ADAB BERGURU

Gambar dari akhbar The Star - http://thestar.com.my
benar-benar menyentuh naluri saya!

Saya sedikit tersentuh melihat foto jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan teman wanitanya pemain beregu negara Wong Mew Choo mengunjungi jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek yang terlantar sakit di Hospital Tawakal.

Saya teringat kisah isteri saya, seorang guru ketika mengajar di sebuah sekolah menengah di ibu kota beberapa ketika dahlulu, ialah bagaimana pelajar-pelajar bukan Islam khususnya dari kaum China begitu menghormati guru-guru mereka dan ironisnya pelajar-pelajar Islam pula menjadi ‘bongkak’ selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seolah-olah kejayaan mereka itu adalah kejayaan total mereka. Pelajar-pelajar bukan Islam pula akan terus menghormati guru-guru mereka walaupun isteri saya telah tidak lagi mengajar mereka, rasa hormat sentiasa terpahat dalam diri mereka.

Saya amat yakin, semua agama di dunia menyenaraikan hormat kepada ibu bapa, guru dan orang-orang lebih tua dari kita sebagai satu keutamaan, namun kepercayaan masyarakat Cina menghormati guru (sifu) mereka ternyata begitu ditekan dan dituntut bagi menikmati kejayaan dalam hidup, lihat sahaja bagaimana para pelajar kaum Cina begitu memberi tumpuan kepada ‘alma matter’ mereka, tanpa perlu ada surat sokongan berjela-jela, surat rayuan dengan kepala surat pejabat Menteri atau perlu majilis untuk menerima serahan ‘mock cheque’ dari mereka.

Semua ini bertolak dari adab berguru yang begitu dipraktikan dan tidak hanya retorik. Kepada Lee Chong Wei, saya percaya anda juga telah dididik untuk menghormati dan menyanjungi guru anda, syabas!

Catatan Kaki: Doa kepada Datuk Misbun Sidek, moga akan cepat sembuh dan kembali ke gelanggang bagi menyemarak lagi anak muda seperti Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan, masih produktif dipenghujung pun,saya x kisah samada tuan telah punya isteri, kerana saya masih berharap tuan dpt memberi peluang kpd saya..setuju kita perlu adab berguru bagi mendapat keberkatan,harap tuan tidak tersinggung, saya benar-benar berharap..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, pelajar Islam mmg biadap dengan guru samada yg pandai atau tidak..penarapan adab berguru patut ditingkatkan..
Tanpa Nama berkata…
saya seorg gur mmg terasa pelajar Islam kurang meghormati/menghargai guru..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan..tidak semua pelajar Islam tidak menghargai jasa guru..nila setitik habis rosak susu sebelanga..saya amat menghargai jasa guru-guru yang pernah mengajar saya tidak kira apa bangsa sekali pun..juga penghargaan kepada tn ks yang pernah menjadi guru saya suatu ketika dulu..terima kasih Cikgu MNM..semoga jasa semua guru tidak kira bangsa apapun sentiasa dihargai.
Berburu ke padang dasar, dapat rusa belang kaki, berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi!

Mungkin juga ada salah silap guru di mana2. Tapi guru ... tetaplah guru. Yang memberi ilmu penyuluh hidup, yang wajib disanjung.

P/s : teringat syahdunya puisi SN Usman Awang!
Tanpa Nama berkata…
gambar hanyala sekadara gambar pd org biasa, gambar mampu menungkap seribu kisah pada yg berilmu, syabas tuan sakat
Tanpa Nama berkata…
Setuju dgn sis, bukan semua tidak menghormati guru, tapi mungkin tuan sakat sekadar memberi peringatan kepada yang kurang menghormati/menghargai guru mereka,saya melihat juga gambar ini di akhbar BH tapi tidak mampu melihat selain gambar sahaja, tapi tuan sakat telah mengangkat martabat sekeping gambar menjadi ilmu yang begitu berharga dengan pemikiran yang kritis..syabas tuan!Moga tahun baru ini impian saya menjadi nyata..
Tanpa Nama berkata…
Salam tuan rozlan: yg sebanrnya:

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Maaf..salam tahun baru kepada semua peminat blog KS. Idup tuan Sakat!
Tanpa Nama berkata…
salam tuan menarik penampilan baru 1430 H ..harap tuan sihat ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?