MENJULANG MARTABAT SASTERA KE ISTANA BUDAYA..



Istana Budaya - Ilham Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4,
YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed

Beberapa minggu lalu ketika saya bertemu seorang teman yang mengendalikan program Hadiah Sastera yang diterajui oleh organisasinya, saya begitu teruja ketika dimaklumkan bahawa Hadiah Sastera organisasinya pada tahun ini akan diadakan di Istana Budaya jauh dari kelaziman di hotel-hotel besar seperti selalunya.

Menurut teman saya tadi, memang terdapat pro dan kontra tentang pemilihan lokasi pada tahun ini, tetapi apabila dikongsi bersama saya, pada saya pemilihan yang tepat bagi mengangkat martabat sastera di Malaysia.

Istana Budaya dengan pentas dan prasarana pementasan bertaraf dunia, bakal berusia sedekad September ini, tetapi inilah julung kalinya Hadiah Sastera Kumpulan Utusan berlangsung di sini.

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan yang kini telah memasuki tahun ke-24 penganjurannya memang layak berkongsi pentas di Istana Budaya, pengenalan Minggu Sastera buat pertama kalinya sebagai pengisian program pra-Hadiah Sastera iaitu Malam Puisi Utusan yang akan diadakan pada 12 Jun 2009, Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 pada 19 Jun 2009, dan wacana Utusan Sukma: Sepagi Bersastera yang akan diadakan di tiga zon / daerah di Negeri Sembilan, adalah usaha Kumpulan Utusan merakyatkan sastera khususnya di kalangan generasi muda.

Acara kemuncak Hadiah Sastera Utusan 2008 ialah penyampaian hadiah bagi semua kategori pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 yang dijangka akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Dengan jalinan kerjasama Exxon Mobil sebagai penaja utama, Istana Budaya sebagai penaja lokasi dan Astro sebagai penyiar rasmi, harapan saya Hadiah Sastera Kumpulan Utusan akan melakar sejarah baru dalam diari sastera negara. InsyaAllah.

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, adakah dibuka kepada org awam Majlis Penyampaian Hadiah ..
Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 adalah atas jemputan. Kalau berminat boleh saya bagi jemputan kpd tuan kakisakat untuk diajak beberapa teman dekat.
SIS berkata…
salam tn ks..hairan ye napa kali ni baru nak buat kat Istana Budaya..patut dulu lagi...tapi kali ni rasanya barulah gah sebab ASTRO terlibat sama..dan PM sudi hadir...
haji kidam berkata…
tahniah kpd Kumpulan Utusan, saya kagum dgn tuan pemilik blog ini yg sudi menguar-uarkan program ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?