NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?

Si penggali kubur tidak pernah mendoakan kematian siapa pun!

Beberapa hari lalu saya menerima pesanan ringkas dari seorang teman, mengenai sebuah nama yang teman tersebut berurusan dalam kerjanya. Tiba-tiba sahaja saya mengucap syukur kepada arwah orang tua saya kerana memberikan nama yang baik kepada saya.

Sewaktu kecil saya adalah anak manja ayah saya: yalah yang paling menyusahkan, yang sering sakit, yang sering menangis, yang sering berbelanja besar dan pelbagai lagi kesulitan – termasuk membuli ayah saya! Dan dalam masa tersebut saya menjadi ‘broker’/jurucakap kepada abang-abang saya – ialah ayah saya tidak pernah menolak permintaan saya hatta menolak permintaan abang-abang saya yang disampaikan oleh saya. Senarainya panjang – daripada membeli buku baru, meminta duit yang diminta cikgu, pergi rombongan, nak pergi rumah kawan, nak pergi klinik, nak beli ‘boot’ bola yang baru dan pelbagai permintaan lagi.

Dengan persekitaran berkedai – semangat keusahawanan telah mulai menyubur dalam diri saya dan setiap permintaan tadi bukan tanpa upahnya, malah upah pun kadang-kadang terpaksa berhutang oleh abang-abang saya dan ironisnya hutang-hutang tersebut mesti dicatit oleh sipenghutang dan bukan sipiutangnya – kes buli la ni!

Selepas saya memasuki Tahap 2 persekolahan saya sekitar umur 11 atau 12 tahun, horizon pembacaan saya meluas dan antara buku yang saya baca ialah ‘1001 nama-nama Islam untuk anak’ – rasionalnya ialah buku tersebut milik seorang guru perempuan di kelas kami yang sedang sarat menunggu hari untuk bersalin – naluri ingin tahu saya yang tinggi (baca:menyebuk) sewaktu berada di meja guru – saya sempat mencari makna nama saya, masyaAllah nama saya bermaksud: penolong, yakni sepatutnya saya menjadi penolong kepada orang yang memohon bantuan dan menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.

Rasa bersalah menghantui saya: saya pun mengambil keputusan melupuskan semua hutang-hutang abang-abang saya dan tanya pula pada mereka ada apa-apa lagi permintaan kepada ayah saya pada masa itu, dan mereka pun pelik mengapa pulak jadi begini dan sejak saat tersebut saya sentiasa mengambil pendekatan untuk menolong siapa sahaja hatta orang yang tidak dikenali mahupun yang baru bertemu tanpa sebarang prasangka, walaupun pertolongan saya sering disalahguna dan menimbulkan kemudaratan kepada saya.

Catatan Kaki: Nama yang teman saya nyatakan memang mempunyai konotasi yang kurang enak yang membawa maksud suka marah-marah/melenting dalam bahasa Tionghua ataupun sejenis mee – ada siapa-siapa nak cuba jawab ke? Memberi nama yang baik kepada anak-anak adalah sesuatu yang sangat dituntut.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan- teman2 saya akan jg menjd pengnjung blog tuan.syabas kpd kepekaan tuan, nama mmbawa pengertian yg besar-masih tuan ingat nama saya? harapan saya (juga teman2)dpt menemui tuan...
Tanpa Nama berkata…
salam tuan sakat-saya setuju nama memainkan peranan besar kerana nama yg baik menjadi doa..teruskan usaha tuan, beruntungnya jadi anak manja!
Tanpa Nama berkata…
tuan sakat-nama sbnar tuan lebih indah dari nama sakat..sy penah trserempak dgn van bergambar dacing/sukat..dan apabila melihat nama divan trsebut,namanya LEE SOO KAT..cam na 2..
Tanpa Nama berkata…
nama yg indah..perangai x molek x leh gak tuan..syabas kisah yg biasa, dlam maknanya
Tanpa Nama berkata…
nama yg dipanggil berupa doa..sy seronok mebaca blog tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, rasanya tuan lebih zalim dari tuan tanah kedawung..haha..catatan yg murni..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan..saya dapat agak nama yang tuan maksudkan..'tiau' betul tak?..sebab ada Mee Tiau..ada orang nama cantik maknanya tapi panggilan harian langsung tiada makna..spt nana,jojo, nini, boy, pah,chah etc...tak guna gak..
Tanpa Nama berkata…
nostalgik..
Tanpa Nama berkata…
betul 2 si penggali kubur tdak penah mengharapkan kematian..gmbr pilihan yg agak radikal..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan..si tukang kunci pun tak pernah mendoakan orang hilang kunci..begitu juga si tukang kasut tak pernah mendoakan orang rosak kasutnya..doktor pun tak pernah doakan orang sakit..
Tanpa Nama berkata…
saya bersyukur juga diberi nama yg bermakna..sy kira kehidupan tuan penuh warna-warni ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK