KISAH BUNG MOKHTAR, POLIGAMI & APA DAH JADI ….

Gambar diambil dari sheikyermami.com tapi bukan pegangan saya!

Saya cuba mencari pelbagai alasan dan kewajaran apabila membaca berita tentang Datuk Bung Mokhtar yang dituduh di mahkamah atas tuduhan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. Malah pasangannya pelakon Zizie Izette pula didakwa telah bernikah dengan suaminya tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Daerah Gombak Timur.

Sebagai seorang lelaki saya tentulah menyokong penuh tindakan berpoligami yang dilakukan oleh seorang lelaki, apatah lagi oleh orang seperti Datuk Bung Mokhtar, yang saya kira mampu dari segi zahir dan batin. Tetapi Datuk Bung Mokhtar bukan sebarang Datuk, beliau seorang Ahli Parlimen dalam ertikata lain antara insan terpilih yang diamanahkan untuk membuat asas perundangan negara. Pedulilah jika ini adalah masalah peribadi beliau, tetapi sebagai salah seorang ‘law maker’ saya merasa agak terganggu dengan tindakan beliau membelakangi undang-undang malah mengajak dua orang rakannya ‘bersubahat’ dalam melaksanakan misinya.

Kalaulah seorang Ahli Parlimen boleh membelakangkan perundangan, apatah lagi kita-kita yang rakyat marhaen. Saya bukan mahu menyalahkan Datuk Bung Mokhtar atau mana-mana lelaki yang didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, tetapi saya sendiri akan melakukan hal yang sama kerana proses berpoligami yang kononnya bagi melindungi kaum wanita di negara ini sebenarnya patut dilihat, direnung dan dikaji semula dengan sehalus-halusnya. Apakah wajar seorang isteri menghadirkan diri ke mahkamah untuk ditanya samada bersetuju atau tidak membantah poligami si suaminya. Menandatangani surat kebenaran pun sudah sebesar rahmat dan pengorbanan seorang isteri. Kalau inilah sistem dan kaedah gunapakai pada masa ini, saya percaya lebih ramai pasangan dengan begitu rela membayar sejumlah denda daripada melalui proses berpoligami yang kononnya begitu sistematik dan adil serta dengan kewajaran melindungi kaum wanita dan memberi keadilan kepada para isteri!

Tidakkah perlakuan oleh Datuk Bung Mokhtar seorang Ahli Parlimen dilihat sebagai ‘ada sesuatu yang tidak kena’ dengan sistem dan kaedah amalan berpoligami oleh negara kita yang agama rasminya Islam. Moga kajian terperinci dapat dilakukan sebelum kita membaca lebih ramai yang memilih untuk didenda daripada mengharungi proses berpoligami pada masa ini. Soalannya adakah dengan mengenakan denda dapat menjamin kebajikan si isteri pertama tadi?


Ulasan

SIS berkata…
kalau dimahkamah si isteri pertama membantah...maknanya dia belum bersedia menyerahkan dirinya berkongsi suami...walaupun pada lisannya bersetuju...pendek kata belum cukup ikhlas..
anep berkata…
apabila ahli parlimen memimilh untuk melanggar perundangan..apa maknanya..,
isteri dua berkata…
sbnrnya nak brpoligami mcm2 karenah..kena denda lagi senang..
jamil berkata…
negara islam,tapi nak poligami cam kat negara yahudi..makanya semua memilih utk didenda..dapt gak kahwin
Tanpa Nama berkata…
ada sebab isteri bantah..bla mahkamah dah setuju dgn bantahan isteri maka bersyukurlah...krn kalau tak mampu tp masih nak berpoligami hanya tambah dosa si suami je..kat dunia lepas tp kat akhirat senget sebelah

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?