ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …
Malam Sabtu lepas dalam kesibukan saya menyiapkan diri untuk ke Pulau Lagenda Langkawi sempat mencuri-curi menonton program khas terbitan TV3 bagi mengenang arwah Yasmin Ahmad: Pewarisan Yasmin Ahmad dengan terjemahannya dalam bahasa Inggeris – The Legacy of Yasmin Ahmad.
Memang rugi bagi siapa yang terlepas peluang menonton dokumentari khas ini yang dimuatkan dalam rancangan majalah mingguan – Majalah 3. Pewarisan Yasmin Ahmad menyingkap kerjaya dan belakang tabir kerja arwah Yasmin Ahmad samada sebagai seorang pengarah iklan mahupun filem. Wawancara dengan mereka yang pernah bertugas dengan Yasmin Ahmad memang menyebakkan. Malah falsafah hidupnya yang diangkat lewat karya-karya garapannya, ulasan oleh para pelakon filem-filemnya memang menyentuh hati.
Bukanlah kerja saya mengulas sesuatu rancangan yang telah disiarkan oleh sesebuah stesen TV, malah bukan juga mahu turut memperkatakan mengenai Yasmin Ahmad, tetapi saya lebih tertarik dengan kesunggguhan stesen TV3 untuk menggunakan istilah ‘pewarisan’ bagi maksud legasi atau legacy dalam bahasa Inggeris, sebab saya pernah menghadiri satu seminar bertaraf nasional memperkatakan tentang pewarisan Perdana Menteri kedua Negara kita : Allayarham Tun Abdul Razak yang dianjurkan oleh Akademi Pemuda dan Pemuda UMNO. Tajuk seminarnya ialah – Legasi Tun Abdul Razak.
Saya dapat mengesan kesungguhan ini ialah kerana (atau mungkin) TV3 kini diterajui oleh Datuk Johan Jaafar selaku Pengerusi Eksekutifnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan soalnya adakah Pemuda UMNO mahupun Akademi Pemuda menggunakan perkataan Legasi berbanding Perwarisan kerana dianggap lebih komersil ! Walauapapun tahniah kepada TV3 kerana Pewarisan Yasmin Ahmad dan bukan Legasi Yasmin Ahmad!

Ulasan