CHIN PENG, LU SIAPA?


Saya diserang demam yang teruk beberapa hari yang tidak memungkinkan saya meng'update' blog saya. Tiba-tiba sahaja demam saya kebah. Puncanya kerana saya naik 'hangin' apabila Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan membuat saranan agar kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia. Apa ni, dah tak cukup modal ke nak memenangi hati kaum Cina!


Selepas sekian lama bergelumang dengan fahaman komunis dan sebahagian besar usianya dihabiskan di negara luar, Chin Peng yang kononnya dilahirkan di Sitiawan tiba-tiba sahaja mahu diangkat sebagai hero untuk kembali ke negara ini. Sebenarnya walaupun Chin Peng masih memegang kerakyatan negara ini (saya tidak pasti samada masih bergelar warganegara Malaysia), tetapi tindak tanduknya menentang tentera melalui gerakan komunisnya sudah cukup memadai untuk menghalangnya kembali ke negara ini.

Saya bukanlah manusia berhati kering, tetapi menggunakan kewajaran kemanusiaan hanya daripada perspektif Chin Peng semata-mata adalah tidak tepat, kita juga haruslah adil terhadap ribuan waris wira negara yang terkorban dalam menentang perjuangan komunis di negara ini satu masa dahulu.

Apakah motif Gerakan dan DAP dalam memperjuangkan kewajaran membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, adakah sekadar sebagai 'politik ambil hati' bagi meraih sokongan kaum Cina? Kalau inilah sebenarnya gambaran sebuah parti komponen Barisan Nasional maka sudah sepatutnya Gerakan diberi kata dua kerana semangat dan prinsip yang berbeza dengan aspirasi Kerajaan.

Saya tidak nampak apakah sumbangan yang boleh dilakukan oleh seorang komunis seperti Chin Peng dan saya percaya ramai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mungkin dari kalangan kaum Cina pun tidak mahu atau tidak menyokong kepulangan bekas komunis seperti Chin Peng.

Kepada Sdr. Ong Boon Hua lupakan sahajalah hasrat murni saudara untuk kembali ke negara ini walaupun saudara mengakui pernah dilahirkan di bumi bertuah ini. Negara ini tidak perlukan anda!

Share this article :
 

+ komen + 19 komen

ustazah
25 Mei 2009 4:18 PTG

salam tuan, gembira tuan dah sihat kembali. Betul negara tidak perlukan bekas komunis seperti Chin Peng!

sarip
25 Mei 2009 7:02 PTG

setuju bro..cayalah..

amir
25 Mei 2009 7:13 PTG

keras, berani dan betul..syabas tuan sakat..

Tanpa Nama
25 Mei 2009 9:50 PTG

hero apa la bro...naik 'hangin' je leh demam berhari2...

anti komunis
26 Mei 2009 9:35 PG

sepatutnya org yg cadangkan Chin Peng dibenarkan balik patut dikaji kerakyatannya..

Tanpa Nama
26 Mei 2009 12:54 PTG

Tahniah kerana membantah permohonan Chin Peng ituew...

nak nangis tengok filem Bukit Kepong tempoh hari...

anak bekas tentera
26 Mei 2009 1:43 PTG

saya pun bantah si Chin Peng balik ke Malaysia

aman
26 Mei 2009 4:21 PTG

x yahlah rakyat malaysia agungkan bekas komunis..mcm gerakan pun nk jdik komunis ke..

SIS
26 Mei 2009 5:31 PTG

salam tn ks..ingatlah mcm mana melayu dilakukan oleh komunis dulu...jgn ulang sejarah walaupun laungan 'one malaysia' bergema...

wanman
26 Mei 2009 7:02 PTG

salam bro, bersemangat betul. fikir sikit perasaan orang yang familinya menjadi mangsa kekejaman komunis dulu.

anep
26 Mei 2009 9:19 PTG

salam tuan, saya tabik spring pendirian tuan berhubung Chin Peng..

haji kidam
27 Mei 2009 10:20 PG

Kerjaan harus tegas dgn tuntutan ini..syabas tuan

Tanpa Nama
27 Mei 2009 1:20 PTG

Sekarang ni mmg banyak budak Melayu yang support Komunis...Konon radikal..macam2 alasan...bolehlah diaorang cakap, bukan dia yang lawan dengan komunis tu dulu..

http://sendawamalaysia.blogspot.com/

Tanpa Nama
27 Mei 2009 1:43 PTG

rasanya semua org melayu tak sokong chin peng balik..sbb dulu org melayu yang dizalimi...

amir
27 Mei 2009 9:27 PTG

saya kagum dengan ketegasan tuan, Insyallah saya akan uar-uarkan blog ini kpd teman2 saya..

amno
27 Mei 2009 11:12 PTG

Gerakan patut dinyah dari BN..

SIS
2 Jun 2009 9:26 PTG

salam tn ks...lama tak update blog...tn sakit lagi ke?..atau bercuti bersama keluarga...harap cepat sembuh dan bahagia bersama keluarga...

4 Jun 2009 10:45 PG

Jemput tuan2 puan2 peminat kakisakat ke malam puisi utusan di istana budaya pada malam 12 jun nanti.

SIS
5 Jun 2009 2:39 PG

tn RMN..insyaAllah akan cuba melapangkan masa utk hadir ke majlis tersebut..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger