Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

MAHA YANG TERBAIK!

Ketika tulisan ini dimuatnaik, pameran agrotani dan indusri, Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show (MAHA) 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya.  Pameran dwitahunan itu yang bermula pada 20 November yang lalu telah berlangsung di Pusat Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) selama 11 hari. Sejak ianya dihidupkan semula dalam format seperti hari ini pada tahun 1999, pameran MAHA telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Agrotani pada skala yang besar.  Pelbagai elemen telah disuntik bagi memastikan bahawa pameran ini akan mencapai sasaran penganjurannya. Sejak ianya ditukar kepada format  seperti sekarang, MAHA telah dirasmikan oleh tiga orang Perdana Menteri yang dimulai oleh Datuk Seri Dr. Mahathir (kini Tun) merasmikan MAHA 1999 yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, pada 26 Ogos – 31 Ogos 1999. Selepas mengundurkan diri pada Oktober 2003, MAHA 2004, 2006 dan 2008 dirasmikan oleh Perdana Menteri yang kelima, Datuk Seri

KEKALKAN AKTA HASUTAN LAH!

Jika ada pilihan saya ingin sahaja menyatakan pendirian saya untuk meminta Perdana Menteri menimbangkan semula hasrat bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun dikhabarkan akan digantikan dengan akta yang lain. Ketika dilaporkan bahawa Wanita UMNO akan menyerahkan memorandum dan mengutip sejuta tandatangan bagi memastikan akta ini dikekalkan demi keselamatan dan mengelakkan ketegangan antara kaum, maka saya kira ini adalah sumbangan bermakna sayap wanita dalam UMNO. Sesiapa sahaja yang pernah meneliti kandungan Akta Hasutan dan mencintai keamanan, akan merasakan akta ini telah digubal dengan asas untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.  Siapa sahaja akan menghargai kebebasan bercakap, namun keterbatasan terhadap aspek-aspek yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan bangsa haruslah dielakkan.  Akta Hasutan 1948 mungkin boleh dipinda bagi memperkasakan akta ini.  Misalnya elemen mengkiritik tindakan kerajaan mungkin tidak boleh ditafsir sebagai has

BODOH ORANG CERDIK!

Saya hampir tergelak membaca dalam akhbar bagaimana ada pihak-pihak yang membantah permohonan lesen menjual arak dalam sebuah pasaraya di Bandar Baru Bangi.  Bantahan ini khabarnya diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Serdang, Ahmad Yani Ahmad Aziz.  Malah gambar yang disiarkan di dalam akhbar dengan berlatarbelakangkan tulisan ‘Sidang Media UMNO Bahagian Serdang’.  Tidak pasti saya adakah ini gimik awal atau ‘gazzette’ menjelang Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada hujung bulan nanti. Memanglah kita harus memerangi kemungkaran dalam apa bentuk dengan apa cara sekalipun.  Tiada salahnya Pemuda UMNO bersama para penduduk Islam di Bangi  membantah permohonan lesen menjual arak yang dikemukakan oleh pasaraya Aeon. Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, penjualan arak secara terbuka juga perlu mendapat persetujuan daripada penduduk sekitarnya.  Para penduduk boleh membuat bantahan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan permohonan tersebut.

CHONG WEI – APA SELEPAS INI?

Berita mengenai kegagalan ujian doping sampel kedua telah pun menjadi bualan umum.  Dikhabarkan bahawa sampel B ujian doping yang dilakukan di Norway gagal untuk kali kedua.  Chong Wei yang menduduki ranking nombor satu dunia dalam sukan badminton didapati positif ujian doping bagi sampel A kerana kehadiran bahan terlarang deksametason semasa ujian rambang yang dilakukan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas. Pihak Persatuan Badminton Malaysia telah pun melantik peguam sukan terkemuka bagi membantu Chong Wei untuk mempertahankan dirinya. Jika didapati bersalah Chong Wei berhadapan risiko penggantungan selama dua tahun daripada sebarang kejohanan dan mungkin juga pingat perak yang dimenangi di Kejohanan Dunia di Copenhagen ditarik balik. Episod Chong Wei dan atlit wushu tidak banyak bezanya, kedua mereka adalah mangsa daripada penggunaan ubatan yang sama ada dibekalkan atau membeli di pasaran terbuka.  Soalnya apakah yang perlu dilakukan oleh persat

BULI, MENGAPA TERUK SANGAT?

Saya tidak pasti sama ada saya mempunyai hak untuk mempersoalkan Kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan berhubung dengan peningkatan kes buli akhir-akhir ini. Sebagai seorang bapa, saya telah menetapkan polisi bahawa kesemua anak saya sama ada lelaki mahupun perempuan akan menjalani kehidupan sebagai penghuni asrama.  Sama ada asrama penuh mahupun asrama harian. Terbaru adalah apabila sebuah klip video yang dimuatkan dalam laman internet menjadi wabak apabila memamaparkan insiden buli melibatkan pelajar sekolah.  Apatah lagi insiden yang dipaparkan berlaku di asrama sekolah. Ini bukanlah kali pertama klip video buli menghiasi laman internet.  Telah ada beberapa kali dengan pelbagai insiden buli melibatkan pelajar sekolah. Untungnya dengan kecanggihan telefon dan internet, pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan tidak lagi boleh menafikan sewenang-wenangnya insiden buli di sekolah. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang tinggal di asrama, tentulah per

SWITCHOFF ‘14 – RANCANGAN TERGENDALA

Imej
Ketika para penggiat industri perfileman negara melancarkan kempen apa yang dikenali sebagai Switchoff ’14 – Rancangan Tergendala yang telah dirancang begitu lama, lain pula kisahnya dengan rangkaian stesen TV terbesar di negara kita – Media Prima.  Rangkaian stesen TV terbesar negara kita semalam mengumumkan skim perpisahan sukarela di kalangan kakitangannya. Kempen Switchoff ’14 – Rancangan Tergendala adalah inisiatif para penggiat industri perfileman negara termasuk penerbit drama TV khususnya.  Intipatinya adalah memperjuangkan pelbagai isu antaranya bayaran bagi drama dan program TV yang dibekalkan yang khabarnya tidak berubah sejak dua dekad yang lalu. Dua peneraju industri penyiaran negara Astro dan Media Prima menjadi sasaran mereka kerana isu bayaran ini.  Kempen ini dianjurkan oleh gabungan persatuan penggiat televisyen, industri filem dan pengiklanan dan digerakkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).  Kempen ini khabarnya dihadiri oleh h

KITA TIDAK PERNAH BELAJAR!

Saban tahun hujan akan lebat turun membawa sengsara bersamanya.  Saban tahun juga hujan lebat akan menyebabkan banjir kilat, malah tidak cukup dengan itu berlaku pula banjir lumpur. Semalam dilaporkan banjir lumpur melanda Cameron Highland melibatkan tiga nyawa menjadi mangsanya.  Ini bukan kali pertama banjir lumpur melanda tanah tinggi tersebut.  Ianya berulang saban tahun.  Ianya bukan perkara yang baru. Saban tahun juga para pemimpin, menteri dan Menteri Besar berlumba-lumba membuat kenyataan.  Nadanya sama menyalahkan itu dan ini. Terkini, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan menyalahkan pembuangan sampah di Tasik Ringlet selain daripada aktiviti pertanian tidak terkawal di kawasan rizab sungai sebagai antara punca berlakunya kejadian banjir lumpur di Cameron Highland. Jawapan skema Timbalan Menteri bukan sesuatu yang baru dan memeranjatkan.  Khabarnya beliau menyatakan bahawa laluan air keluar tersumbat akibat sam

KEBAL PAK BERAHIM!

Tidak pasti adakah kerana kebal atau perkasa, Pak Berahim yang menyeru membakar kitab injil tidak pula dikenakan sebarang hukuman.  Khabarnya tok ketua pendakwaan berpuas hati dengan niat disebalik seruan oleh Pak Berahim itu. Namun kini banyak pihak yang mempersoalkan apakah rasional Pak Berahim tidak didakwa oleh tok ketua pendakwaan.  Hanya dua sahaja jawapan yang boleh ditemui oleh kami, rakyat jelata tanpa ilmu undang-undang.  Sama ada Pak Berahim kebal atau benar-benar perkasa. Yalah kebal kerana berjaya melepaskan diri daripada didakwa, khabarnya atas alasan ‘mempertahankan agama Islam’.  Memang cun sungguh alasan yang diberikan oleh Menteri Nancy yang bertanggungjawab secara langsung kepada tok ketua pendakwaan.  Maka ramailah rakyat dan para pemimpin dari segenap pelusok mempertikaikan kredibiliti Menteri Nancy. Sehingga ada yang mencemuh, dengan kata orang kampung yang daif undang-undang seperti kami.  “Buat mengaboih boreh ajo”.   Atau yang lain pula, Menteri Na

LETIH PM DUA PENGGAL!

Semalam ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional  melahirkan rasa malu dan letih kerana bergelar pembangkang di negeri Selangor. “Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang”. Memang sepatutnya Perdana Menteri merasakan demikian.  Ini kerana sejak tahun 2008 negeri Selangor berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.  Sebagai negeri termaju, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas tsunami politik pada Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008. Selepas itu, BN telah melipatgandakan usaha untuk merebut Selangor dengan kempen ‘Yakini BN, Sayangi Selangor’ dengan diketuai oleh Datuk Sri Mohd Zin Mohamed.  Namun bukan sahaja gagal merebut Selangor namun dimalukan apabila pakatan rakyat berjaya menambah kerusi di DUN Selangor.  Datuk Sri Mohd Zin yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sepang juga tewas kepada calon PAS. Pada PRU 13, BN hanya memenangi 12

MANA KEUNTUNGAN UNTUK RAKYAT?

Seronok membaca mengenai syarikat-syarikat melaporkan mencatatkan keuntungan.  Tidak kiralah syarikat swasta, berkaitan kerajaan atau syarikat yang terlibat langsung dengan kerajaan. Jika syarikat swasta, tentulah keuntungan akan dipulangkan dalam bentuk imbuhan kepada pengarah dan pemiliknya.  Jika syarikat tersenarai pula ianya akan dikembalikan dalam bentuk dividen kepadan para pemegang sahamnya selepas imbuhan kepada pihak pekerja dan pengurusan diberikan sewajarnya. Tetapi jika syarikat yang dimaksudkan adalah entiti yang dikawalselia oleh Kerajaan maka apa yang paling wajar adalah adalah mengembalikannya kepada rakyat.  Apatah lagi jika pelanggannya adalah rakyat jelata yang hampir 30 peratus menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Semalam dilaporkan bahawa syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 billion bagi tahun 2013.  Ianya adalah seperti yang dilaporkan bagi tempoh tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2013.