Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

KAMI TAHU APA YANG KAMI LAKUKAN!

Sejak kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak yang mengambilalih tampuk kuasa pada Mac 2009, banyak perubahan dan transformasi yang telah diutarakan.   Sebaik sahaja dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam, beliau telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kini, selepas hampir empat tahun, walaupun banyak perubahan fizikal dan spiritual, namun mentaliti lama dan kotak fikir usang masih menjadi ‘bau’ yang mengikuti kebanyakan pemimpin di negara ini tidak terkecuali menteri kabinet sekalipun.  Episod pendaratan lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera di pesisiran pantai Lahad Datu pada 12 Februari 2013 kini masih menjadi tanda tanya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Kotak fikir para pemimpin di semua peringkat seperti Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang masih mendakap mentaliti ‘government know best’ seharusnya telah lama dipinggirkan, ini kerana sebagai

BERSAHABAT DENGAN PENGGANAS?

Apabila hampir 100 orang anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung pada hari Selasa yang lepas, tindakan pantas pihak keselamatan negara menghalang mereka amat dipuji.   Malah dikhabarkan pula oleh Menteri Dalam Negeri berdasarkan sumber risikan menunjukkan kumpulan tersebut bukan kumpulan pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu. Malah, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk memujuk kumpulan tersebut meninggalkan perairan negara melalui perundingan dan bukan pertumpahan darah, sesuatu yang baik mengikut piawaian antarabangsa. Namun apa yang berlaku di Kuala Lumpur pula berbeza, apabila seorang Senator bebas Australia ditahan oleh pihak Imigresen dan menunggu untuk dihantar pulang kerana dianggap ‘musuh negara’.  Ironinya, Senator Nick Xenophon dan kumpulan pemerhati bebas turut hadir ketika perhimpunan aman Bersi

MARILAH MARI, KITA MENGUNDI II

Bahang pilihanraya makin terasa, dalam kurang daripada dua minggu, kita sudah boleh menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan.  Perdana Menteri dan Timbalannya dalam lawatan politik yang diberikan nama ‘lawatan kerja’ hampir telah melunasi janji untuk melawat kesemua negeri di samping mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin politik negeri yang mereka lawati. Di setiap negeri pula, Perdana Menteri dan Timbalannya telah berjanji untuk melaksanakan itu dan ini sekiranya ‘BN diberikan mandat’ oleh rakyat.  Bukan menjadi kesalahan di negara kita untuk menabur janji seperti itu, malah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mempunyai sebarang kuasa yang termaktub dalam peraturan mereka untuk menghalang usaha menabur janji oleh para pemimpin. Misalnya di Kelantan, Perdana Menteri telah berjanji tujuh perkara yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sekiranya berjaya merampas kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS.  Soalnya adakah Perdana Menteri dan Baris

SELAMAT DATANG KE MALAYSIA, NEGARA BR1M!

Imej
Apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan segala agensinya, yang kesemuanya berjumlah 63 buah setakat 30 Disember 2011 di samping unit-unit khas seperti PEMANDU, PEMUDAH, Talent Corp dan pelbagai inisiatif yang didokong empat tonggak utama iaitu Gagasan 1Malaysia,  Program Transformasi Ekonomi, Program Transformasi Kerajaan dan Rancangan Malaysia ke-10, mengumumkan pemberian BR1M pada tahun 2012, banyak pihak yang mempertikaikan kaedah pemberian ini, malah tidak ragu-ragu melabelkan sebagai ‘rasuah politik’. Semalam Perdana Menteri mengumumkan bahawa pemberian BR1M yang telah memasuki siri kedua tidak akan dihentikan malah akan disusuli dengan BR1M 3, BR1M 4 dan seterusnya pada tahun-tahun mendatang.  Bunyinya menyeronokkan, ini kerana setiap isi rumah di bawah pendapatan RM3000 bakal menerima bantuan sebanyak RM500, malah bagi yang belum berkahwin dan berpendapatan RM2000 pula bakal menerima RM250 sekiranya BR1M diteruskan. Pedulilah ji

THE BLACK ROSE: MANIFESTASI SEBUAH HALOBA

Imej
The Black Rose buku mengenai pendedahan tauke karpet, Deepak Jaikishan memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang, dan seperti selalu ada sahaja yang ‘simpati’ dengan saya untuk menyampaikan senaskhah untuk telahan saya. Mengambil kurang daripada sejam untuk mengunyah buku kecil setebal dua puluh enam halaman, saya agak terkejut dengan pendedahan di dalam buku tersebut, malah menjadikan saya sukar mempercayai bagaimana sebuah buku yang kononnya akan ‘melondehkan’ Perdana Menteri, seperti memberikan suntikan moral kepada beliau. Apa tidaknya, buku itu pada saya adalah lebih teruk atau sama dengan pelbagai buku yang telah muncul sebelum ini, sama ada ‘buku dalil’ sipolan yang tidak layak menjadi Perdana Menteri atau buku skandal seks ahli politik yang tidak lebih daripada koleksi ‘maklumat yang biasa-biasa sahaja’ tanpa sebarang fakta. The Black Rose , yang ditulis oleh ‘Spirit of Altantuya’ tidak lebih adalah dokumentasi kekecewaan si tauke karpet yang gagal untuk menjadi

MODEL KERAJAAN RAKYAT DIDAHULUKAN!

Imej
Ketika kecoh mengenai undangan kepada artis sensasi Korea oleh Barisan Nasional sempena Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari nanti, tidak ramai yang sedar bagaimana ‘terhirisnya’ artis tempatan.  Apa tidaknya khabarnya kos membawa artis Korea itu dikatakan hampir mencecah RM1 Juta. Apabila, ditanya kepada Timbalan Perdana Menteri tentang perbelanjaan tinggi seperti itu untuk sebuah persembahan dalam ‘rumah terbuka’, Tan Sri Muhyiddin cepat menangkis dan mengatakan ianya dibiayai oleh ‘penaja’ dan bukannya oleh Kerajaan! Banyak pihak yang sebenarnya tidak senang dengan kehadiran artis Korea bagi sebuah majlis oleh Barisan Nasional yang dianggap membazir walaupun dikatakan ditaja oleh pihak swasta.  Mungkin pihak swasta yang memilih untuk menaja artis Korea tersebut berdasarkan pertimbangan komersil, namun bolehkah Barisan Nasional menafikan terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ dalam urusan tajaan seperti itu.  Dalam istilah politik, yang lazim digunakan ada

MYDISTRESS & SAYA

Imej
Sejak menggunakan telefon pintar iPhone sejak empat tahun yang lalu, pelbagai aplikasi telah saya cuba, daripada permainan, aplikasi buku elektronik atau apa sahaja aplikasi selagi ianya adalah percuma.  Aplikasi seperti Maxis Movies sebuah aplikasi untuk tempahan tiket wayang atau untuk mengetahui jadual tayangan di pawagam seluruh Malaysia. Selain itu, aplikasi seperti Islamic Library yang memuatkan tafsir Sahih Bukhari sehingga hampir empat ribu halaman, selain daripada aplikasi al-Quran dan terjemahannya.  Selain aplikasi yang saya anggap meyeronokkan seperti permainan, terdapat juga aplikasi yang sebenarnya memberikan pelbagai bantuan misalnya aplikasi MyDistress yang dibangunkan oleh Polis Negeri Selangor. Walaupun ianya jarang saya gunakan, ialah hanya apabila terdapat kecemasan dan pada minggu lepas, saya menggunakannya untuk kali kedua, kali pertama saya menggunakannya adalah secara tidak sengaja tertekan butang di dalam aplikasi tersebut.  Dalam masa yang singk