CATATAN SEBULAN DULU ...

Kalaulah memadam memori semudah ini. Gambar diambil dari: www.scientificamerican.com

Saya seorang yang pengingat sehinggalah beberapa ketika saya menjadi sedikit pelupa, mungkin faktor usia, tetapi ingatan kepada sesuatu peristiwa samada yang manis mahupun pahit sukar dikikis dari kotak ingatan saya.

Sebulan yang lalu, lebih tepat pada 2 Mac, masih segar dalam ingatan saya, sejurus selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mari Membaca 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia, saya bergegas pula ke Amcorp Mall kerana suatu temujanji bagi tujuan mengedit risalah-risalah komersil sebuah syarikat antarabangsa. Menjadi kebiasaan saya untuk hadir lebih awal bagi apa sahaja temujanji mahupun majlis.

Insiden yang berlaku ketika saya memasuki ruang letak kereta terbuka di Amcorp Mall pada sekitar jam 12.30 tengahari, menyebabkan saya masih teringat insiden pada 2 Mac itu. Kisahnya, saya tidak berapa pasti samada dilanggar, berlanggar mahupun melanggar : berlaku ketika saya ingin memasuki ruang letak kereta yang kebetulan kosong, sambil mengundurkan kereta, tiba-tiba saya terdengar bunyi yang kuat, hati saya berdetik, rupanya saya dilanggar oleh sebuah kereta yang lebih besar dari kereta kecil saya, anehnya kereta saya tidak mengalami apa-apa kerosakan hanya sedikit calar, tetapi kereta besar tersebut saya kira mengalami kerosakan yang agak teruk (pengamatan saya kerana dalam keadaan panik), saya pun keluar untuk melihat dan kemudian mencari ruang kereta yang baru dengan harapan si pemilik kenderaan yang melanggar saya punya adab untuk menemui saya, tetapi selepas saya meletakkan kereta betul-betul di laluan hadapan (yang boleh dilihat secara jelas), saya tidak nampak langsung kelibat si pemandu yang melanggar saya, dan kerana kepanikkan saya, saya juga tidak sempat mencatat nombor kenderaan tersebut.

Anggapan saya mungkin si pemandu berkenaan merasakan kesalahannya dan terus berlalu memandangkan tiada sebarang kerosakan ketara pada kereta kecil saya. Selepas selesai temujanji saya dan meninggalkan Amcorp Mall sekitar hampir jam 2.00 petang, saya masih meninjau jika si pemandu mahupun kereta yang berlanggar dengan kereta kecil saya masih berada di sekitar kawasan tersebut.

Saya menceritakan kejadian tersebut kepada rakan-rakan saya, semuanya mengatakan si minah (merujuk kepada pemandu wanita) tersebut salah sendiri, sebab itu berlalu pergi. Bukanlah niat saya mahu menjadi hakim siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi kewajarannya eloklah berbincang walaupun mungkin kita salah atau benar. Walau apa pun saya masih menggangap si pemandu yang melanggar kereta saya sebagai kurang sopan, tetapi naluri kekesalan saya masih menghantui seorang pengingat seperti saya yang sukar melupakan sesuatu insiden!

Ulasan

anep berkata…
salam tuan, catatan dan gambar yg menarik..harap2 si minah benar2 rasa bersalah..
ustazah berkata…
salam tuan, biasalah tuan, hidup ini samada dilanggar, berlanggar atau dilanggar...apa saja lumrah kehdiupan.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?