Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

APABILA PENTADBIR SEKOLAH SEKADAR PAK TURUT

Isu bilik persalinan digunakan sebagai ‘kantin sementara’ pada minggu lalu mencetuskan pelbagai polemik, sehingga Guru Besar sekolah tersebut diarahkan ‘bercuti rehat’ daripada tugasnya. Malah menurut Guru Besar SK Seri Pristana, penggunaan bilik persalinan yang telah diubahsuai daripada sebuah tandas sebenarnya telah dibincangkan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut. Isu tersebut meletus khabarnya apabila tersiar gambar murid-murid bukan Islam makan di bilik persalinan tersebut tersebar secara meluas di laman sosial.  Sebagai seorang pentadbir dan pemimpin  tentulah Guru Besar tersebut telah memikirkan apa yang terbaik untuk anak murid di bawah jagaannya. Ironinya dalam usaha Kementerian Pendidikan memberikan pelbagai insentif kepada para pentadbir untuk meningkatkan prestasi sekolah mereka tentulah amat memeranjatkan apabila tindakan  Guru Besar sekolah melaksanakan amanahnya  dicuti rehatkan.  Usaha Kementerian Pendidikan memberikan kuas

MEROYAN CINTA MARYAN

Imej
Seperti mana-mana industri filem di dunia, kecenderungan terhadap sesuatu subjek atau tema sering menjadi ikutan, begjtu juga tema filem-filem Tamil daripada India.  Beberapa bulan yang lalu, filem Kadal arahan pengarah tersohor India, Mani Ratnam, menggunakan tema dan latar belakang laut dan nelayan sebagai medium menyimpulkan kisah cinta dalam filem ini. Kini, filem Tamil terbaru dari India, Maryan juga menggunakan tema dan latar laut.  Maryan , watak utama dalam filem dilakunkan oleh Dhanush yang memang terkenal sebagai seorang pelakon yang begitu obses terhadap watak yang diberikan.  Dhanush yang gigih menyelami watak Maryannya mengingatkan saya bagaimana Faizal Hussin membawakan watak Ilham dalam filem Bunohan . Maryan adalah berdasarkan kisah benar, bagaimana tiga rakyat India yang berkerja di Sudan menjadi tebusan militan Afrika pada tahun 2008.  Kisah ini memberikan ilham kepada pengarahnya, Bharat Bala untuk menghasilkan Maryan . Separuh pertama filem ini men

KUALA BESUT, PERLUKAH CIPTA SEJARAH?

Tidak semena-mena Kuala Besut menjadi sebutan, itu pun selepas tidak sampai dua bulan selepas Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu.  Benarlah kata orang takdir selalu mengatasi tadbir.  Kuasa dan kehendak Allah SWT, tiada siapa yang boleh menghalang.  Selepas kepergian Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar  yang sedang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri N1 Kuala Besut bagi penggal kedua, pilihanraya kecil perlu diadakan. Ironinya, kedudukan DUN Trengganu pasca PRU-13 adalah pada kedudukan 17 kerusi oleh Barisan Nasional berbanding 15 kerusi oleh pakatan pembangkang.  Pada 24 Julai nanti, rakyat Kuala Besut atau yang lebih tepat para pengundi Kuala Besut akan menentukan hidup dan mati kedudukan  Menteri Besar Trengganu, Datuk Ahmad Said.  Walaupun PAS menyatakan mereka tidak berminat untuk kerusi MB namun mana mungkin mereka melupakan ‘lubuk emas’ yang pernah mereka terajui dari tahun 1999 – 2004 selepas berjaya merebut negeri itu pada pilihanraya umum yang ke

SISTEM APA YANG KITA ADA?

Selepas lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, selepas lebih sedekad Koridor Raya Multimedia dilancarkan, dengan segala kecanggihan pelbagai sistem di sekeliling kita, rakyat yang cintakan keadilan di negara ini masih mengimpikan daftar pemilih yang bersih. Lihat sahaja di sekeliling kita, segala macam sistem malah anak-anak kecil yang menemani ibu mereka ke pasar tidak lekang dengan ‘tablet’ ditangan, namun lihatlah ‘sampah’ dalam sistem pilihanraya kita, sehingga telah ada suara-suara yang membayangkan bahawa akan ada Bersih 4.0 jika daftar pemilih tidak dibersihkan. Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dibanggakan daripada aspek penggunaan teknologi maklumatnya.  Apa tidaknya, maklumat rakyat ini boleh disemak dalam beberapa saat dengan kecanggihan sistem dan pengkalan data maklumat yang disediakan oleh Kerajaan melalui pelbagai kaedah semakan. Namun segala kecanggihan ini seperti tidak membawa sebarang makna khususnya yang melibatkan Suruhanjaya Pilihanr

TPPA – APA YANG KERAJAAN PATUT BERITAHU?

Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai Perjanjian Kerjasama Rentas Pasifik  ( Trans Pacific Partnership Agreement - TPPA) walaupun usul mengenainya  pertama kali dilontarkan pada tahun 2006 dengan negara anggotanya adalah Brunei, Singapura, Chile dan New Zealand.  Amerika Syarikat menyertainya pada Mac 2008 dan pada bulan September, Presiden Amerika ketika itu, George W. Bush memaklumkan kepada Kongres mengenai hasrat untuk berunding dengan negara anggota pada ketika itu. Seperti ramai rakyat Malaysia, tidak banyak yang diketahui mengenai TPPA hingga timbullah berita bahawa rundingan kali ke-18 kini sedang berlangsung di halaman negara kita, di Kota Kinabalu dengan penyertaan oleh 12 buah negara.  Yang lebih memeranjatkan adalah pandangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kesan dan implikasi jika TPPA dilaksanakan. Ironinya, rundingan mengenai TPPA dan intipati rundingan juga tidak didedahkan kepada umum atau rakyat mana-mana negara yang menyer

SI BIADAP ALVIN & BAK KUT TEH HALAL?

Beberapa tahun yang lalu ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya sempat berkunjung ke sebuah Pameran Halal yang sangat meriah dan dikunjungi ramai. Antara yang menyentap perhatian saya ialah sebuah produk halal yang kononnya sesuai dimakan oleh orang Islam dan telahpun mendapat pengiktirafan halal oleh pihak berkuasa mengenai akredetasi halal di negara ini. Memang diketahui umum bahawa bila sahaja di sebut ‘Bak Kut Teh’ yang terlintas di benak saya adalah istilah ‘bak’ itu sendiri yang membawa konotasi negatif dan merujuk kepada khinzir yang memang tidak halal kepada umat Islam.  Persoalannya apakah pihak yang diberi mandat memberi pengiktirafan halal ini kurang cerdik atau kurang penyelidikan sehingga produk seperti Bak Kut Teh diberikan pengiktirafan halal. Apabila  umat Islam di negara ini, dikejutkan oleh tindakan biadap belia yang pernah menggemparkan kita tidak lama dahulu dengan aksi-aksi seks yang dipaparkan secara ter

ANGGUR & AYAM

Negara kita bukanlah pengeluar buah anggur, tidak seperti penghasil beras dan minyak.  Namun jika disebut ayam, negara kita merupakan antara yang aktif menghasilkan ayam, malah terdapat syarikat-syarikat besar yang menumpukan usaha menternak ayam secara komersil dalam skala yang besar. Namun dalam musim perayaan seperti ini, antara yang diungkapkan dalam siaran televisyen yang cenderung menjaga hati kerajaan berbanding melaporkan situasi yang sebenarnya ialah “harga ayam masih di paras yang rendah”, ungkapan yang menjadi bahan lawak hatta anak saya yang belum mengenal alam persekolahan. Apa tidaknya, ungkapan klise semacam itu, menjadi momokan.  Pergilah ke mana sahaja pada masa menjelang perayaan seperti sekarang, jika anda tidak tabah dan tidak mempunyai jantung yang kuat, lupakanlah hasrat untuk bertanyakan harga sekilo ayam.  Jawapannya pasti akan membuat anda tersentak, dan mungkin dalam hati kecil bertanya tidakkah kementerian atau menteri yang berkaitan dengan isu-isu h

PUSINGAN PERTAMA PASCA PRU 13

Dalam tempoh sepuluh hari, akan berlangsung Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut akan berlangsung pada 24 Julai 2013.  Pilihanraya kecil ini agak penting kerana merupakan pilihanraya kecil pertama dalam pemerintahan selepas kemenangan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kerusi ini dimenangi oleh Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu melalui calonnya, Dr.  A. Rahman Mokhtar, yang kembali ke rahmatullah pada 26 Jun yang lalu,  memaksa pilihanraya kecil ini diadakan.  Kerusi ini dimenangi BN dengan majoriti 2,631 dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang kosong kini menjadi rebutan di antara Barisan Nasional yang mempertahankan kerusi tersebut melalui calon mereka, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman , seorang jurutera dan calon PAS Endot @ Azlan Yusof   yang merupakan seorang ahli perniagaan. Barisan Nasional yang memenangi Pilihanraya Umum yang lalu memenangi 17 kerusi DUN di Tr