MODEL KERAJAAN RAKYAT DIDAHULUKAN!
Ketika
kecoh mengenai undangan kepada artis sensasi Korea oleh Barisan Nasional
sempena Majlis Rumah Terbuka sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari nanti,
tidak ramai yang sedar bagaimana ‘terhirisnya’ artis tempatan. Apa tidaknya khabarnya kos membawa artis Korea
itu dikatakan hampir mencecah RM1 Juta.
Apabila,
ditanya kepada Timbalan Perdana Menteri tentang perbelanjaan tinggi seperti itu
untuk sebuah persembahan dalam ‘rumah terbuka’, Tan Sri Muhyiddin cepat menangkis
dan mengatakan ianya dibiayai oleh ‘penaja’ dan bukannya oleh Kerajaan!
Banyak
pihak yang sebenarnya tidak senang dengan kehadiran artis Korea bagi sebuah
majlis oleh Barisan Nasional yang dianggap membazir walaupun dikatakan ditaja
oleh pihak swasta. Mungkin pihak swasta
yang memilih untuk menaja artis Korea tersebut berdasarkan pertimbangan
komersil, namun bolehkah Barisan Nasional menafikan terdapat ‘tangan-tangan
ghaib’ dalam urusan tajaan seperti itu.
Dalam istilah politik, yang lazim digunakan adalah ‘lembu’.
![]() |
Bunting ucapan Tahun Baru Cina BN - Gambar ihsan dari malaysiakini.com |
Nampaknya
tidak cukup, Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘menghiris’
perasaan orang Melayu apabila ‘bunting’ ucapan Tahun Baru Cina dalam Bahasa
Cina tanpa ada Bahasa Melayu pun.
Mungkin Dewan Bahasa & Pustaka patut bertindak berani untuk
menasihatkan Perdana Menteri untuk tidak membelakangkan Bahasa Melayu khususnya
ketika banyak pihak memperjuangkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu.
Kini,
Barisan Nasional dengan bantuan pihak swasta pula membawa artis Korea dengan
bayaran yang begitu tinggi, yang secara tidak langsung ‘menghiris’ perasaan
artis tempatan bagaimana syarikat swasta begitu ghairah untuk menjadi ‘lembu’
membawa masuk artis luar berbanding memberi dan membina peluang kepada ramai
artis tempatan.
Mungkin
ini adalah modal Barisan Nasional untuk memenangi undi daripada kalangan kaum
Cina di negara ini, yang umum mengetahui memang kurang menyokong Barisan
Nasional akhir-akhir ini. Apakah Presiden MCA berani mengatakan bahawa
peratusan kaum Cina menyokong Barisan Nasional meningkat berbanding ketika PRU
12 pada tahun 2008?
Dalam
keadaan menjelang PRU 13, pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan sokongan
masyarakat Cina, tetapi dengan ribuan ‘bunting’ dalam bahasa Cina tanpa ada
Bahasa Melayu, bukankah menghiris pula perasaan orang Melayu? Dalam kemaruk untuk memenangi hati masyarakat
Cina, Barisan Nasional seperti sanggup berbuat apa sahaja, walaupun jalan-jalan
‘dimerahkan’ dengan bunting Tahun Baru Cina dan kini ditambah pula dengan
membawa masuk artis Korea!
Kelihatannya,
Perdana Menteri ‘lebih Cina dari Cina’ sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya
ketika mata saya berpinar melihat ‘bunting’ ucapan Tahun Baru Cina oleh Barisan
Nasional.
Ulasan
Yang menguburkan bahasa Melayu bukan orang lain.. mereka itu datang dari jenis inilah.. uhuk!
"bahasaku lara, biarpun perdana menteriku melayu belaka"