MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN


Sejarah ditulis oleh pemenang –benarlah aksioma ini apabila peristiwa demonstrasi Baling yang terjadi pada 3 Disember 1974 seolah-olah tidak dicatat dalam lipatan sejarah negara.  Rundingan Baling, peristiwa Memali antara yang mewarnai daerah Baling di Kedah.

Peristiwa demonstrasi Baling yang melibatkan ribuan mahasiswa institusi pengajian tinggi negara khususnya pelajar dari Universiti Malaya (UM)  dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah rentetan daripada kebangkitan  penduduk miskin di Baling dinafikan hak mereka sebagai rakyat di sebuah negara merdeka.

Pada 10 Disember yang lalu, program Syarahan Baling telah diadakan dalam sebuah auditorium yang penuh bagi mengimbau kembali peristiwa demonstrasi di Baling pada tahun 1974.

Rupanya ramai yang tidak sedar kebangkitan rakyat di Baling, hal ini adalah mudah kerana negara yang telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional seperti tidak mahu rakyat khususnya generasi muda mengetahui mengenai kebangkitan rakyat di Baling.  Ironinya peristiwa di Baling adalah rentetan ‘penipuan’ oleh kerajaan kepada rakyat miskin bandar di Johor iaitu di Tasik Utara.

Bayangkan para penduduk yang digalakkan menetap di kawasan yang didirikan rumah beberapa bulan lalu tiba-tiba menjadi gelandangan sebulan selepas Pilihanraya Umum 1974, iaitu dalam bulan puasa, anehnya kampung yang diruntuhkan itu dinamakan Kampung Barisan Nasional!

Peristiwa Baling 1974 menyaksikan ramai pelajar universiti yang ditahan ekoran demonstrasi tersebut, antaranya  pemimpin pelajar ketika itu seperti Anwar Ibrahim, Kamaruzaman Yaacob, Idris Jauzi manakala Hishamuddin Rais telah berjaya melarikan diri ke luar negara.

Tidak banyak catatan rasmi mengenai peristiwa Baling 1974 ini, namun rakaman ini adalah sebahagian daripadanya.

 “Pada November-Disember 1974, berlaku Peristiwa Baling. Pada 19 November 1974, lebih 1,000 orang petani yang miskin di Baling mula mengadakan demonstrasi. Pada 21 November, jumlahnya menjadi lebih 13,000 orang dan menjadi 30,000 pada 1 Disember. Seramai 5,000 orang mahasiswa mengadakan demonstrasi pada 3 Disember di Kuala Lumpur sebagai menyokong nasib mereka dan mendesak kerajaan supaya dengan segera menyelesaikan masalah inflasi; menaikkan harga getah ke tahap yang munasabah; dan, mendedahkan dan menghukum semua Menteri dan Menteri Besar yang rasuah. Seramai 1,128 orang mahasiswa telah ditahan.”

Kalau Saya Mahasiswa – Saifuddin Abdullah

Walaupun Akta Kolej dan Kolej Univeristi (AUKU) telah diperkenalkan pada 18 Mac 1971 lagi, namun peristiwa Baling telah memberikan kesan yang hebat sehingga pindaan terhadap seksyen AUKU 1971 telah diluluskan oleh Parlimen pada 8 April 1975 yang menghalang penglibatan para mahasiswa dalam isu-isu rakyat seperti di Baling dan Tasik Utara.

Syarahan Baling adalah satu usaha bagi memberikan gambaran sebenar peristiwa Baling dan rentetan peristiwa Tasik Utara, apa yang dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) adalah satu usaha pencerahan tentang pelbagai dasar oleh Kerajaan yang telah lebih setengah abad memerintah Malaysia.

Kebangkitan rakyat di Baling sebenarnya adalah manifestasi apa yang sedang berlaku akhir-akhir ini khususnya selepas tahun 1998 yang menyaksikan peristiwa reformasi di ibu kota.  Walaupun negara sedang melangkah menjadi negara maju menjelang tahun 2020, namun isu-isu seperti perumahan, inflasi, kenaikan harga barangan masih menjadi dasar dan rungutan berterusan dalam kalangan rakyat negara ini. 

Selepas 38 tahun, walaupun Baling secara fizikalnya telah dijalari pembangunan ‘kosmetik’ apakah ada para pemimpin kerajaan yang berani mendabik dada bahawa tidak ada rakyatnya yang masih lagi di bawah paras  kemiskinan!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
peristowa Tasek Utara tidak pernah dgr pun..mgkn tn ks..boleh bg mkumatnya..
barajiwa berkata…
Insyallah, kita usahakan sesuatu di Kampung BN itu. Semasa kita di Seri Tiram Jaya, ada sahabat yang memberikan komen, yang saya kira, cukup menarik. Komen tentang betapa 'mudahnya' membeli seorang Melayu itu - pastikan seorang Melayu itu terhutang budi.

(Kata sahabat ini, pengaruh termakan@terhutang budi itu tersangatlah jelas kelihatan dalam tradisi menghulurkan sebatang rokok kepada seorang Melayu - apatah lagi yang menghulurkannya sebatang rokok itu Orang Besar. Sehingga ke liang lahad pun seorang Melayu akan terhutang budi kerana sebatang rokok itu).

Kaedah dan cara jawatan PM itu digilir-gilirkan juga kelihatannya besar dipengaruhi penyakit terhutang budi ini. Apakah benar bahawa kita, rakyat Malaysia diberikan pemimpin kerana ada orang yang terhutang budi?

Apakah kaitan peristiwa Baling dan Kampung BN di Johor ini dengan cerita terhutang budi ini? Pengajarannya ialah orang-orang Melayu sewajarnya sudah cukup sedar bahawa selama ini betapa mudahnya mereka ditipu dan tertipu oleh manupulasi penyakit terhutang budi ini di kalangan mereka!

Wallahuaklam.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU