Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

CATATAN DARI KAKI BUKIT

Sejak awal tahun ini, tumpuan Siri Jelajah Budaya Selangor yang ditunjangi oleh Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) ialah di daerah Hulu Selangor yang merupakan perhentian keempat dalam siri jelajah ini. Menariknya, siri jelajah ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Seniman dan Sasterawan Malaysia (SESAMA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor.   Benarlah pengalaman yang sekali ini amat berbeza daripada tiga buah siri jelajah yang pernah kami laksanakan setakat ini. Jelajah Budaya siri ini dilaksanakan di pekan Kuala Kubu Bharu, sebuah pekan yang amat meyenang dan menenangkan.   Begitu teruja dengan pekan ini, sehingga ramai di antara kami memilih untuk tidak berulang seperti yang kami lakukan dengan siri jelajah sebelum ini. Pengalaman tiga kali mengendalikan siri jelajah tentulah tidak sama, malah setiap siri jelajah disulami cerita-cerita pengendalian yang memberikan pengalaman yang paling berharga, daripada hal-hal yang remeh sehinggalah kepada persoalan mengapa ‘sipolan ata

MARILAH MARI KITA MENGUNDI …

Sana sini bahang pilihanraya telah mula terasa, apa tidaknya setiap program yang dilaksanakan sama ada oleh pemimpin Kerajaan mahupun pembangkang, pasti diselitkan dengan rayuan pilihan raya. Mesej mengenai bajet 2013 yang diuar-uarkan melalui media massa juga menyelitkan secara bawah sedar mesej kerajaan mengenai ‘janji ditepati’.   Pada hemat saya keupayaan pembangkang untuk menang besar dalam PRU 13 bukanlah satu tugas yang mudah, namun juga bukan mudah bagi pihak Kerajaan mengekalkan majoriti dua pertiga yang selesa sebagai sebuah kerajaan yang telah mentadbir negara selama lebih setengah abad. Tidak pernah dalam sejarah, kumpulan badan-badan bukan kerajaan berhimpun untuk menyatakan bantahan yang begitu hebat terhadap sistem pilihanraya yang telah berlangsung sebanyak 12 kali sebelum ini dalam tempoh setengah abad.   Bukti transformasi perundangan kerajaan melalui penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012 menyaksikan ratusan ribu rakyat berhimpun dalam Himpunan Kebangkitan

AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN ...

Saya tidak pernah ada masalah dengan Tuanku Sultan Pahang sebagai Sultan Pahang, malah sangat kagum sehingga pernah beberapa kali menitiskan airmata kerana jiwa rakyat Baginda menyelami perasaan rakyat khususnya ketika bencana banjir di negeri Baginda. Kisah bagaimana seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Arau yang hilang selama 19 hari pada Februari 2008 dan ditempatkan di Wad DiRaja Hospital Tengku Ampuan Afzan atas ihsan baginda Sultan Ahmad Shah memang meruntun naluri saya bagaimana baginda sangat berjiwa rakyat. Ada juga ketika Baginda menyertai pasukan mencari seorang pendaki yang hilang.   Itu keprihatinan Baginda Sultan Pahang yang amat menyentuh perasaan saya. Namun apabila meletakkan Baginda sebagai pemimpin sukan, khususnya sukan bola sepak yang menjadi sukan nombor satu bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, memang akan agak berkerut wajah saya.   Bukan Baginda tidak sesuai menjadi pemimpin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),

MEJA NOMBOR DUA PULUH SATU

Imej
Ironinya, filem pertama tontonan saya di pawagam bagi tahun 2013, pada hari kesembilannya adalah sebuah filem Hindustan.   Tidak pernah terlintas untuk saya menonton filem Hindustan, selepas filem terakhir yang saya tonton beberapa waktu dahulu. Semuanya bermula apabila temujanji saya dengan seorang pegawai Menteri terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang daripada jadual asalnya pada sebelah pagi, kerana telah pun berada di ibu kota, dengan tiada apa-apa yang boleh dilakukan, saya bercadang ke tingkat atas di mana pawagamnya terletak.   Anehnya dua filem Hindustan yang ditayangkan pada hari ini, dan seperti selalu saya mengambil keputusan menonton sebuah yang kurang elemen popularnya. Maka, jadilah saya menonton sebuah filem thriller Hindustan berjudul Table No. 21 , bagi mengisi masa senggang saya sementara menunggu temu janji pegawai si menteri. Table No. 21 bukan sebuah filem Hindustan yang biasa atau stereotaip, dengan adegan berguling-guling, namun aspek yang d

STRATEGI PEMASARAN

Ketika era 80an, pemasaran dunia mengalami evolusi yang hebat.   Era 80an menyaksikan bagaimana pemasaran menitikberatkan dan meletakkan kepentingan pengguna sebagai aspek utama bagi mengukur keberkesanannya.    Pemasaran era 80an juga adalah titik tolak, bagaimana syarikat-syarikat berorientasikan pemasaran memberi penekanan khusus terhadap aspek ‘kepuasan pelanggan’ dengan mewujudkan ‘perkhidmatan pelanggan’. Syarikat automotif di Amerika Syarikat pada era 80an, tiba-tiba sahaja menjadi jaguh ‘khidmat pelanggan’ apabila mengumumkan penarikan balik kenderaan mereka bagi tujuan pemeriksaan secara percuma.    Walaupun memang diketahui terdapat kesilapan teknikal dalam produk mereka, namun apa yang berlaku sebenarnya adalah ‘gimik pemasaran’ yang cukup berkesan dan berjaya. Bayangkanlah jika anda adalah seorang pengguna sesuatu produk, tiba-tiba mendapat surat makluman yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif memohon maaf dan memaklumkan bahawa kesilapan teknikal akan d

KERJAYA BARU: MENJUAL KARPET

Kalau ketika kecil, saya mempunyai pelbagai cita-cita bergantung pada tahun bila atau sebarang peristiwa yang berlaku ketika itu.   Misalnya ketika pada satu masa membaca berita mengenai pertandingan ratu cantik, saya bercita-cita menjadi hakim, hakim pertandingan ratu cantik! Cita-cita lain ialah menjadi penulis atau pengarang, itu ialah apabila saya mula mengkagumi karya-karya yang saya baca.   Pada ketika yang lain pula saya ingin menjadi doktor kerana teruja dengan berita bagaimana seorang doktor yang begitu berdedikasi membantu pesakit yang mengunjungi kliniknya tanpa bayaran ataupun bayaran yang sangat minimum. Ada pula ketikanya saya bercita-cita mahu jadi ahli politik, kerana YB di hadapan sekolah saya sangat rajin kerana sukar ditemui di kawasan kami, saya kira mestilah dia terlalu sibuk menyampaikan masalah rakyat kepada pihak kerajaan.    Kadang-kadang berminggu-minggu tidak pernah kelihatan.   Malah ketika itu, tidak pernah pula terdengar bahawa ada hari terbu