KONG CHO HA - ANDA BEKERJA UNTUK SIAPA?



Amatlah malang bagi kepimpinan YAB Perdana Menteri yang melaungkan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” mempunyai seorang Menteri Pengangkutan yang ‘buta rasa’ , ‘buta hati’ dan angkuh seperti beliau.  Lebih malang lagi kepada rakyat Lumut yang memilih seorang ahli parlimen yang tidak berkongsi aspirasi rakyat.
Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sedang dikecam teruk oleh pelbagai pihak, dan yang terbaru adalah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan juga Pemuda UMNO. 
Amatlah malang bagi seorang Menteri pusat seperti beliau apabila perancangan seperti AES ditolak pelaksanaannya oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan, katalah negeri ini ditadbir oleh pembangkang maka penolakan ini adalah wajar. 
Namun apa yang lebih malang lagi ianya juga ditolak oleh ahli politik daripada pihak Kerajaan juga, misalnya seperti yang dilakukan oleh Kelab Penyokong Kerajaan dan Pemuda UMNO yang masing-masing mahukan sistem ini ditangguhkan pelaksanaanya dengan perancangan yang lebih teliti.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem AES telah digunapakai di banyak negara, malah adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan kita agak terlewat melaksanakannya, namun apakah kita sudah benar-benar bersedia untuk melaksanakannya. 
Ironinya di hampir semua negara yang telah melaksanakannya ianya telah dilakukan oleh Kerajaan sendiri namun di negara kita ianya dilaksanakan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).  Apabila swasta dilibatkan dalam usaha seperti AES, maka ‘kiblat’ mereka tentulah wang ringgit. Mereka tidak mungkin berkongsi aspirasi Kerajaan dalam piagam pelanggan mereka.
Walaupun menurut Menteri yang ‘buta rasa’ dan ‘buta hati’  sistem AES kononnya telah dikaji dengan begitu teliti sebelum pelaksanaannya, namun bantahan yang berterusan sebaliknya menggambarkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna jalanraya. Malah empat buah Kerajaan negeri juga menolak pelaksanaannya sebelum kajian dan penerangan lanjut dilakukan kepada mereka.
Apa yang lebih malang lagi, si Menteri ‘buta rasa’ dan ‘buta hati’ seperti beria-ia sungguh untuk memastikan pelaksanaannya sehingga memberikan pelbagai alasan, daripada mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sehinggalah yang terkini apabila pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dijadikan ‘kambing hitam’ dengan alasan bahawa pelaksanaan AES akan mengurangkan rasuah di kalangan anggota polis. 
Kenyataan ‘mengkambing hitam’ pasukan  polis oleh si Menteri seolah-olah memberi gambaran bahawa selama ini anggota polis memang terlibat dengan rasuah!
Alasan ianya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya walaupun memang tidak dinafikan kejayaannya di negara luar, namun apabila ianya melibatkan pihak swasta tentulah itu bukan objektif nombor satu mereka. 
Malah bantahan mengenai AES banyak berkisar kepada kurangnya sistem amaran bagi mengingatkan pengguna jalan raya mengenai kewujudan sistem AES di satu-satu lokasi, seolah-olah menjadi 'lukah' dan habuan kepada Kerajaan dan pengendalinya.
Dengan segala bantahan rakyat seperti yang dilakukan oleh penduduk Tanjung Piandang, maka kewajaran menangguhkan pelaksanaan AES harus menjadi keutamaan, dan bukannya dengan kenyataan angkuh si Menteri yang ‘buta rasa’ dan ‘buta hati’ yang seperti tidak peka dengan aspirasi rakyat.
Apatah lagi dengan bahang Pilihanraya Umum yang bakal berlangsung, rungutan dan suara rakyat yang gagal didengari adalah ‘kubur’ yang sengaja digali sendiri oleh Kerajaan.
Dengan pendirian angkuh, ‘buta rasa’ dan ‘buta hati’ seperti Menteri Pengangkutan, adalah amat memalukan sebagai potret seorang pemimpin yang dipilih rakyat, saranan saya si Menteri tersebut sebaiknya meletakkan jawatan dan menyertai syarikat yang bakal melaksanakan sistem AES, sekurang-kurangnya itulah tanggapan saya apabila seorang Menteri gagal  menjiwai aspirasi rakyat, Kong Cho Ha anda bekerja untuk siapa?
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
2 November 2012 12:14 PG

menteri dok pertahan si AES tu ada masyuk kot..

2 November 2012 8:26 PG

kalau dema baca entri tn ks ni saya pasti PM akan menangguhkan AES demi kebaikan semua...mungkin betul kesesuaian masa bagi perlaksanaannya perlu diambil kira..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger