Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

KISAH BUNG MOKHTAR, POLIGAMI & APA DAH JADI ….

Imej
Gambar diambil dari sheikyermami.com tapi bukan pegangan saya! Saya cuba mencari pelbagai alasan dan kewajaran apabila membaca berita tentang Datuk Bung Mokhtar yang dituduh di mahkamah atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Malah pasangannya pelakon Zizie Izette pula didakwa telah bernikah dengan suaminya tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Daerah Gombak Timur. Sebagai seorang lelaki saya tentulah menyokong penuh tindakan berpoligami yang dilakukan oleh seorang lelaki, apatah lagi oleh orang seperti Datuk Bung Mokhtar, yang saya kira mampu dari segi zahir dan batin. Tetapi Datuk Bung Mokhtar bukan sebarang Datuk, beliau seorang Ahli Parlimen dalam ertikata lain antara insan terpilih yang diamanahkan untuk membuat asas perundangan negara. Pedulilah jika ini adalah masalah peribadi beliau, tetapi sebagai salah seorang ‘law maker’ saya merasa agak terganggu dengan tindakan beliau membelakangi undang-undang malah mengajak dua orang rakannya ‘bersubaha

AKU, TUN SERI LANANG & SULALAT al-SALATIN

Imej
Saya pernah teringat kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah , seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang pernah mengungkapkan bahawa sebuah buku yang wajib dibaca oleh setiap rakyat Malaysia ialah Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) . Hal ini dinyatakan ketika sebuah forum pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Ketika saya ‘dipaksa’ menghadiri majlis pelancaran buku Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu) edisi kulit nipis oleh Tan Sri Dato' Dr. Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor USM, yang diterbitkan bersama oleh Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang dikaji oleh SN Prof. Muhammad Haji Salleh , saya cepat sahaja menyanggupi walaupun majlis bermakna itu dilangsungkan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia pada Isnin yang lepas. Walaupun saya sudah beberapa kali ‘khatam’ pelbagai versi Sulalat al-Salatin oleh pelbagai terbitan, tetapi menghadiri majlis kecil yang dihadiri lebih 100 tetamu termasuk TYT Timbalan Gabenor Acheh, Mohama

NEGERI SEMBILAN @ KEDAH ?

Saya serba salah, bukan sebab apa, walaupun saya tinggal di Selangor lebih tepat lagi di penghujung negeri Selangor, saya lebih dekat kepada Negeri Sembilan malah kenderaan-kenderaan saya kesemuanya didaftarkan dengan nombor pendaftaran Negeri Sembilan. Kedah pula adalah tempat kelahiran isteri saya yang berasal dari Jitra. Malah semua cuti perayaan saya samada Hari Raya Puasa mahupun Hari Raya Korban, saya sekeluarga akan pulang ke Kedah. Pada malam ini, akan berlangsung perlawanan Piala FA di antara Negeri Sembilan menentang Kedah. Walaupun kedua-dua anak sulong dan adiknya tidak dapat menonton perlawanan ini kerana tidak mendapat perlepasan dari asrama masing-masing saya masih sempat mahu ke Bukit Jalil walaupun tidak akan menonton perlawanan ini sekadar mahu mendapatkan cenderamata perlawanan ini. Saya tidak begitu mengikuti kesemua perlawanan kedua-dua pasukan namun saya berharap pasukan yang terbaik akan muncul juara dengan semangat kesukanan yang tidak tercalar. Selam

APABILA IKHLAS DINILAI DALAM RINGGIT MALAYSIA …

Imej
Gambar Not RM100 - Gambar diambil dari zorro-zorro-unmasked.blogspot.com Saya adalah seorang yang sangat menghargai jemputan mahupun undangan, samada jemputan majlis kahwin atau pun undangan ke majlis-majlis dan saya akan sebaik mungkin cuba menghadirkan diri samada undangan dari siapa pun tanpa mengira darjat dan pangkat malah tidak pernah menjadikan jauh dan dekat sebagai alasan. Yang penting ialah keikhlasan menghadirkan diri dan memenuhi undangan si pengundangnya. Baru-baru ini Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng telah memberikan sumbangan tahunan sebanyak RM100 kepada warga emas di negeri ini sebagai satu usaha penghargaan dan bantuan ikhlas kepada mereka. Usaha murni ini telah ditempelak oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kononya dilaporkan merasa malu dalam laporan seperti berikut oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 April 2010. "Saya rasa malu bila terbaca Ketua Menteri

SELAMAT TINGGAL KERUSI 094 PARLIMEN HULU SELANGOR KEPADA PR…

Imej
Gambar Hiasan - Majlis Daerah Hulu Selangor pernah menerima anugerah penyapu yang dikecam hebat sebagai tidak beradab - diambil dari zlaa.blogspot.com Saya tidak suka beretorik. Biarlah saya menjadi tidak popular. Biarlah saya dilabel sebagai anti BN. Biarlah saya dikatakan tidak menghormati pendirian YAB Perdana Menteri. Biarlah saya dianggap tidak sehaluan dengan kepimpinan tinggi BN. Apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerusi Parlimen Hulu Selangor akan ditandingi oleh BN dengan calon dari MIC, maka saya telah mengucapkan selamat tinggal kerusi ini kepada PR. PR dengan segala kegembiraan akan bersorak riang bukan sebab mereka bakal memenangi kerusi ini, bukan semudah itu. Tetapi yang lebih menonjol ialah ketidak beranian BN untuk menukar permuafakatan di antara mereka! Bukankah tsunami politik pada PRU 12 telah begitu jelas, biarpun hanya dengan kemenangan 198 undi sahaja. Bukankah BN telah kehilangan begitu banyak kerusi dan apakah masih relevan lagi perm

SURAT UNTUK YAB DATUK SERI PERDANA MENTERI MALAYSIA …

Imej
Datuk Seri, Hari ini genap setahun Datuk Seri menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Semua kita tahu dan sedar situasi ketika Datuk Seri mengambilalih pucuk pimpinan negara. Bukan pula suatu yang rahsia setahun sebelum itu tsunami politik melanda negara ketika Pilihanraya Umum ke-12, menyaksikan bagaimana majoriti dua pertiga bukan lagi seperti tradisinya. Datuk Seri memulakan tugas sebagai seorang Perdana Menteri dengan aktiviti ‘terjah’ yang membawa kepada lawatan mengejut ke Petaling Street, Brickfield dan Kampung Kerinci di ibu kota, tanpa protokol dan rasmi-rasmian. Sebagai seorang Perdana Menteri dengan semangat 1 Malaysia tentulah tidak sukar meneka kesediaan Perdana Menteri melawat tempat-tempat yang disifatkan sebagai mercu tanda bangsa Cina, India dan Melayu di ibu kota. Memulakan tugas rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA. Semangat 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan pertama ka

ADAB SEORANG ANAK ...

Imej
(Gambar Hiasan - menuntut tafsiran masing-masing) Apakah perasaan anda jika anak gadis sunti anda yang baru berusia 15 tahun, menyatakan hasrat ingin berkahwin? Bayangkan pula perasan seorang ibu seorang pelajar yang dianggap pintar apabila anak gadis harapannya meninggalkan keluarga kerana ingin berkahwin, itu ketika masih di bangku sekolah dan baru berusia 15 tahun? Jika kedua-dua soalan diajukan kepada saya – tentulah hancur luluh hati saya. Saya tidak begitu pasti mana silapnya situasi ini, samada si gadis sunti, ibunya ataupun ahli keluarganya mahupun ahli keluarga teman lelakinya. Tetapi sesuatu yang pelik ialah apabila si gadis berusia 15 tahun mengungkap demikian seperti yang saya petik dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac lalu: "Saya hanya mempunyai wang RM50 dan tidak minat lagi untuk belajar. Saya hanya ingin bernikah dengan teman lelaki saya sebab dia kacak. "Saya tidak bernikah di Siam (Thailand) sebab saya tak pernah pergi ke sana pun. Macam ma

CATATAN SEBULAN DULU ...

Imej
Kalaulah memadam memori semudah ini. Gambar diambil dari: www.scientificamerican.com Saya seorang yang pengingat sehinggalah beberapa ketika saya menjadi sedikit pelupa, mungkin faktor usia, tetapi ingatan kepada sesuatu peristiwa samada yang manis mahupun pahit sukar dikikis dari kotak ingatan saya. Sebulan yang lalu, lebih tepat pada 2 Mac, masih segar dalam ingatan saya, sejurus selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mari Membaca 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia , saya bergegas pula ke Amcorp Mall kerana suatu temujanji bagi tujuan mengedit risalah-risalah komersil sebuah syarikat antarabangsa. Menjadi kebiasaan saya untuk hadir lebih awal bagi apa sahaja temujanji mahupun majlis. Insiden yang berlaku ketika saya memasuki ruang letak kereta terbuka di A mcorp Mall pada sekitar jam 12.30 tengahari, menyebabkan saya masih teringat insiden pada 2 Mac itu. Kisahnya, saya tidak berapa pasti samada dilanggar, berlanggar mahupun melanggar : berlaku ketika saya ingin m