Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

CATATAN HUJUNG TAHUN

Kurang 90 minit   kita akan melangkah ke tahun 2013, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam tahun 2012, secara peribadi, tahun 2012 adalah tahun yang kurang produktif bagi saya. Hujung tahun 2012, saya akhiri dengan berada jauh dari ibu kota, spesifiknya berada di Sungai Besar, lebih kurang 160 kilometer   daripada kediaman saya.   Saya bukan sengaja tidak mahu meraikan sambutan tahun baru 2013 di ibu kota. Sejujurnya saya memang tidak pernah meraikan sambutan tahun baharu.   Sambutan Tahun Hijrah memang ada diraikan dengan menunaikan solat bersama keluarga di Masjid Negara. Mungkin sambutan Tahun Hijrah tidak semeriah sambutan tahun baharu,maka jalan juga tidak sesesak ketika sambutan tahun baharu masihi, maka itu menjadi sebab saya lebih meraikan sambutan tahun hijrah berbanding tahun masihi. Secara peribadi, memang saya akui saya agak tidak produktif pada tahun 2012, mungkin agak sedikit sibuk dengan urusan-urusan yang tidak bersifat keuntungan.   Blog ini ju

PINTAR YANG BEBAL

Saya hanya tersenyum apabila membaca berita bahawa Indonesia akan membina terowong bagi mengatasi masalah banjir di Jakarta.   Agak melucukan kerana membuat saya sentiasa teringat kepada terowong ‘ smart’ di ibu kota. Anehnya, terowong ‘ smart’ adalah salah satu yang mampu membuat saya tersenyum dan ceria apabila perasaan benar-benar rasa kecewa atau stress , apa tidaknya, setiap kali membayar RM2.00 melalui terowong ‘smart’ memberikan sebagai satu kelegaan kepada saya.   Kadangkala saya sengaja mencari peluang untuk melalui terowong ‘smart’ , sebagai satu terapi. Apabila Perdana Menteri membentangkan Bajet 2013 pada penghujung September lalu, antara insentif   yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pemilikan telefon pintar oleh belia berpendapatan RM3000 dan ke bawah. Minggu lalu pula Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan bahawa rebat tersebut hanya mencakupi pembelian telefon pintar di bawah RM500, a

PLKN & ANAK SAYA

Imej
Sejak Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan oleh Kerajaan selepas penggubalan Akta Latihan Khidmat Negara 2003.   Kumpulan pertama para pelatih ini memulakan program latihan mereka pada Februari 2004. Setiap tahun sebanyak tiga siri berlangsung dengan penyertaan lebih 140,000    di lebih 80 kem di seluruh negara. Dua buah buku mengenai PLKN Ketika program ini pertama kali diuar-uarkan dalam media massa, pelbagai cerita mengenai program ini sentiasa mengisi dada media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik.    Daripada kisah yang menyeronokkan sehinggalah cerita-cerita tragis mengenai insiden-insiden di kem-kem latihan seperti kecederaan, kematian dan keengganan menyertai program ini. Malah kisah Ahmad Harizal Ahmad Fauzie , remaja yang mencuri tumpuan rakyat Malaysia kerana menjadi orang pertama dijatuhi hukuman denda RM600 atau penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret Kangar selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 18(1) Akta Lati

BAJET POTONG POKOK

Antara frasa yang paling kerap saya dengar ketika bersama golongan budayawan adalah ‘bajet potong pokok’ lebih besar daripada bajet program kebudayaan.   Ini sudah menjadi salah satu bahan lawak yang mneyeronokkan.   Apa tidaknya, sering kali dikhabarkan bajet potong pokok ada tetapi bajet kebudayaan bagi memanusiakan sebuah bangsa perlu ditagih seperti meminta sedekah. Ketika saya ingin mencari ‘pemotong’ pokok di halaman rumah saya, merujuk kepada kertas iklan yang dimasukkan   dalam peti surat saya pun menghubungi seorang yang menawarkan perkhidmatan ‘memotong pokok’ malangnya selepas beberapa ketika selepas sesat sehingga ke Hulu Kelang dan Ampang, akhirnya muncul di rumah saya. Si pemotong pokok berbangsa melayu dengan temannya dengan angkuhnya memaklumkan bahawa kos pemotongan pokok ialah RM300.00, satu jumlah yang agak besar bagi sebuah tugas yang saya anggap mudah dan dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit sahaja.   Selepas tidak mencapai persetujuan tentang harga p

HALAL HALAL HALAL

Mulai 1 Januari 2013, penguatkuasaan terhadap logo dan ungkapan halal seperti ditanggung halal, makanan orang Islam, bufet Ramadan dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan serta memperdayakan umat Islam di negara ini adalah dilarang. Semua syarikat pengeluar, pengedar makanan atau produk yang menggunakan logo dan ungkapan halal selain daripada yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) akan dikenakan tindakan. Menurut JAKIM penguatkuasaan larangan itu berikutan tempoh peralihan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 yang diberikan selama setahun yang bakal tamat hujung tahun ini. Akta Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 telah diluluskan Parlimen pada 11 Julai 2011, menetapkan JAKIM dan MAIN sebagai agensi berwibawa yang boleh mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia. Seksyen 28 dan Seksyen 29 adalah dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan pens

CERITA TAHUN BARU, BANK UNTA & SKALA JENGKEL

Sana sini orang sibuk menantikan tahun baru 2013 yang bakal menjelang beberapa hari lagi.   Ironinya sana sini orang tidak sibuk pula apabila menyambut kedatangan awal Muharam beberapa minggu yang lepas.   Mungkin harga yang terpaksa dibayar dalam sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam. Menariknya cerita menjelang sambutan tahun baru adalah perayaan sambutan itu sendiri yang dimulai dengan pelbagai program di kaca televisyen, daripada filem-filem yang dihidangkan dalam slot ‘countdown’ sehinggalah konsert siaran langsung ambang tahun baru. Selain itu yang sering diungkitkan adalah azam tahun baru, sama ada oleh rakyat bawahan seperti saya ataupun para pemimpin di pelbagai peringkat.   Malah telah juga ada ahli-ahli politik yang ‘buta rasa’ membuat azam untuk memperbaiki majoriti dua pertiga yang bakal dimenangi oleh parti yang mereka wakili.   Mungkin akan   ada teman-teman saya yang membaca catatan ini akan gelak ‘berguling-guling’ membaca azam si ahli politik ‘buta

NEWSWEEK SELEPAS LAPAN DEKAD

Imej
(Majalah berita Newsweek keluaran 17 November 1972 - ketika saya mula pandai membaca!) Saya bukanlah daripada keluarga yang elit, namun kerana arwah ayah saya seorang yang sangat pembaca orangnya ditambah pula kerana tugas tambahannya sebagai wakil pos, ketika kecil, antara majalah yang menjadi bacaan saya adalah majalah Newsweek . Selain majalah Newsweek , saya juga terdedah kepada majalah Time, Asia Magazine (diberikan percuma dengan akhbar NST) dan pelbagai majalah luar negara.    Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana majalah-majalah ini boleh sampai ke rumah saya.   Ada juga kemungkinan dikirim oleh abang saya kerana beliau bekerja di syarikat pengedaran majalah yang terkemuka di Malaysia pada ketika itu. Ketika memulakan kerjaya sebagai pembantu penyelidik di sebuah entiti hampir dua dekad yang lalu, saya kembali terdedah kepada Newsweek dan pelbagai majalah luar negara bagi tujuan kerjaya saya. Selepas 80 tahun, majalah Newsweek yang mula diterbitkan pada

UNITED KINGDOM, AMERIKA SYARIKAT & INDIA …

Ketika mula-mula Timbalan Perdana Menteri   sekarang ini memulakan jawatan politiknya beliau juga merangkap sebagai Menteri Pelajaran, maka harapannya sinar dunia pendidikan seolah-olah diberi ‘tenaga diperbaharui’ yang baharu. Memang banyak kemelut dan rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang Timbalan Perdana Menteri menjadi Menteri Pelajaran, namun kemelut kekurangan guru Bahasa Inggeris mencuri tumpuan, apa tidaknya di awal tahun 2010, dilaporkan negara memerlukan ataupun kekurangan hampir 13,000 guru Bahasa Inggeris. Kini Januari 2013 bakal menjelang, selepas tiga tahun, dilaporkan pula negara masih kekurangan guru Bahasa Inggeris.   Yang terkini khabarnya akan diambil dari India pula. Sebelum ini, kekurangan guru Bahasa Inggeris dilaporkan akan diambil daripada United Kingdom dan kemudiannya daripada Amerika Syarikat, malah pernah juga dilaporkan akan diambil daripada Australia.   Nampaknya Malaysia bakal merupakan pengimport guru Bahasa Inggeris. Apa yang mengu

RAJA LAWAK SELEPAS 20 TAHUN

Imej
Beberapa minggu yang lepas ketika menonton teater Tamu Dari Medan Perang oleh para pelajar Jabatan Drama Universiti Malaya, saya menjadi sangat beremosi, kerana setiap kali menonton teater sama ada yang berbahasa Melayu mahupun berbahasa Inggeris, saya teringat zaman ‘kemeriahan’ teater khususnya di Kuala Lumpur. Beberapa tahun lepas pula ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, teater Wira Bukit karya SN/SR A. Samad Said pernah diajukan untuk dipentaskan, namun beberapa hambatan telah membantutkan usaha ini.   Hal ini mudah kerana Wira Bukit sebenarnya adalah manifestasi kemelut para pemimpin pada ketika itu, namun Wira Bukit tidak pernah menemui khalayak teater selepas pertama kali dipentaskan ketika persidangan PATA   pada tahun 1989.   Pun begitu, Wira Bukit pernah dipentaskan di negara jiran beberapa tahun yang lalu. Maka apabila, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)   yang diterajui oleh Sdr. Mohd Khair Ngadiron dan Persatuan Penulis

AES – AKU, ENGKAU & SAYA

Bisnes saman yang dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional yang berkuatkuasa sejak 23 September lalu, dikhabarkan amat lumayan.   Apa tidaknya atas nama kerjasama swasta dan kerajaan dan inisiatif pembiayaan swasta, dua buah syarikat yang sangat dibela oleh menteri yang berkaitan seolah-olah berlumba-lumba untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) mereka. Setakat ini lebih 10,000 saman telah dijelaskan daripada 274,000 yang dikeluarkan, mungkin ini isyarat bagaimana sistem AES sebenarnya adalah protes senyap rakyat terhadap sistem ini. Akhir-akhir ini banyak unsur ‘dramatik’ dalam bisnes saman ini, sama seperti ‘twist’ dalam filem.   Yang terkini adalah apabila Jabatan Peguam Negara mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan.   Anehnya pembekuan ini tidak meliputi sistem operasinya, ini bermakna bahawa sistem ini akan terus beroperasi dan notis saman tetap akan dikeluarkan. Insiden penerimaan saman dan nombor kenderaan yang tidak sama adalah sat

SOKONG MEMBAWA REBAH

Sekurang-kurang itulah sebenarnya tanggapan umum  apabila membaca tulisan mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam akhbar Utusan Malaysia 10 Disember yang lalu. Amat malang, tulisan ini adalah oleh seorang mantan menteri, wartawan dan editor kanan.   Mungkin inilah realiti sebenarnya seorang menteri dalam kerajaan Barisan Nasional yang begitu terdesak. Ini bukan kali pertama, mantan menteri itu ‘merapu’ malah dalam zaman pemerintahan Pak Lah, juga menteri ini pernah dipinggirkan kerana ‘kenyataan’ yang dianggap ‘beban’ kepada kerajaan. Tulisan mantan menteri yang mengulas kehadiran mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie atas undangan Kerajaan Negeri Selangor amat memalukan.   Tulisan ini yang dilihat seperti usaha ‘mengampu’ kerajaan sedia ada seperti sokong membawa rebah pula. Ketika Perdana Menteri sedang giat berusaha ‘memarmarkan’ hubungan diplomasi dan semangat serumpun di antara dua buah negara, apatah lagi selepas pelbagai isu seperti isu pemban

JELAJAH & JAJAH BUDAYA

Apabila sebuah persatuan yang biasa-biasa dengan agenda yang luar biasa mengemukakan kertas cadangan bagi menganjurkan pelbagai kegiatan budaya dalam sebuah negeri maju, yang peruntukan memotong pokoknya lebih daripada peruntukan budaya, maka kertas cadangan diterima tanpa bantahan oleh pemimpin tertinggi negeri tersebut. Antara yang dicadangkan oleh persatuan biasa-biasa dengan agenda kebudayaan luar biasa adalah menganjurkan siri Jelajah Budaya sebagai satu platform ‘merakyatkan budaya’.    Siri ini dirancang untuk diadakan di setiap daerah dalam negeri Selangor, selain itu dalam setiap siri Jelajah di setiap daerah nanti pula akan dikenalpasti tokoh-tokoh yang akan diangkat sebagai Tokoh Budaya Daerah. Siri pertama telah berlangsung pada 10 & 11 November 2012 yang lalu dengan sokongan padu oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Modal Insan Selangor, YB Dr. Hajah Halimah Ali.   Walaupun mendapat sokongan padu seorang exco, namun masalah peruntukan yang di

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN

Sejarah ditulis oleh pemenang –benarlah aksioma ini apabila peristiwa demonstrasi Baling yang terjadi pada 3 Disember 1974 seolah-olah tidak dicatat dalam lipatan sejarah negara.   Rundingan Baling, peristiwa Memali antara yang mewarnai daerah Baling di Kedah. Peristiwa demonstrasi Baling yang melibatkan ribuan mahasiswa institusi pengajian tinggi negara khususnya pelajar dari Universiti Malaya (UM)   dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah rentetan daripada kebangkitan   penduduk miskin di Baling dinafikan hak mereka sebagai rakyat di sebuah negara merdeka. Pada 10 Disember yang lalu, program Syarahan Baling telah diadakan dalam sebuah auditorium yang penuh bagi mengimbau kembali peristiwa demonstrasi di Baling pada tahun 1974. Rupanya ramai yang tidak sedar kebangkitan rakyat di Baling, hal ini adalah mudah kerana negara yang telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional seperti tidak mahu rakyat khususnya generasi muda mengetahui mengenai kebangkitan rakyat di

TAMU DARI MEDAN PERANG & BURUNG CAMAR

Imej
Memang sudah lama saya tidak menonton teater, sebabnya mudah kerana tidak banyak persembahan teater di ibu kota, malah Istana Budaya yang dibanggakan lebih seronok mempersembahkan teater muzikal atas nama komersil. Poster Tamu Dari Medan Perang & Neerparavai  Malah ketika ketandusan menonton teater dalam erti sebenarnya, saya kadang-kadang seperti ketagih, malah menonton apa sahaja asalkan ianya teater dalam erti sebenarnya. Ketika dipanjangkan jemputan dan hebahan mengenai persembahan teater Tamu Dari Medan Perang (TDMP)  karya Dinsman oleh para pelajar Jabatan Drama Universiti Malaya, saya segera sahaja mahu menontonnya, kerana ketagihan terhadap persembahan teater selepas sekian lama. Tamu Dari Medan Perang (TDMP) pernah dipentaskan oleh penulisnya pada tahun 2006 di Stor DBP (apa malangnya teater Melayu hanya layak dipentaskan di stor berbanding istana). Teater ini memperlihatkan sikap ‘tidak apa’ ‘tidak peduli’ ‘tidak ambil tahu’ para pemimpin negara Isl