Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

PERSIDANGAN TUAN TANAH

Hari ini persidangan tahunan tuan tanah akan bermula sehingga 1 Disember yang akan datang.   Khabarnya ini adalah persidangan tuan tanah yang paling mencabar sebelum pilihanraya umum di adakan tidak lama lagi.   Khabarnya juga seramai 5,447 perwakilan daripada kalangan tuan tanah akan menghadiri persidangan tahunan yang berprestij ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, persidangan tuan tanah pada kali ini adalah penentu hidup mati kelompok tuan tanah yang telah menguasai negara sejak lebih lima dekad.   Banyak sebenarnya kemelut dalam kalangan tuan tanah, sehingga pada satu ketika Presiden Tuan Tanah yang kelima terpaksa mengundurkan diri kerana tekanan dan ‘kehendak ahli’. Sejak itu, pergolakan dalam kelompok tuan tanah seperti tidak reda ditambah pula iklim politik negara yang sangat tidak kondusif.   Namun begitu, keadaan iklim politik negara sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan keuntungan jangka pendek kepada rakyat hasil ‘ihsan’ tuan tanah. Bayangkanlah sel

KEMBARA BAHASA 2012 – HARI KETIGA

Pagi kami bermula seawal jam 6.30 pagi dengan sarapan yang disediakan oleh pihak hotel, Palm Inn .   Selepas bersarapan kami bergerak dengan dua buah bas yang menempatkan para peserta Malaysia dan Singapura yang diasingkan dalam dua buah bas.   Saya agak kabur dengan rasional mengasingkan para peserta Malaysia dan Singapura. Perjalanan kami bermula pada jam 9.00 pagi untuk kembali ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan acara seterusnya di Putrajaya pada keesokkan harinya.   Sesi seterusnya adalah Bengkel Penulisan Lirik yang dibimbing oleh Sdr. Mohd Khair Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Khayas.   Dengan pengalaman penulisan dan penghasilan lagu selama dua dekad, mantan ahli kumpulan Rausyanfikir. Telah menghasilkan ratusan lirik lagu untuk penyanyi di Malaysia dan Singapura, Khayas adalah   yang menghasilkan lirik lagu Temasya Desa Gemalai dendangan Ramli Sarip selain lagu Berpindah Minda yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Lovehunters , ironinya lagu ini juga di

KEMBARA BAHASA 2012 – HARI KEDUA

Saya sengaja memilih untuk pulang ke rumah sewaktu aturcara kembara berlabuh di Kuala Lumpur.   Peserta kembara menetap di Wisma Belia, dan saya kembali ke kediaman saya. Hari kedua saya bermula seawal awal jam 6.30 pagi apabila perlu ke Wisma Belia untuk perjalanan seterusnya.   Perjalanan hari kedua adalah dengan baju T sumbangan Ambank sebagai penajanya. Bermula daripada KL Sentral, perjalanan pagi Khamis ke Butterworth bermula pada jam 9.00 pagi.   Selepas bersarapan di dalam gerabak, sesi berikutnya adalah perkongsian ilmu dengan Encik Hamed Ismail, seorang penulis skrip yang tidak asing lagi daripada kota singa.   Beliau berpengalaman lebih dua dekad dan kini menjadi penulis skrip residen dengan Media Corp Singapura.   Seorang tokoh yang sangat prolifik di Singapura. Walaupun sesi berlangsung di dalam gerabak keretapi yang bergerak, namun bimbingan tokoh drama yang disegani daripada kota singa mampu menjentik keinginan untuk bersifat lebih praktikal dalam penghasila

KEMBARA BAHASA 2012 – HARI PERTAMA

Pada awalnya dikhabarkan bahawa majlis perlepasan Kembara Bahasa 2012 akan berlangsung di Kota Singa, iaitu di Woodlands, dan bagi yang tidak mempunyai paspot khabarnya akan diuruskan ‘pas berkelompok’. Pesanan ringkas daripada pihak penganjur pada malam sebelumnya ialah supaya berkumpul pada jam 5 pagi untuk bertolak ke majlis perasmian.   Namun begitu apabila saya terjaga kerana dahaga, pesanan ringkas yang saya terima sekitar jam 1.30 pagi memaklumkan supaya berkumpul di lobi hotel pada jam 7.30 pagi kerana urusan ‘pas berkelompok’ tidak dapat dilakukan, kerana peraturan Imigresen Singapura ialah memohon dua minggu sebelum tarikh masuk. Perjalanan Kembara Bahasa 2012 pada hari pertama saya bermula di Stesen Keretapi Johor Sentral, pada jam 10 pagi menuju ke Kuala Lumpur.   Selepas sesi suai kenal oleh setiap peserta seramai 40 orang, sesi berikutnya ialah penciptaan puisi yang dibimbing oleh ‘sifu’ Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, nama yang tidak asing dalam dunia kepuisian t

PRA KEMBARA BAHASA II

Selepas sekian lama tidak menggunakan pengangkutan awam, semalam saya memilih untuk menaiki bas untuk ke Johor Bahru bagi menyertai program Kembara Bahasa 2012. Pertama kali menjejak kaki ke Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, saya menjadi sangat teruja, teringat bagaimana pemilik syarikat bas seperti tidak gembira apabila diminta berpindah ke terminal tersebut, sukar untuk saya terima alasan mereka. Perjalanan selama hampir tiga jam seperti tidak terasa, apabila dikejutkan dengan laungan pemandunya - Larkin! Larkin!, mimpi saya yang baru hendak bermula tidak sempat disudahkan kerana telah tiba ke destinasinya. Selepas secawan teh tarik pada jam tiga pagi, memulakan kembara saya ke pusat bandar, ini kerana hotel yang disediakan hanya boleh dimasuki selepas jam dua petang, pilihan lain yang ada adalah menyewa hotel berhampiran sehingga jam dua petang. Hotel yang disediakan, Hotel JB Central betul-betul di pusat bandaraya Johor Bahru, saya menjadi peserta pertama

PRA KEMBARA BAHASA 2012

Wisata atau apa sahaja nama yang merujuk kepada kembara memang menarik minat saya. Maka apabila, teman dalam Persatuan Editor Malaysia (PEM) yang baru dinaikkan pangkat menjadi Pengarah DBP Wilayah Selatan menawarkan saya menyertai KEMBARA BAHASA 2012, saya segera teruja dan menyatakan minat saya. Selepas tawarannya itu beliau berlepas ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan Rukun Islam yang kelima, saya pun terkapai-kapai kerana tidak pasti mengenai program tersebut. Apabila kembali daripada tanah suci pada minggu pertama November saya terus dihubungi untuk penyertaan dalam Kembara Bahasa 2012. Kembara Bahasa adalah sebahagian pengisian dalam acara Bulan Bahasa Kebangsaan yang diadakan setiap tahun, uniknya program Kembara Bahasa pada kali ini adalah perjalanan menaiki keretapi bermula daripada Singapura hingga ke Butterworth sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur. Berwisata apatah lagi dengan menaiki keretapi memang antara yang menambat hati saya. Saya akan cuba mencatat apa

APABILA PEMIMPIN POLITIK PENAT

Makanan yang saya kunyah hampir sahaja tersembur apabila membaca berita mengenai tindakan Ketua Pemuda UMNO Perlis, Mohsin Yusoff yang mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO dengan mengatakan dirinya ‘sudah penat’ dengan semua tanggungjawab di dalam parti. Pemimpin datang dan pergi, pemimpin silih berganti namun ini kali pertama saya membaca alasan seorang pemimpin politik tempatan yang mengatakan hasrat untuk melepaskan jawatan dengan alasan ‘penat’. Anehnya, Ketua Pemuda UMNO Perlis menghebahkan hasrat untuk melepaskan jawatan dalam parti melalui media sosial – Facebook.   Malah menurutnya lagi, beliau akan menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat. Memanglah menjadi hak beliau untuk melepaskan jawatannya, namun adab sebagai pemimpin sebuah parti yang dikatakan telah berjasa untuk umat Melayu di negara ini seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kepada beliau. Jika sebelum ini, m

NOSTALGIA 33

Imej
Benarlah kata pepatah – Rezeki, Jodoh, Pertemuan, Ajal dan Maut semuanya urusan Allah SWT.   Tiada siapa boleh menduga bagaimana kehidupan seseorang, perjalanan hidupnya serta bagaimana hidupnya berakhir.   Itu kerja Tuhan. Namun, apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang yang diberikan akal dan kudrat, adalah merancang dan melaksanakan perancangan sebaik mungkin, walaupun memang diketahui Allah SWT sebaik perancang. Saya sengaja memilih untuk bernostalgia, ini adalah kerana   beberapa minggu sebelumnya saya menerima satu pesanan ringkas di telefon bimbit saya bertanyakan sama ada saya mengenali sipengirimnya atau tidak.   Tentulah saya menjawab tidak kenal, kerana selain nombor tersebut tiada dalam simpanan saya, nada pengucapannya juga agak berbeza, seolah-olah seseorang yang pernah mengenali saya.   Apabila sipengirim mengenalkan diri, saya memohon maaf akan menghubunginya seusai majlis   yang sedang saya hadiri.   Itu adalah kisah pada awal Oktober. Rupanya

TANDA PUTERA

Imej
Filem Tanda Putera, tidak diketahui isinya kecuali beberapa versi sinopsis di sana dan sini.   Walaupun filem tersebut khabarnya telah ditayangkan kepada beberapa pihak, namun tayangan umumnya telah beberapa kali tertangguh atau ‘tidak sesuai masa’. Seperti juga tarikh Pilihanraya Umum yang masih menjadi rahsia, begitu juga tarikh tayangan umum filem Tanda Putera, yang masih menjadi teka teki.   Malah dikhabarkan juga bahawa menteri yang bertanggungjawab terhadap industri perfileman di negara ini meminta semua pihak akur dengan penangguhan filem tersebut.   Gila apa filem yang ini, sehingga melibatkan menteri mengeluarkan kenyataan pula. Apa yang nyata filem ini dibiayai oleh Kerajaan melalui agensinya, FINAS dan MdEC.   Ini bukan kali pertama FINAS membiayai filem, namun bahang Tanda Putera sama sekali mencuri tumpuan pelbagai pihak.    Daripada isi ceritanya   sehinggalah mengaitkan dengan peristiwa 13 Mei 1969 dan tuduhan filem ini merupakan propaganda Kerajaan menje

KONG CHO HA - ANDA BEKERJA UNTUK SIAPA?

Amatlah malang bagi kepimpinan YAB Perdana Menteri yang melaungkan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mempunyai seorang Menteri Pengangkutan yang ‘buta rasa’ , ‘buta hati’ dan angkuh seperti beliau.   Lebih malang lagi kepada rakyat Lumut yang memilih seorang ahli parlimen yang tidak berkongsi aspirasi rakyat. Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sedang dikecam teruk oleh pelbagai pihak, dan yang terbaru adalah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Pemuda UMNO.   Amatlah malang bagi seorang Menteri pusat seperti beliau apabila perancangan seperti AES ditolak pelaksanaannya oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, katalah negeri ini ditadbir oleh pembangkang maka penolakan ini adalah wajar.   Namun apa yang lebih malang lagi ianya juga ditolak oleh ahli politik daripada pihak Kerajaan juga, misalnya seperti yang dilakukan oleh Kelab Penyokong Kerajaan dan Pemuda UMNO yang mas