Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

ADAB BERGURU

Imej
Gambar dari akhbar The Star - http://thestar.com.my benar-benar menyentuh naluri saya! Saya sedikit tersentuh melihat foto jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan teman wanitanya pemain beregu negara Wong Mew Choo mengunjungi jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek yang terlantar sakit di Hospital Tawakal. Saya teringat kisah isteri saya, seorang guru ketika mengajar di sebuah sekolah menengah di ibu kota beberapa ketika dahlulu, ialah bagaimana pelajar-pelajar bukan Islam khususnya dari kaum China begitu menghormati guru-guru mereka dan ironisnya pelajar-pelajar Islam pula menjadi ‘bongkak’ selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seolah-olah kejayaan mereka itu adalah kejayaan total mereka. Pelajar-pelajar bukan Islam pula akan terus menghormati guru-guru mereka walaupun isteri saya telah tidak lagi mengajar mereka, rasa hormat sentiasa terpahat dalam diri mereka. Saya amat yakin, semua agama di dunia menyenaraikan hormat kepada ibu bapa, guru dan orang-o

NEGARA RESOLUSI

Sajak ini tidak mungkin tersiar dalam akhbar arus perdana! Akhiran yang rasanya sesuai untuk penghujung tahun 2008. Nikmati. negara resolusi (apologi buat saudara seislamku – hishamuddin hussein) saban hari saban minggu saban bulan saban tahun lelaki itu dari janggut sejemput hingga sepanjang bayi delapan hari dia terus berdiskusi berseminar bersidang bermultaqa acapkali di bawah pokok ketapang dengan teman-teman sealiran rakan seangkatan sambil menghirup teh tarik atau terkadang kopi tawar ketika negara dilanda krisis gula sambil mengulangbaca resolusi empat belas perkara terkadang pula di hotel tiga atau empat bintang menghadiri seminar bertaraf kebangsaan dirasmi datuk menteri sambil dalam ucapan berapi menyeru peserta menghasil resolusi yang mampu menganjak generasi! selepas tiga hari dua malam berkurung diri dalam hotel mewah dibiayai dana kerajaan timbalan menteri penuh istiadat menerima resolusi dua puluh satu perkara antaranya: memperkasa bahasa kebangsaannya! lelaki itu dalam

KEGANASAN ISRAEL LAKNAT!

Imej
(Gambar-gambar dari Aljazeera) Untuk kesekian kalinya, bumi Palestin bermandi darah, menurut laporan 220 terbunuh manakala 400 yang lain cedera, apabila Israel (baca: Israel laknat) melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Genting Gaza. “Sedang saya menulis rencana ini, jet-jet Israel sedang mengebom kawasan-kawasan sekitar Zeitoun dan Rimal di tengah-tengah Bandar Gaza. Keluarga yang saya tinggal bersama telah berpindah ke bahagian tengah serambi rumah mereka demi mengelakkan dari dibom. Tingkap hampir sahaja musnah berikutan letupan kuat menggegar rumah tersebut. Siren berbunyi kuat di jalanan. Bekalan elektrik yang terputus menjadikan bandar ini gelap gelita saban malam dan malam ini juga tidak terkecuali melainkan penduduk di sini merasakan malam ini adalah yang paling gelita pernah mereka tempuhi. Lebih 220 orang terbunuh dan lebih 400 yang lain pula cedera dalam serangan mengejutkan Gaza yang berlanjutan lebih 15 minit. Hospital menjadi sesak dan tidak mampu menampung. Seran

50 DAYS

Imej
Kulit buku 50 Days Marina Mahathir dengan teman-teman blogger: Minaq Jinggo (minaq-jinggo.fotopages.com) & Engku Emran (eeblog08.blogspot.com) ketika menghadiri Himpunan 100 Hari Para Bloggers - July 2008 Tiba-tiba sahaja kisah penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) menjadi senyap dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menangguhkan penswastaannya. 50 Days sebuah kisah bagaimana seorang anak menjadi penghubung mengenai kesihatan seorang bapa yang menjalani pintasan jantung buat kali kedua. Menariknya bapa tersebut adalah YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri yang kita kasihi. Marina Mahathir lewat blognya http://rantingsbymm.blogspot.com/ yang bermula dengan posting pertama pada 5 Disember 2006, telah secara bijaksana menggunakan blog nya untuk berkongsi maklumat mutakhir mengenai keadaan kesihatan ayahnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia. Sesuai dengan judulnya 50 Days – ialah himpunan catatan selama 50 hari Tun Dr. Mahathir be

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?

Imej
Si penggali kubur tidak pernah mendoakan kematian siapa pun! Beberapa hari lalu saya menerima pesanan ringkas dari seorang teman, mengenai sebuah nama yang teman tersebut berurusan dalam kerjanya. Tiba-tiba sahaja saya mengucap syukur kepada arwah orang tua saya kerana memberikan nama yang baik kepada saya. Sewaktu kecil saya adalah anak manja ayah saya: yalah yang paling menyusahkan, yang sering sakit, yang sering menangis, yang sering berbelanja besar dan pelbagai lagi kesulitan – termasuk membuli ayah saya! Dan dalam masa tersebut saya menjadi ‘broker’/jurucakap kepada abang-abang saya – ialah ayah saya tidak pernah menolak permintaan saya hatta menolak permintaan abang-abang saya yang disampaikan oleh saya. Senarainya panjang – daripada membeli buku baru, meminta duit yang diminta cikgu, pergi rombongan, nak pergi rumah kawan, nak pergi klinik, nak beli ‘boot’ bola yang baru dan pelbagai permintaan lagi. Dengan persekitaran berkedai – semangat keusahawanan telah mulai menyubur dal

MAAL HIJRAH 1430 vs TAHUN BARU 2009

Imej
"aku mencintai mu seperti ini, setahun 365 hari (masihi lagi) berdenyut tak berhenti dan menyerah dalam bakti!" Pada 29 Disember nanti kita akan menyambut Maal Hijrah 1430 dan beberapa hari selepas itu pula tahun 2009 akan menjelang. Sejak dua minggu lalu saya dihujani pelbagai soalan mengenai azam tahun baru 2009, malah tiada langsung mengingati tahun Hijrah 1430. Seingat saya, telah menjadi amalan saya menulis tarikh hijrah bersebelahan dengan tarikh masihi dalam semua urusan termasuk surat menyurat oleh saya. Adakah sambutan Maal Hijrah di Negara ini dipandang sepi, malah penyertaan para pemimpin pada sambutan Maal Hijrah seperti tempelan berbanding sambutan Tahun Baru masihi- saya teringat beberapa tahun lalu, seorang pemimpin tinggi Kerajaan berkejar dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi menyambut tahun baru. Ironisnya sambutan Maal Hijrah hanya sekadar biasa-biasa sahaja (mungkin mengambil pendekatan sederhana selaras dengan prinsip Islam Hadhari!). Sambutan Tahun

SANTAI HARI NATAL - PERTEMUAN PENULIS & AKTIVITIS SENI SELANGOR

Imej
Tuan Hj. Saring Sirad (Ismas Saring) Kartunis Zunar Sdr. Sani Sudin (Kopratasa) Sdr. Dinsman & Dr. Ibrahim Ghaffar YB Puan Rodziah Ismail - Exco Selangor Apa yang diminta bukanlah hak Kerajaan tetapi hak rakyat yang sebahagian mereka adalah budayawan dan seniman. Anggapan bahawa sikap meminta-minta dari Kerajaan sebenarnya ialah meminta hak seniman dan budayawan dikembalikan kepada yang berhak. Menangani isu budaya dan kesenian bukan sekadar menuntut kesungguhan budaya yang tinggi ( cultural will ) malah juga mendambakan iltizam politik ( political will ). Sdr. Zunar mempersoalkan perihal iltizam di kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Selangor sendiri. Menguit bajet seperti mengait rambutan bila diperlukan tentulah menggambarkan bahawa kebudayaan dan kesenian di mata Kerajaan adalah bersifat jangka pendek dan bukan perancangan jangka panjang sejajar dengan hasrat kerajaan PR membangunkan modal insan. Sdr. Dinsman, Pengerusi PAKSI – dalam kertas kerjanya b

JUALAN AKHIR TAHUN GERAKBUDAYA

Imej
Penerbit dan pengedar buku, Gerakbudaya akan meneruskan tradisi saban tahun dengan menawarkan buku-buku bermutu terbitan dan edaran mereka dengan harga diskaun. Diskaun tidak terhad hanya pada buku-buku lama, malah buku-buku terbaru juga. Jualan ini akan berlangsung dari 26 – 28 Disember 2008 . Buku-buku berkaitan sains sosial yang meliputi subjek politik, ekonomi, gender, pengajian Malaysia & Asia, isu-isu global dsb. Selain itu, karya-karya fiksyen dan buku-buku dari Indonesia serta banyak lagi juga ada dijual. Gerakbudaya berlokasi di 11, Lorong 11/4E 46200 Petaling Jaya Selangor berdekatan dengan Hospital Universiti. Hubungi 03-7957 8342/8343 atau 019-389 3804 untuk bercakap dengan Zulhabri atau 016-379 7231 dengan Pak Chong.

BILIK SULIT

Imej
"Saya tahu apa yang suami saya lakukan. Suami saya tahu apa yang dia lakukan. Polis tidak perlu putarbelitkan. Suami saya tak makan tipu". Ini antara dialog isteri tahanan ISA dalam teater Bilik Sulit . Harbes Corpus, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Ikut Suka Aku, Rompin, Bar Raba-Raba, Itu Siksaan Aku, Melayu, Islam, Mahathir, Razak Baginda, C4, itu antara ungkapan dalam teater : Bilik Sulit . Dipentaskan sempena Hari Hak Asasi Antarabangsa oleh Teater Bukan Teater dengan kerjasama Majlis Peguam. Bilik Sulit ditulis dan diarahkan oleh Hishamuddin Rais , arahan bersama Mislina Mustafa yang turut berlakon sebagai isteri tahanan ISA. Bilik Sulit sebuah pementasan yang memaparkan kisah soalsiasat tahanan ISA oleh pihak polis berdasarkan kisah benar dan testimoni tahanan ISA sendiri. Dengan prop dan tatacahaya yang sederhana serta set yang ringkas, Bilik Sulit sebenarnya sebuah drama kata-kata (word play) , empat orang sebagai pegawai polis yang mengendalikan soalsiasat, si tah

RAKYAT DULU UNTUNG KEMUDIAN

Imej
Kulit buku 'Rakyat Dulu Untung Kemudian' Tiba-tiba sahaja saya semacam diserang sakit jantung. Alhamdullillah setakat ini, saya masih dianggap sihat ataupun ‘clean bill of health’ tetapi ura-ura sebuah konglomerat berkaitan Kerajaan berhasrat mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) dengan membeli 51% kepentingan di dalam IJN, boleh menyebabkan siapa sahaja diserang sakit jantung serta merta. Ular yang menyusur akar tidak mungkin kehilangan bisanya! Agaknya konglomerat berkenaan nampak duit sahaja setiap kali tuan-tuan besarnya mengurut dada, sama seperti mengepam minyak dari pokok kelapa sawit – tiada yang mustahil, dengan hubungkait yang macam isi dengan kuku. Saya percaya pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri tepat pada masanya dan amat berharap bahawa pengambilalihan ini bukan sahaja akan ditangguhkan malah akan dibatalkan sama sekali. Syabas dan tahniah di atas pendirian Kerajaan berhubung perkara ini. Saya kurang yakin bahawa isu penswastaan IJN sebenar-benarnya t

RAKAMAN KEMBARA

Imej
Saya baru sahaja kembali dari kembara ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, menghabiskan 1600 minit menjadi pendengar dan pengamat yang setia. Saya sengaja tidak mahu menulis mengenai kembara ini atas sifat peribadi, namun rakaman dua gambar di bawah mungkin akan lebih bermakna jika dapat dikongsi untuk manfaat semua. Renungkanlah! (Kain rentang ini saya temui dalam perjalanan balik di Pekan Masjid Tanah) (Ini ditemui di Pantai Tanjung Bidara - surau pelancong (an)nya ? lebih layak dipanggil tandas!)

MENCARI KEBAHAGIAAN 2

Imej
Petikan dari ruang BUKA MINDA dalam Majalah MIDI, 15 Dis 2008 . Siapakah orang yang bahagia:- Orang yang dapat sediakan waktu untuk MEMBACA kerana ia SUMBER HIKMAH Orang yang dapat sediakan waktu TERTAWA kerana ia MUZIK JIWA Orang yang dapat sediakan waktu untuk BERFIKIR kerana ia POKOK KEMAJUAN Orang yang dapat sediakan waktu untuk BERAMAL kerana ia PANGKAL KEJAYAAN Orang yang dapat sediakan waktu untuk BERSENDA kerana ia membuat kita MUDA SELALU dan yang paling UTAMA ialah Orang yang dapat sediakan waktu untuk BERIBADAT kerana ia IBU SEGALA KETENANGAN JIWA Catatan Kaki: Petikan di atas ialah yang disediakan oleh SIS dalam komennya. Terima kasih. Perkongsian yang diharap mampu memberi manfaat kepada semua.

BLOG, BLOGGER, PEMBACA, KOMENTAR = KAKI SAKAT

Imej
SIS : Tuan KS jarang jawap kpd komen2 peminat KS ..Jwpla sekurang2nya gembira gak hati peminat2 KS.. Salam kepada semua peminat/pengunjung/pembaca/komentar. Blog ini mengam bil pendirian untuk tidak menjawab atau mengulas komen-komen dari peminat Kaki Sakat (sekurang-kurangnya pada masa ini) bagi mengelakkan polemik yang berpanjangan mengenai sesuatu isu, tujuan blog ini selain berkongsi pandangan ialah bagi mewujud budaya kritis dan berfikir di kalangan pengunjungnya, di samping menjadi wadah penambahbaikan kepada pihak-pihak berkenaan terhadap sesuatu isu yang dipaparkan. Blog ini juga (sekurang-kurangnya pada masa ini) mengambil pendirian untuk tidak menapis dan menepis sebarang komentar yang diutarakan oleh pengunjung bagi membudayakan sikap bertanggungjawab - akauntabiliti. Blog ini tidak mampu menggembirakan semua pihak kerana maksud dan idea blog ini berhala tuju yang positif. Selamat menikmati! Jutaan Terima Kasih di atas sokongan semua.

APA KHABAR PARA IMIGRAN?

Imej
Cuba renungkan kehidupan sekeliling kita: di rumah kita mungkin ada pembantu rumah dari kalangan warga asing mungkin dari Indonesia, Filipina atau mungkin juga pembantu rumah dari Negara China. Bila kita pergi mengisi minyak kenderaan, kita berhadapan lagi dengan pembantu jualan atau pam atendan, juga dari kalangan warga asing – mungkin Indonesia, Nepal atau Bangladesh. Melangkah sahaja ke pejabat, hatta pejabat Perdana Menteri sekali pun, lihatlah siapa yang melakukan kerja-kerja pembersihan – mungkin dari kalangan warga Indonesia dan Bangladesh. Bila kembali dari kerja dan melihat taman penuh dengan lalang yang meninggi, kita pun usahakan si pemotong rumput – siap dengan kad nama: YOUSOUP SULTAN – PUTUNG ROMPUT- warga Pakistan! Apabila keluar dari pejabat untuk sesekali menjamu kari kepala ikan, kita pun mungkin menambah kantung si mamak yang menggaji pekerja-pekerja dari India pula. Senarainya mungkin berterusan: si tukang gunting, pekerja di pasaraya besar, pekerja binaan, pekerja

MENCARI KEBAHAGIAAN

Imej
(Datuk Dr. Hashim Abdul Wahab (kanan) ketika berusia 65 tahun (2003) menyertai acara berbasikal demi keamanan Peace Through Tourism: 2003 Seoul Beijing Bicycle Tour) Apa lagi yang diimpikan oleh seseorang insan, apabila usia telah menjangkau hampir tujuh dekad. Apatah lagi apabila kerjaya dan keluarga telah mencapai tahap kemuncak – ‘pinnacle of life’ – hanyalah mencari dan mengecapi kebahagiaan. Minggu lepas, sahabat editor saya – Sdr. Rozlan Mohd Noor ( http://www.celikhuruf.blogspot.com/ ) memberikan senaskhah buah tangan terbarunya – Mencari Kebahagiaan karya Hashim Abdul Wahab . Tajuk kecilnya – ‘Memoir seorang ahli pertanian, pengurus penyelidik, pengembara, pekerja kemasyarakatan dan pemimpin korporat’. Apabila saya pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha yang lalu, saya terus menghayati tulisan dalam buku terbitan Utusan Publications & Distributors ( http://www.mybooks.com.my/ ) setebal 414 halaman. Terbahagi kepada 14 bab yang tidak sekata kerana ada bab yang agak p

BOLA SEPAK KITA, MARUAH KITA!

Imej
Saya bukanlah peminat nombor wahid permainan bola sepak khususnya yang melibatkan penyertaan negara ataupun pasukan tempatan. Namun begitu selepas SUKOM 98, dan hampir enam tahun selepas itu, saya berjiran dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil, hampir semua perlawanan besar yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil akan menjadi kemestian bagi saya anak beranak. Siapa yang boleh lupa perlawanan pasukan Malaysia menentang Manchester United atau perlawanan akhir Piala Malaysia saban tahun. Malah perlawanan akhir My Team menentang Pasukan Pilihan Malaysia juga tidak terlepas dari radar tontonan kami. Namun sejak dari anak sulong saya boleh berjalan sehingga sekarang dia berada di Tingkatan 1, seingat saya, ranking bola sepak negara sentiasa menurun jika adapun macam yoyo , kejap naik kejap turun, yang banyak adalah turunnya ranking kita. Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menuding jari untuk mencari kesalahan pihak mana pun, tetapi saya amat bersimpati dengan birokrat persatuan-persatuan

BLOG DAN PENDEMOKRASIAN DI MALAYSIA

Imej
Sebelum Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), para blogger mendominasi pelbagai gelaran sinis kerana pandangan dan kritikan mereka terhadap Kerajaan. Malah menurut Sdr. Rocky (Ahiruddin Attan) bahawa blogger yang dahulunya hanya dari kalangan anti Kerajaan, kini diseimbangi juga oleh para penyokong Kerajaan, siapa yang menyangka, Datuk Seri Dr. Khir Toyo, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Mohamamad Mat Taib (sekadar beberapa nama) berubah menjadi blogger juga! Menurut Dr. Wan Zawawi Wan Ibrahim seorang pengkaji dan antropolgis sosial, fenomena ‘blogging’ telah merubah senario politik di Malaysia, sekurang-kurangnya itulah yang dirumuskan oleh mereka yang memberikan pelbagai gelaran sinis kepada para blogger. Malah para blogger dianggap ‘penyumbang’ kepada kekalahan Barisan Nasional dan ‘penghijrahan’ empat negeri di bawah kekuasaannya ke tangan pembangkang. June-E Tan, penulis bersama buku ini dengan Dr. Wan Zawawi telah menjalankan kaji selidik mengenai fenomena ‘ blogging’ sebagai usaha

SALAM AIDIL ADHA

Imej
Gambar diambil dari: http://www.breastfeedingproject.com Salam Aidil Adha. Salam Hari Raya Korban. Salam Hari Raya Haji. Walauapapun cara pengucapannya. Saya mengharapkan semoga Aidil Adha ini akan lebih menginsafkan diri saya untuk sentiasa menghargai pengorbanan orang-orang di sekeliling saya tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, hubungan persaudaraan, kenalan mahupun musuh (sekiranya ada), pengkagum mahupun pengkritik (Alhamdulillah). Aidil Adha ini moga akan sentiasa menginsafkan kita semua terhadap pengorbanan semua pihak dari yang kita kenali sehingga yang tidak pernah kita temui (mungkin doa-doa orang jauh, doa-doa orang Islam kepada Islam yang lain). Seperti Obama berkorban untuk menempuh halangan ke persada kepimpinan di Rumah Putih atau Osama yang terus berkorban demi memastikan Islam terus bermaruah! Walauapapun, Selamat Menyambut Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban.

KHABAR DARI MERSING

Imej
Minggu lepas, 1 - 3 Disember, saya telah berkesempatan melakukan lawatan kerja dan peribadi ke Mersing. Selain melawat pusat-pusat pendidikan di daerah ini antaranya: MRSM Mersing, Institut Latihan Perindustrian Mersing (ILP) dan sekolah-sekolah di sekitarnya di samping Pejabat Pelajaran Daerah Mersing saya juga berkesempatan melawat tempat-tempat menarik sekitar daerah Mersing. Pusat Pumuliharaan Burung Kuang merupakan satu projek yang memfokuskan kepada pembiakan spesis burung kuang. Terdapat lima jenis burung kuang yang dibiakkan di sini iaitu: Kuang Raya, Merah Mata, Merak Pongsu, Ayam Pegar dan Merak Hijau. Sungguhpun Pusat ini ditutup kepada umum pada masa ini khususnya pada awal Disember kerana proses pengeraman burung-burung kuang yang akan terganggu. Namun, banyak maklumat disampaikan oleh para petugas di pusat ini mengenai habitat ini. Terima kasih kepada semua petugas khususnya En. Fauzi. Mersing memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Pantai Air Papan yang ser

ALAHAI TABUNG HAJI!

Imej
(Struktur syarikat Tabung Haji - sumber : www.tabunghaji.gov.my ) Sejak penubuhannya pada tahun 1966, Tabung Haji yang diilhamkan oleh Prof. DiRaja Ungku Aziz pada tahun 1963, telah berjaya membantu rakyat negara ini untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah. Tetapi apa yang mengecewakan ialah matlamat asal penubuhan Tabung Haji – dahulunya dikenali sebagai Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH) dan kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji atau Tabung Haji, ialah kegagalan memastikan tambang haji lebih kompetif berasaskan ‘economies of scale’ – makin ramai yang menunaikan haji berdasarkan populasi sesebuah negara misalnya pada tahun ini lebih 27,000 rakyat kita menunaikan haji melalui Tabung Haji, sepatutnya menjadi lebih murah dan bukan sebaliknya, namun hal ini tidak berlaku dan saban tahun Tabung Haji dilaporkan terpaksa menanggung subsidi bagi memastikan urusan haji para jemaah berjalan lancar. Perdana Menteri sudah bertukar sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Dato’ S