Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

POLITIK CARI MAKAN VS POLITIK BERPRINSIP...

Imej
Saya bukanlah ahli MIC, juga bukan ahli UMNO atau mana-mana parti politik di negara ini, yalah saya kena membuat pengakuan sebab nanti kemungkinan saya dipecat pula kerana Presiden MIC sekarang ini ‘Datuk Seri ‘pecat’ Samy Vellu suka memecat, kerana menurut seorang bekas orang kuat MIC, bahawa Presiden ‘pecat’ itu telah memecat lebih dari 100,000 ahlinya sepanjang 30 tahun menerajui parti tersebut. Maka wajarlah beliau diberi penghormatan yang tinggi sebagai Presiden ‘pecat’ MIC kerana jasa-jasa beliau demi memastikan MIC menjadi parti tersohor untuk kaum India di negara ini. Kalau dihitung purata beliau memecat ialah pada kadar 10 orang sehari! Mungkin orang kuat Malaysia Book of Records patut melihat rekod ini sebagai sesuatu pencapaian luar biasa seorang rakyat Malaysia berbanding rekod menyusun duit syiling terpanjang atau rekod bermain galah panjang terlama dan sebagainya. Ironinya apa yang dilakukan oleh segelintir (kerana menurut Presiden ‘pecat’ MIC itu hanya seor

WELCOME TO JELEBU HOSPITAL

Imej
Paparan Maklumat di Bahagian Rekod Hospital Jelebu! Pengalaman meneman sahabat saya ke Hospital Jelebu memaksa saya berkongsi catatan ini. Hospital Jelebu khususnya persekitarannya memang menyamankan. Sahabat saya yang datang untuk mendapatkan laporan perubatannya untuk tujuan membuat tuntutan dari PERKESO. Berurusan dengan Bahagian Rekod, keramahan petugasnya memang harus dipuji malah pelbagai maklumat mengenai Hospital Jelebu dipaparkan bertujuan memberikan maklumat aktiviti kepada orang awam. Apa yang agak mengecewakan saya ialah apabila carta-carta dan maklumat yang dipaparkan di Bahagian Rekod Hospital Jelebu khususnya mengenai kemasukan, bayaran tertunggak, bilangan bayi yang dilahirkan dan pelbagai maklumat yang lain kesemuanya menggunakan Bahasa Inggeris, ketika saya mengajukan pertanyaan ini kepada petugas yang ramah – ini bahasa perubatan , itulah jawapan yang diberikan! MasyaAllah, selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, selepas pelbagai usaha

NASIB PEKERJA BAWAHAN ...

Imej
Pekerja samada dari kalangan bawahan mahupun pegawai seperti kepingan ini - saling melengkapi! Beberapa hari lalu, saya menemani seorang sahabat untuk mengambil laporan perubatannya di Hospital Jelebu. Beliau patah tangan sejak beberapa minggu lalu ketika menyertai aktiviti di tempat kerjanya sebuah syarikat berkaitan Kerajaan. Perjalanan selama dua jam dari Kelang ke Jelebu dipenuhi dengan paparan nostalgia kerana saya telah mengenalinya hampir suku abad. Sahabat saya ini telah mencurahkan jasa dan bakti kepada tempat kerjanya selama hampir tiga puluh tahun. Sebagai seorang pekerja peringkat bawahan tentulah beliau mempunyai ketua yang ramai dari kalangan pegawai, eksekutif, pengurus dan sebagainya ditambah pula sahabat saya ini memang aktif dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan di tempat kerjanya baik yang bersifat keagamaan mahupun sosial. Sepanjang berkisah saya seperti menonton filem kehidupan dan realiti dunia pada hari ini. Ketika ditanya bagaimana keadaan tangannya,