lepas pecah cerita mengenai seorang remaja kurang upaya yang dikurung dalam sebuah rumah dalam keadaan yang tidak menyenangkan. Muhammad Firdaus Dullah berusia 15 tahun ditemui dengan tidak sengaja oleh pasukan Imigresen Negeri Sembilan ketika melakukan operasi bersepadu 6P diflat kediaman anak malang itu.  Yang lebih malang adalah mangsa ditemui terkurung dalam sebuah bilik dalam keadaan kurus kering, tidak terurus ditemani najis dan sampah sarap.  Selepas penemuan anak malang itu, berduyun-duyun para pemimpin kecil dan besar bertandang untuk merakamkan simpati dan menghulurkan bantuan.  Malah ibu kepada mangsa, Imashima Lola juga telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengabaikan anak sendiri berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001. Mujurlah, anak malang ini diselamatkan ketika berlaku operasi bersepadu 6P, anehnya ibunya adalah seorang yang bekerja malah dikhabarkan mempunyai akaun laman sosial facebook , tanggapan bahawa si ibu tidak tahu mengenai kewujudan bantuan

HALAL & HARAM, APAKAH JAKIM SEBAIK-BAIK PENGAWAL?

Akhir-akhir ini isu halal banyak diperkatakan.  Dalam percakapan seharian secara terbuka sama ada dalam laman maya atau dalam kumpulan kecil tertutup dalam maya, isu halal antara yang sering dibincangkan. Isu halal makanan seperti bee hoon saban hari diperkatakan.  Pendedahan juga hampir ada sahaja akhir-akhir ini.  Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat isu halal dalam negara yang lebih setengah abad ini merdeka masih belum selesai. Walaupun peranan sebagai agensi yang berkaitan secara langsung dengan halal oleh JAKIM pernah juga dilaksanakan oleh pada awalnya oleh JAKIM, kemudian diswastakan dalam tempoh singkat kepada sebuah syarikat iaitu Ilham Daya, kemudiannya oleh Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan akhirnya dikembalikan kepada JAKIM, namun kemelut halal oleh umat Islam di negara ini masih tidak selesai. Sungguhpun kita mendengar bahawa syarikat sipolan menghasilkan bee hoon dalam persekitaran yang tidak halal, malah yang lebih berani menggunakan logo halal y

PIALA DUNIA, YANG MENJENGKELKAN & YANG MENGUJAKAN

Saya sengaja memilih untuk tidak menulis entri baru untuk blog ini.  Bukanlah kerana saya tidak lagi berminat untuk menulis, namun kerana hambatan tugas hakiki yang agak sibuk menjelang separuh tahun 2014.  Selain itu, hambatan kesihatan juga membataskan usaha saya mengemaskini blog ini. Kurang daripada 24 jam, pertandingan bola sepak Piala Dunia akan membuka tirainya.  Acara setiap empat tahun ini bakal mengurangkan pelbagai aspek khususnya produktiviti.  Selain itu, para majikan juga akan menerima lebih banyak panggilan cuti sakit dan cuti kecemasan dengan pelbagai alasan rekaan.  Semua ini adalah rutin setiap kali berlangsung Piala Dunia. Apa pun yang lebih menarik adalah bagaimana bola sepak menjadi medium menyatukan umat dunia.  Selama satu bulan Piala Dunia berlangsung, warna kulit, bangsa dan pegangan agama akan diketepikan untuk menyokong pasukan pilihan masing-masing. Di negara kita selain daripada penglibatan para peminat bola sepak secara fanatik, satu lagi yang