SI BIADAP ALVIN & BAK KUT TEH HALAL?

Beberapa tahun yang lalu ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, saya sempat berkunjung ke sebuah Pameran Halal yang sangat meriah dan dikunjungi ramai.

Antara yang menyentap perhatian saya ialah sebuah produk halal yang kononnya sesuai dimakan oleh orang Islam dan telahpun mendapat pengiktirafan halal oleh pihak berkuasa mengenai akredetasi halal di negara ini.

Memang diketahui umum bahawa bila sahaja di sebut ‘Bak Kut Teh’ yang terlintas di benak saya adalah istilah ‘bak’ itu sendiri yang membawa konotasi negatif dan merujuk kepada khinzir yang memang tidak halal kepada umat Islam.  Persoalannya apakah pihak yang diberi mandat memberi pengiktirafan halal ini kurang cerdik atau kurang penyelidikan sehingga produk seperti Bak Kut Teh diberikan pengiktirafan halal.

Apabila  umat Islam di negara ini, dikejutkan oleh tindakan biadap belia yang pernah menggemparkan kita tidak lama dahulu dengan aksi-aksi seks yang dipaparkan secara terbuka, kini pasangan tersebut memaparkan ucapan menyambut bulan puasa sambil memakan Bak Kut Teh dan dipaparkan logo halal JAKIM pula, saya menjadi tidak begitu terkejut kerana tindakan biadap pasangan ini.

Yang lebih menyedihkan bukanlah pasangan yang biadap ini, yang sudah tentu tidak beragama Islam, namun mereka yang diberikan kuasa, mandat dan peranan menjaga akidah umat Islam yang begitu mudah memberikan pengiktirafan halal kepada produk yang menggunakan istilah yang tidak sesuai seperti Bak Kut Teh.

Umat Islam sentiasa di uji khususnya dalam bulan Ramadan, mungkin ada hikmahnya pasangan biadap Alvin dan Vivian berbuat sesuatu seperti itu dalam konteks memperlekehkan umat Islam sebenarnya mengejutkan JAKIM yang seolah-olah kurang peka dengan isu-isu seperti istilah Bak Kut Teh halal yang boleh mengelirukan umat Islam di negara kita.

Benarlah Ramadan membawa banyak keberkatan, apabila Ahli Parlimen daripada Kerajaan dan barisan pembangkang masing-masing  mahu pasangan biadap ini dikenakan dengan tindakan paling tegas supaya menjadi pengajaran kepada mana-mana rakyat negara ini yang mempersendakan mana-mana agama di Malaysia.

Menjadi tugas penguatkuasa undang-undang di negara ini melaksanakan undang-undang bagi menjamin supaya mereka-mereka yang memperlekehkan kesucian agama diberikan hukuman dan memastikan mereka berdepan dengan tindakan sewajarnya.

Sekiranya pasangan ini dibiarkan dikhuatiri akan menimbulkan keresahan kepada rakyat khususnya umat Islam, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil apabila rakyat mengambil tindakan mereka sendiri seperti yang berlaku di Shah Alam apabila sekumpulan lapan lelaki menculik dan membogelkan seorang petugas siber kafe kerana dikhabarkan menghina agama Islam dalam paparan skrin komputer di siber kafe tersebut.


Sepatutnya kita tidak harus terus berdiam diri apabila hukum hudud yang jelas dalam Al-Quran diperlekeh oleh pemimpin bukan Islam?  Mengapa ada tindakan berpilih-pilih!

Ulasan

barajiwa berkata…
"Sepatutnya kita tidak harus terus berdiam diri apabila hukum hudud yang jelas dalam Al-Quran diperlekeh oleh pemimpin bukan Islam? Mengapa ada tindakan berpilih-pilih!"

Saya begitu berharap ayat penutup saudara meliputi juga perbuatan sekelompok manusia yang menghina kesucian agama lain, misalnya mengheret dan memijakkan kepala lembu. Bagaimana dengan kata-kata serta tulisan penuh provokasi yang seolah-olah disengajakan terhadap kesucian agama lain (baca: bukan Islam)? Apakah ada semacam rumus tak bertulis; orang-orang Melayu mestilah digiring semula ke dalam kandang mereka? Apakah tindakan berpilih-pilih ini Islamik? Apakah ini wajah sebenar Islam? Inikah dakwah yang diterjemahkan ke dalam amalan? Atau inikah Nazisme dalam bentuknya yang terbaru? Kita keliru dan sedih. Bilakah semua ini berakhir?

Tanpa Nama berkata…
padan muka...
SIS berkata…
Islam patutnya melebihi dr agama lain...agama Islam adalah agama rasmi negara so patutlah Islam dilindungi melebihi agama lain di negara ini...agama lain hanya diberi kelonggaran untuk diamalkan..itupun timbangrasa yg ada..Islam dan pengamalannya tidak patut dipertikai..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?