NEGERI SEMBILAN @ KEDAH ?

Saya serba salah, bukan sebab apa, walaupun saya tinggal di Selangor lebih tepat lagi di penghujung negeri Selangor, saya lebih dekat kepada Negeri Sembilan malah kenderaan-kenderaan saya kesemuanya didaftarkan dengan nombor pendaftaran Negeri Sembilan.

Kedah pula adalah tempat kelahiran isteri saya yang berasal dari Jitra. Malah semua cuti perayaan saya samada Hari Raya Puasa mahupun Hari Raya Korban, saya sekeluarga akan pulang ke Kedah.

Pada malam ini, akan berlangsung perlawanan Piala FA di antara Negeri Sembilan menentang Kedah. Walaupun kedua-dua anak sulong dan adiknya tidak dapat menonton perlawanan ini kerana tidak mendapat perlepasan dari asrama masing-masing saya masih sempat mahu ke Bukit Jalil walaupun tidak akan menonton perlawanan ini sekadar mahu mendapatkan cenderamata perlawanan ini.

Saya tidak begitu mengikuti kesemua perlawanan kedua-dua pasukan namun saya berharap pasukan yang terbaik akan muncul juara dengan semangat kesukanan yang tidak tercalar. Selamat berjuang!

Ulasan

hoben berkata…
saya sokong NS

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?