Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

TANDA PUTERA & TAYANGAN TERHAD ...

Imej
Mungkin ada hikmahnya saya terlepas menonton filem Tanda Putera yang hangat diperkatakan di sana sini.  Saya tidak pasti tentang isi filem tersebut, tetapi di Malaysia segalanya mungkin,  sesuai dengan slogan Malaysia Boleh! Filem yang suam-suam kuku dengan isi dan fakta yang diragui (maaf saya tidak merujuk kepada filem Tanda Putera) dan teater mahupun pementasan yang dianggap menyumbang pada ‘sifir politik’ sudah mampu melenakan tidur penerbitnya.  Itulah tanggapan saya terhadap filem Tanda Putera yang belum saya tonton lagi walaupun pernah mendapat jemputan untuk menontonnya. Seingat saya, filem Tanda Putera khabarnya telah diharamkan atau ditangguh tayangan kepada umum (maksudnya tayangan di pawagam) oleh Kabinet, namun ianya telah ditayangkan secara tertutup oleh beberapa organisi.  Sehingga kini jika tidak silap saya tayangan terhad yang diuar-uarkan adalah kepada kurang daripada lima kali. Ironinya,  kumpulan pertama yang berpeluang menontonnya adalah  para pener

30 MINIT, APA KE JADAHNYA!

Maka seluruh rakyat Malaysia yang kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri keenam Malaysia menjadi sangat makmur, ini kerana menurut laporan pelbagai P – GTP, ETP, PTP semuanya menggambarkan kemakmuran rakyat negara ini. Dengan segala macam bantuan, BR1M, BB1M, KR1M, K1M dan puluhan lagi yang menjadikan Perdana Menteri Malaysia sebagai idola seluruh rakyatnya.  Apa tidaknya kesemua saluran televisyen arus perdana, kini di sebalik sibuk dan berebut-rebut  menayangkan filem-filem Hindustan mereka juga sibuk menayangkan pelbagai ‘testimoni’ rakyat jelata mengenai bantuan-bantuan ini. Kini selepas tamat tempoh lima tahun daripada tarikh pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac yang lalu, Perdana Menteri  kini menjelajah pula kesemua GLC dan seperti biasa mengumumkan pelbagai insentif yang akan dilabel oleh pembangkang sebagai ‘gula-gula politik’. Terbaru ketika lawatan ke Telekom Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan imbuhan ‘one off’ sebanyak RM500 yang akan dibayar pada 25 Mac nant

GULA-GULA POLITIK, MAAF BUKAN!

Perdana Menteri, semalam di hadapan hampir 9000 kakitangan awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 (MPPA XIII), di Putrajaya semalam mengumumkan pelbagai insentif kepada kakitangan awam di Malaysia.  Hampir kesemua golongan penjawat awam berjumlah 1.4 juta menerima imbuhan daripada pengumuman ini.  Polis dan tentera menikmati penyelarasan gaji apabila gred gaji mereka disetarakan dengan perkhidmatan awam yang lain. Malah Sistem Saraan Transformatif diperkenalkan menggantikan Sistem Saraan Baru yang menyaksikan peningkatan perbelanjaan sebanyak RM1.5 billion. Selain daripada penyelarasan gaji kepada polis dan tentera, Perdana Menteri juga mengumumkan kenaikan gaji kepada kakitangan awam yang lain antara RM80 hingga RM320 berkuatkuasa Julai nanti. Selain itu, kakitangan bertaraf kontrak juga menikmati lanjutan kontrak sehingga Disember 2014.  Bilangan kakitangan awam bertaraf kontrak adalah seramai 50,000 orang.  Jika mengambilkira secara matemat

SANDIWARA OH SANDIWARA!

Ketika semua pihak menumpukan usaha menikmati ‘sandiwara’ naskhah dan arahan ameno di Lahad Datu, tiba-tiba sebuah skrip lama yang terperap begitu lama dan menjadi kes mahkahmah kini diisytihar pula sebagai satu ‘konspirasi’. Istilah konspirasi nampaknya lebih intelektual berbanding istilah drama dan sandiwara yang digunapakai untuk merujuk kepada insiden di Lahad Datu.  Walaupun Tian Chua dikecam hebat kerana merujuk insiden Lahad Datu sebagai satu sandiwara, namun sebagai seorang yang biasa-biasa dan tidak mempunyai sebarang kepentingan politik, mungkin dakwaan ini ada kebenarannya. Malah ketika sesi teh tarik di pinggir ibu kota, penduduk sebuah perkampungan yang dikenali sebagai penyokong kuat parti yang melaungkan ‘tradisi membela rakyat’ dan kini sibuk menjaja ‘janji ditepati’ juga dikecam hebat ekoran insiden di Lahad Datu.  Antara yang dipertikaikan adalah mengapa pihak tentera menjadi lapisan kedua berbanding polis apabila perairan negara dibolosi dan diceroboh.

ANUGERAH AKADEMI EDISI KE-85

Berakhir sudah majlis Anugerah Akademi yang berlangsung pada Ahad yang lalu.  Edisi ke-85 ini menobatkan filem Argo sebagai Filem Terbaik, manakala pengarah Ang Lee terpilih sebagai Pengarah Terbaik melalui filem ‘The Life of PI’ . Argo filem thriller mengenai dunia penyiasatan CIA, drama yang diadaptasikan berdasarkan buku The Master of Disguise yang ditulis oleh Tony Mendez yang mengetuai operasi menyelamatkan enam orang diplomat Amerika Syarikat di Tehran, Iran ketika krisis tebusan Iran pada November  1979. Filem ini adalah buah tangan Ben Affleck yang bertindak sebagai pengarah di samping menjadi penerbit dan pelakon utamanya. Argo mendapat tujuh pencalonan dan memenangi tiga anugerah – Filem Terbaik, Suntingan dan Lakon Layar Adaptasi. Buah tangan pengarah Ang Lee, The Life of PI yang merupakan filem pengembaraan 3D berdasarkan novel oleh Yann Martel.  The Life of PI menerima 11 pencalonan dan memenangi empat anugerah termasuk Pengarah Terbaik selain Sinematog

HEBATNYA ANWAR!

Perdana Menteri selepas Najib Tun Razak seharusnya mestilah Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya itulah yang terlintas di fikiran saya apabila akhbar media perdana Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan mengaitkan peristiwa pencerobohan di Sabah dengan ketua pembangkang itu. Rasionalnya amat mudah, jika empat agensi pusat yang diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Malaysia, dan Tentera yang kesemuanya dibawah kuasa menteri pusat dapat ‘diperbodohkan’ sehingga terjadinya pencerobohan, maka tentulah Ketua Pembangkang yang dikaitkan dengan insiden ini hebat orangnya dan layak memimpin negara! Apakah yang tidak disedari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah bagaimana bercelarunya menteri-menteri yang terlibat sama ada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bercanggah kaedah dan pandangan mereka.  Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa berdasarkan risikan kumpulan tersebut yang len