TERIMA KASIH CIKGU..

Gambar hiasan ihsan UNESCO: Guru di mana-mana


"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema perayaan Hari Guru pada tahun ini. Pada setiap 16 Mei saban tahun kita meraikan Hari Guru sebagai menghargai jasa guru kepada kita semua. Guru adalah insan pertama yang mencorakkan secara formal seseorang dalam kehidupannya selain daripada ibu dan bapa. Hari Guru di Malaysia diraikan sejak tahun 1972 dengan pelbagai tema yang diolah mengikut keperluan semasa. Allahyarham SN Usman Awang pernah menulis sajak sebagai manifestasi pengorbanan guru:


Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Ironinya hidup saya banyak bergelumang dengan guru samada secara peribadi mahupun dalam pekerjaan sehari-hari, maka layaknya Hari Guru wajar menjadi ingatan sebagai menghargai usaha dan pengorbanan sang guru. Kepada semua guru-guru di mana sahaja, Selamat Hari Guru!

Catatan Kaki: Saya masih ingat dan menyimpan kenangan guru-guru saya sejak dari alam persekolahan hinggalah kepada guru saya yang paling ampuh - alam!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan..saya seorang guru juga. terima kasih kerana mengingati insan seperti kami, saya masih menyimpan harapan utk bertemu tuan..
SIS berkata…
salam tn ks...selamat hari guru kpd semua guru yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa...tp sedih guru2 muda zaman ini ramai yang seolah2 terpaksa jadi guru hanya krn nak isi poket @ utk elak dr dikata tak ada kerja( mungkin hanya segelintir )...bkn krn rasa tanggungjawab kpd agama, bangsa dan negara..hanya melepas batuk ditangga...
Mama berkata…
terima kasih Cikgu..walau dimana kau berada..
bekas guru berkata…
t kasih atas ingatan terhadap guru..
ustazah berkata…
salam tuan, blog ini makin menarik..syabas dan tahniah..
Al-Manar berkata…
Saya bukan seorang guru dalam erti kata sebenarnya. Saya mencuba setelah berpuluh tahun dalam kerjaya yang berlainan. Sekarang saya faham apa dia seorang guru dengan syarat dia tidak menganggap kerjaya itu semata-mata satu sumbar pencarian.
Berkhidmat kerana Tuhan untuk kemanusiaan adalah motto saya.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?