LAIN PADANG, LAIN BELALANG...


Ketika seluruh dunia bergelut untuk mengurangkan ketagihan rokok di kalangan penduduk dunia sehingga mencetuskan Hari Tanpa Tembakau Sedunia setiap 31 Mei saban tahun, lain pula kisahnya di sebuah jajahan di Negara China.

No butts – you must light up, itulah tajuk berita di ruangan dunia akhbar The Star hari ini, apa tidaknya di jajahan Gong’an di wilayah Hubei di Negara China telah mengarahkan kakitangannya untuk menghisap rokok sehingga 230,000 kotak setahun, hujah bagi menyokong arahan ini ialah bagi menyemarakkan ekonomi setempat melalui kutipan cukai! Menurut laporan itu lagi, langkah ini juga bagi membantu syarikat rokok di jajahan itu untuk bersaing dengan pesaingnya di wilayah bersebelahan. Jika arahan ini tidak dipatuhi, kakitangan di jajahan ini akan didenda. Saya rasa agak tergamam membaca berita ini sehingga berfikir ada baiknya perokok tegar memikirkan untuk berkhidmat di jajahan itu.

Di negara kita, rasanya tiada arahan sebegitu tetapi pembuat dasar kita dari kalangan Ahli Parlimen dan juga Menteri masih ramai yang merokok, kalau kurang percaya cubalah sesekali ke Parlimen, anda pasti kagum!

TERKINI: KEMASKINI JAM 2321 HOURS

Khabarnya arahan itu telahpun ditarik balik selepas dikritik hebat oleh media tempatan di Wilayah yang disebutkan. Tetapi pendapat saya, ini bukanlah contoh 'flip-flop'. Anda bagaimana? Kerajaan yang baik bersedia mengaku kesilapan dan berani untuk membuat pembetulan dan pindaan.

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, saya teruja dgn kepekaan tuan, mengangkat berita dan berkongsi dlm blog ini..saya pasti tuan bukan seorang perokok..
ustazah berkata…
salam tuan, saya teruja dgn kepekaan tuan, mengangkat berita dan berkongsi dlm blog ini..saya pasti tuan bukan seorang perokok..
ustazah berkata…
terima kasih tuan kerana memaklumkan perkembangan terkini, rasanya saya sependapat, kerajaan yang baik bersedia untuk berubah walaupun bakal dilabel 'flip-flop'..
tok kidam berkata…
saya sependapat dgn tuan..sepatutnya arahan semacam ini tidak dikenakan pada awalnya..tetapi mengaku kesilapan bukanlah sesuatu yg hina..
SIS berkata…
salam tn ks..bukannya senang nak runtuhkan ego..satu sikap yang amat terpuji..tak salah pun mengaku salah..itu berani demi kebaikan..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN