DI BAWAH LINDUNGAN GIESTI

Sengaja saya tidak menyentuh mengenai cukai barangan yang dkuatkuasakan pada 1 April yang lalu.  Sengaja saya memilih untuk melihat reaksi semua mengenai GST yang digunapakai oleh lebih 100 negara di dunia.

Pada 1 April yang lalu, GST berkuatkuasa dengan pelbagai jaminan oleh kerajaan dan para pemimpin (baca: BN).  Dikhabarkan bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, diatas kertas memanglah seperti tiada beban kepada rakyat, namun jangan lupa secara asasnya tiada satu cukai di dunia ini pun yang disenangi rakyat!

Dengan pengumuman lebih 18 bulan bagi menyiapkan kerajaan menguatkuasakan GST, pada hari pertama sahaja lebih 4500 aduan diterima mengenai GST.  Jika diambilkira dalam indeks penyelidikan, bagi setiap aduan akan terdapat 10 lagi aduan yang tidak dilaporkan. Ini bermakna pada hari pertama sahaja akan ada 50,000 aduan. Adakah kerajaan akan menyiasat mengenai semua aduan ini.

Selain itu, terdapat kekeliruan terhadap perkhidmatan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang sebelum ini dikhabarkan akan menyerap cukai 6% GSTnya.  Sebelum kuatkuasa GST, kerajaan (baca:BN) berjanji bahawa cukai 6% GST tidak akan dikenakan terhadap kad tambahnilai prabayar.  Namun, hal ini tidak menjadi kenyataan sehingga Pemuda GERAKAN menuntut kerajaan memenuhi janji ini.

Khabarnya, keputusan mengenakan 6% cukai GST dibuat selepas pertemuan ketua eksekutif syarikat-syarikat telekomunikasi dengan pihak Kastam DiRaja.  Maka selepasnya, pengguna yang membeli kad prabayar berharga RM10 perlu membayar RM10.60.  Jelas sekali, hal ini bercanggah dengan jaminan kerajaan mengenakan GST dan kenaikan harga. 

Walaupun syarikat telekomunikasi berjanji pengguna akan mendapat tambahan nilai dalam kad prabayarnya.  Soalnya, walauapapun jelas, kerajaan telah mengabaikan janji kepada rakyat berbanding mengikut telunjuk syarikat telekomunikasi.

Adakah ini menunjukkan kerajaan (baca:BN) tidak mampu mengawal syarikat telekomunikasi yang tidak sampai 10 sahaja?  Adakah akan berlaku lagi flip-flop dalam hal berhubung GST dan syarikat telekomunikasi.  Tidak cukupkah masa yang diberikan selama 18 bulan untuk menangani isu GST untuk perkhidmatan dan produk oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

GST yang bermula 1 April yang lalu, menjadi momokan para pengguna media sosial.  Walaupun sebelum ini, pengguna membayar dua cukai yang berasingan dengan kadar yang lebih tinggi daripada 6% sekarang ini, namun tiada banyak rungutan seperti sekarang ini.  Adakah implementasi GST di negara kita berbeza daripada lebih 100 negara lain di dunia yang lain memungkinkan rakyat bersungguh-sungguh menolak GST?

Selain itu, dikhabarkan pula bahawa kerajaan memberikan tarikh sehingga penghujung April untuk peniaga-peniaga menggunakan resit bercetak menggantikan resit bertulis.  Adalah menjadi bahan lawak jika GST yang diluluskan di dalam Parlimen dan dihebahkan begitu meluas, namun para peniaga seolah-olah buat ‘tak tahu’ terhadap hal-hal yang berkaitan dengan operasi ini. 

Malah dikhabarkan pula jika para peniaga masih mempunyai resit bertulis yang masih banyak,boleh pula menggunakan sehingga penghujung September 2015!  Adakah ini bukti bahawa GST seolah-olah akan kurang penguatkuasaannya.

Ironinya, pihak pembangkang berterusan menentang cukai regresif GST dengan pelbagai kaedah dan program.

Jika benar seperti yang dikhabarkan oleh pembangkang bahawa cukai GST yang regresif ini membebankan rakyat maka sewajarnya meletakkan ‘menghapuskan GST’ sebagai agenda utama dalam manifesto mereka.

Cukai GST yang telah digunapakai di lebih 150 buah negara tidak mungkin silap begitu juga di Malaysia, yang penting adalah penguatkuasaan dan ketelusan dalam memberikan input berhubung cukai ini.

Hentikanlah kenyataan ‘bangang’ dan separa bodoh para pemimpin (baca: BN) yang menghebahkan kepada rakyat bahawa GST tidak akan membebankan rakyat!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?