Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

ADAB MAJLIS

Semalam telah berlangsung Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara yang telah menobatkan Datuk Ahmad Kamal Abdullah atau nama penanya Kemala, sebagai Sasterawan Negara yang ke-11. Sungguhpun beliau diumumkan pada Mei 2011 yang lalu, namun majlis pengurniaan secara rasmi oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung hanya berlangsung semalam. Apa yang menarik ialah buat pertama kalinya Ketua Pengarah Dewan Bahasas dan Pustaka telah menyampaikan ucapan beliau di majlis ini yang lazimnya disampaikan oleh Menteri Pelajaran selaku Pengerusi Panel Penilai Anugerah Sastera Negara. Khabarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam keadaan kurang sihat dan telah meminta Ketua Pengarah DBP mewakili beliau. Hampir 600 tetamu telah memenuhi Dewan Banquet Hotel Istana, yang khabarnya disiarkan secara langsung melalui RTM 1, memanglah wajar agensi kerajaan seperti Radio Televisyen Malaysia mengambil inisiatif untuk menyebarluaskan perkembangan dan agenda dunia sastera seperti majlis yang penu

POTRET TERBAIK

Imej
Berapa ramai dari pemimpin sama ada di sektor awam mahupun korporat yang benar-benar memberikan reaksi kepada permasalahan orang di bawahnya mahupun para pelanggan mereka. Jika kita andaikan Perdana Menteri adalah ketua dan pemimpin dan kita merupakan kakitangan dan rakyatnya, apa yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pada masa ini adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin dan ketua berinteraksi terus dengan rakyatnya. Saya teringat beberapa ketika dahulu ketika mengulit dan menghadam buku tokoh usahawan terkenal – Konosuke Matsushita “Not For Bread Alone” apa yang ditekankan oleh beliau ialah tidak memilih pelanggan, hatta yang kaya mahupun miskin haruslah mendapat layanan sama rata. Kisah bagaimana beliau memarahi kakitangan di kedai paunya yang tidak melayan seorang miskin yang mahu membeli pau akan sentiasa diingati bagaimana pelanggan tidak harus dibezakan. Beberapa bulan dahulu ketika saya diamanahkan untuk membantu dalam urusan mendapatkan sumbangan bagi menjayakan se