Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

MELAKA TANPA POLISTERIN & PLUS TANPA ROKOK!

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana mengambil pendirian tegas untuk mengharamkan pengunaan bekas makanan polisterin.  Walaupun pada peringkat permulaan larangan ini hanya dikuatkuasakan terhadap semua kafe di bangunan kerajaan, premis makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini bermula 15 Mei depan. Dengan kesedaran umum mengenai ‘teknologi hijau’ memang sewajarnya Kerajaan bersungguh melaksanakan usaha-usaha menjadikan alam sekitar kita lebih lestari.  Bekas makanan polisterin memang diketahui sukar diurai dan bakal menjejaskan alam sekitar. Khabarnya larangan ini adalah fasa pertama program ‘Melaka Tanpa Polisterin’.  Fasa berikutnya akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula September tahun ini, sebelum diperluaskan ke semua premis makanan di seluruh Melaka termasuk bangunan swasta. Alternatif bagi bahan polisterin adalah galakkan untuk menggunakan bekas makanan jenis biodegradasi dan mudah diurai seperti yang diperbuat daripada hampas tebu dan jagung

FLIP FLOP KASTAM & SKMM PRO TELCO

Tidak pasti sama ada Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) adalah jurubicara rakyat atau mereka sebenarnya mewakili syarikat telekomunikasi. Setelah sebulan Cukai Barang & Perkhidmatan (CBP) berkuatkuasa, rupanya SKMM masih memberikan ruang untuk syarikat telekomunikasi menjalankan ‘kajian’! Hampir sahaja saya gelak berguling-guling bagaimana agensi seperti SKMM hanya menjadi ‘budak belasahan’ syarikat telekomunikasi yang tidak sampai bilangan jari satu tangan sahaja. Asalnya, kad prabayar dicadangkan tidak akan mengalami perubahan harga dan pengguna tidak perlu mengeluarkan bayaran tambahan bagi pembelian kad prabayar.   Itu, lapan belas bulan yang lalu ketika heboh tarikh GST akan mula dikuatkuasa. Realitinya, pada 1 April yang lalu, pertemuan dengan syarikat telekomunikasi dan Kementerian Kewangan dilakukan dan hasilnya, adalah syarikat telekomunikasi bertegas untuk melaksanakan penjualan kad prabayar ditambah dengan nilai 6% GST. Apabila K

CALON KITAR SEMULA & CALON KEMARUK

Saya benar-benar terkedu dengan pemilihan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon pilihan raya kecil P44 Permatang Pauh. Bukan kerana kredibilitinya sebagai calon, tetapi lebih kepada ‘kemaruk’nya untuk mewakili parlimen   Permatang Pauh yang pernah disandangnya sejak 1999 sehinggalah Julai 2008, kerana memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas itu, namanya tidak lagi tercatat sebagai ahli Parlimen mahupun ADUN, namun pada tahun 2014, nama Datin Seri Wan Azizah kembali menjadi sebutan selepas peristiwa Langkah Kajang di mana, pilihanraya kecil diadakan berikutan DUN Kajang yang dikosongkan. Dengan tanggungjawab sebagai ADUN Kajang, saya tidak terfikir, kewajaran PKR mencalonkan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh.  Memang tidak dapat dinafikan bahawa Permatang Pauh adalah lubuk kepada PKR khususnya kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Namun pemilihan calon pada kali ini tentulah mengundang pelbagai persoalan. Ramai yang

DI BAWAH LINDUNGAN GIESTI

Sengaja saya tidak menyentuh mengenai cukai barangan yang dkuatkuasakan pada 1 April yang lalu.  Sengaja saya memilih untuk melihat reaksi semua mengenai GST yang digunapakai oleh lebih 100 negara di dunia. Pada 1 April yang lalu, GST berkuatkuasa dengan pelbagai jaminan oleh kerajaan dan para pemimpin (baca: BN).  Dikhabarkan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, diatas kertas memanglah seperti tiada beban kepada rakyat, namun jangan lupa secara asasnya tiada satu cukai di dunia ini pun yang disenangi rakyat! Dengan pengumuman lebih 18 bulan bagi menyiapkan kerajaan menguatkuasakan GST, pada hari pertama sahaja lebih 4500 aduan diterima mengenai GST.  Jika diambilkira dalam indeks penyelidikan, bagi setiap aduan akan terdapat 10 lagi aduan yang tidak dilaporkan. Ini bermakna pada hari pertama sahaja akan ada 50,000 aduan. Adakah kerajaan akan menyiasat mengenai semua aduan ini. Selain itu, terdapat kekeliruan terhadap perkhidmatan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi